Tuesday 29 September 2015

SEMANGAT RUMAH


(Bertuahnya manusia yang melihat dari hati)

From WA to FB.

I asked myself how to handle life?
My room gave me the answer:

Roof said: Aim high
Fan said: Be cool
Clock said: Value time

Calendar said:  Be up to date
Wallet said: Save now for the future
Mirror said: Always observe yourself
Wall said: Share others load

Window said:  Expend the vision
Floor said:  Always be down to earth
Stairs said: Watch each step you take

Toilet bowl said:  When it's time to let go,  just let it go.......

😊😊😊
ceritakakseri.blogspot.com

#KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel #GuruBMC

BED-TIME STORY

Sebelum Tuan Puteri Purut lena, tugasan ayahanda adalah bercerita kepada nya. Ini WAJIB. Setiap malam.

Puteri Purut akan memberi topik cerita apa yang mahu dia dengar.

Cerita ibu kecik-kecik ker cerita ayah kecik-kecik ker cerita TokWan kecik-kecik  ker cerita TokAbah kecik-kecik, cerita KakakAlya kecik-kecik dan seterusnya.

Habis semua cerita kecik-kecik kaum kerabat kami, ayah 'tahu'. 😊

Ada pula diberikan versi samada cerita rekaan atau cerita betul-betul.

Ayahanda perlu cerita mengikut konsep yang Puteri Purut berikan.

Contoh : Cerita ayah kecik-kecik versi rekaan.

Maka, ayahanda akan mereka-mereka cerita ayahanda masa kecil padanya.

Yang bestnya, setiap cerita rekaan, tak boleh sama dengan cerita rekaan yang pernah dia dengar sebelumnya. Nama pun rekaan. Terpaksalah reka jalan cerita baru setiap kali.

Ada ketika, mahukan cerita sirah nabi dan cerita binatang, kisah dulu-dulu.

Fuhhh. Memang berat sebenar benarnya tugas seorang ayah. Haha..

Bonda tak kena bercerita ker?

Bonda sejak dari awal sudah assignkan tugasan ini pada ayahanda. KECUALI kalau ayahanda out-station. Masakkk...😅

Bila tiba masa Bonda, baru cerita 3 ayat penuh pertama, sudah mabuk kelaut ceritanya..  bonda yang terlena dulu.

******

KakSeri nak tergelak malam semalam bila ayahanda membuka 'cerita ayah kecik-kecik versi rekaan'.

Ayahanda  : Ayah dulu dengan kawan-kawan suka tangkap belalang.

Puteri Purut : Owh,  that's so sad.
(Tersentuh hati dengan anggapan ayah akan buli belalang tu)

Ayahanda : (menyedari respon Puteri Purut) Kami cuma nak pegang belalang tu ajer. Lepas tu kami lepaskan.

Puteri Purut  : Good boooy. (Relief)

Bonda : (gelak dalam selimut)

#KakSeri #SeriAishah #famili #keletah  #anakanda #puteripurut

Sunday 27 September 2015

AURA ORANG ALIM

Adha ke-3. 26 September 2015

Kisah ketika hadir menyertai gotong royong Ibadah Korban di Taman Nong Chik Johor Bahru pagi tadi.

Sedang asyik melihat suasana di tapak sembelihan, terpandang kelibat Dato' Noh Gadut yang bersama-sama bertungkus lumus membantu pasukan
.
Tiba-tiba berkata dalam hati, indahnya sekiranya dapat berbual walau sepatah dua dan bergambar bersama Mantan Mufti Negeri Johor dan Penasihat MAIJ untuk diari peribadi.

Luahan hati si 'Peacock'. 

Entah bagaimana, tak semena-mena, timbul peluang yang tak disangka-sangka. Alhamdulilah dapat juga  mengabdikan foto ini setelah KakSeri meminta izin.

Dengan Izin Allah juga.

Setiap kata hati itu DOA rupanya. Pelajaran baru lagi bagi KakSeri di Aidil adha ke-3 ini.
Terdengar beberapa kali word of wisdom beliau, "BERSANGKA BAIK".


*****

KakSeri dan AbgHj ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Dato'Othman Daudd (gambar) dan isteri DatinHayati Ramlann yang berusaha menjayakan Ibadah Korban keluarga kami pagi ini.

Semoga Allah sentiasa melimpah ruahkan rezeki kesihatan, rezeki kebahagian dan rezeki kekayaan buat Dato' dan Datin sekeluarga.

#KakSeri #SeriAishah #senyum #diari #diariKakSeri #Korban2015
#SeriAishahApparel #GuruBMC

Saturday 26 September 2015

INGAT DIRI

Minum petang. Air kelapa muda.

Lebih manis bila d.i.y. oleh AbgHj. 

Gurau KakSeri pada AbgHj, "ular menyusur akar, takkan hilang bisanya".
AbgHj balas, "aku anak singkong".

Alhamdulillah. Masih ingat diri. Ha ha 


#KakSeri #senyum #SeriAishah #famili #SeriAishahApparel #GuruBMC

IBADAH KURBAN

ADHA KE-3. Tasyrik akhir. 26 September 2015

Allah SWT telah mensyariatkan kurban dengan firman-Nya, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus.” (Al-Kautsar: 1- 3).

Dari Aisyah RA, Nabi saw bersabda, “Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Kurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih haiwan Kurban. Sesungguhnya hewan Kurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah Kurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Kurban itu.” (HR Tirmidzi).


#diari  #diariKakSeri #KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel #JubahEksklusif #patuhsyariah #JubahEksklusifSeriAishah #GuruBMC 

Friday 25 September 2015

ADHA KE-2

Dalam perjalanan ke Kampung Teriang Besar, Endau.

Kampung ninda KakSeri sebelah ibu. 1001 kenangan indah di sana. Memukat ikan, makan dulang, gembira jiwa.

Percaya tak percaya, keindahan ruang hadir bersama empunyanya. Tatkala empunya tiada, keindahan suasana tak akan sama.

Sangat rindu. Rindu ninda. Terngiang-ngiang wajah kedua ninda menceria suasana.

Di kala hidup, adakala kita alpa dan melukakan tanpa sengaja.
Pabila tiada di dunia, baru terasa tak puas memberi kebahagiaan buat mereka.
Anehnya, kasih sayang semakin mendalam.

Doa buat mereka sentiasa di bibir setiap kali sesudah solat. Wakaf dan sedekah dikirimkan setiap kali jumpa peluang. Sempat juga melakukan umrah buat mereka ketika menunaikan haji dahulu.

Moga roh kedua ninda Amrah bin Ibrahim dan Che Teek Abdul Kadir ditempatkan bersama para solihin. Amiin.

Terfikir KakSeri.

Adakah ada insan yang punya kasih sayang untuk kita selepas ketiadaan kita?

Adakah ada doa berterusan menemani kita sepanjang penantian menuju hari kebangkitan?

Adakah pahala yang berpanjangan yang bertokok tambah untuk menghadapi hari pembalasan?

BERKASIH SAYANGLAH supaya ada yang mengasihi kita sepertimana kita melakukan untuk mereka yang kita sayangi.


#kenangan #diariKakSeri #diari #KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel #JubahEksklusif #JubahEksklusifSeriAishah #patuhsyariah #AnizonInnerNeck #StokisAnizon #GuruBMC #speaker #CorporateTraining #SirahBaseLeadership 

BAKAL PENGANTIN & FRESH FLOWERS

BAKAL PENGANTIN & FRESH FLOWERS

Adha ke-2. 25 September 2015

Sempat juga buat kunjungan ekspres ke rumah bakal pengantin esok di bandar Mersing. Cik Mun sedang menyusuan atur jambangan bunga.

Bunga segar! Ros!
Hormon adrenaline KakSeri activated!

Cantik, cun, hebat, indah dan segalanya tentang Ros yang seseri wajah bakal pengantin.

Tentu indah dan meriah majlis besar esok. KakSeri doakan perjalanan majlis yang lancar dan mencipta satu memori terindah dalam hidup cik Munirah Fuzi dan pasangannya. Cinta bersemi mekar sehingga ke syurga. Amiin.

Sebelumnya, ambil kesempatan kunjungi Tuan Rafie Darin di Kg Sawah Datok.  Beliau ketua kelas B3 kami di TIJB 86/87. AbangLong.

Terimakasih sambut kami. Keluarga yang ramah dan merai tetamu. Semoga Allah sentiasa berikan kebahagian dan rezeki yang melimpah ruah untuk tuan sekeluarga.

Gembira dan menggembirakan.
Life is fragile.

noraishahramlan.blogspot.com

#diari #diariKakSeri #KakSeri #SeriAishah #senyum #SeriAishahApparel #JubahEksklusif #JubahEksklusifSeriAishah #patuhsyariah #AnizonInnerNeck #StokisAnizon #GuruBMC #speaker #CorporateTraining #SirahBaseLeadership

Thursday 24 September 2015

DOA SI MUSAFIR

Alhamdulillah.
Pada ketika waktu berbuka hari ini (Hari Arafah) 23September, KakSeri sekeluarga masih lagi berada di atas jalanraya menghala ke Johor Bahru.

Membawa bekal yang cukup untuk mengalas perut di dalam kereta kerana kami tidak bercadang untuk berhenti berbuka di RnR.

Menjelang waktu berbuka, juga di dalam waktu Arafah yang afdal berdoa, kami panjatkan munajat kami berdoa bersama-sama.

Terimakasih kepada mereka yang berkongsi doa di dalam whatsapp sebagai tambahan doa sediada.

Puteri Purut adalah insan yang sangat gembira hari ini kerana berjaya berpuasa Arafah, walau keadaan nya selsema dan batuk. Alhamdulillah.

Gambar : Puteri Purut sedang menaip Diary nya... KakSeri skodeng. 😊

****

Ya Allah kurniakanlah pada kami  Kejayaan terbesar iaitu selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

Ya Allah, izinkan aku, isteri dan anak-anak  menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun akan datang.

Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

noraishahramlan.blogspot.com

#celoteh #KakSeri #SeriAishah #puteripurut #anakanda #SeriAishahApparel #GuruBMC #family

KESEGARAN WAJAH

Puas beraya sakan hari ini. Dari pagi bersiap, bersolek menghias diri. Menjaga penampilan diri untuk rasa lebih yakin dan ceria menghadapi hari-hari bahagia.

Pulang ke rumah atau sudah masanya mencuci wajah, KakSeri tak lupakan 3 perkara ini.

1. NutriWhite Makeup Remover
2. Lancome Bi-Facil Instant Cleanser
3. NutriWhite Foaming Cleanser

1. Membersihkan wajah dari makeup dengan lembut dan sejuk.
2. Membersih di kawasan mata dengan mudah dan cepat. Hanya dengan usapan lembut.
3. Menghilangkan minyak dan pencucian akhir pada wajah.

Terasa KESEGARAN wajah setiap kali menggunakannya.

Gembira apabila ke-3 item ini sentiasa ada bersama.

MALAS membersihkan wajah bukan lagi satu alasan untuk kita tidak bersolek.

BERSOLEK bukan juga lagi alasan untuk kita mengabaikan kewajipan rutin kita.

#berhias #cantik #jelita #kemas #selesa #anggun #KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel #sayajual

Tuesday 22 September 2015

CERITA PAGI MINGGU


AbgHj : Jom kita pegi Pasar Tani. Lama dah tak ke sana.
KakSeri : Jom! Bagi masa sikit, nak bersiap.

KakSeri bergegas ke wardrobe ambil dress ringkas plain SeriAishah, Anizon InnerNeck dan Instant Syria. Touch-up sikit-sikit. Tak sampai 10 minit, dah siap.
Keluar dari bilik, lalu depan AbgHj.

KakSeri : Jom bang.
AbgHj : Amboi. Lawa lawa ni nak gi mana?
KakSeri : Eh, gi pasar tani lar. Lawa no ker?

Haha... Pakai simpel cenggini pon AbgHj kata 'melawa'.

Pendek kata, sejak KakSeri pakai Anizon InnerNeck ni, keterampilan diri nampak kemas. Bila kemas, terserlah lah gaya walau dengan minimal touch-up.

Pulak tu, KakSeri gayakan jubah plain Puteri HANA by @SeriAishah_Apparel yang ringkas. Nampak ajer flair macam princess tapi sangat selesa bergerak especially bila nak berjalan bawah terik matahari.

Apapun dalam pemilihan pakaian, ke mana pun kita pergi, sarung saja pakaian elok yang selesa.
Bagi yang mencipta branding diri, pastikan ianya congruent setiap masa.

Mahu cari Jubah selesa dan sesuai ke mana-mana, juga Anizon InnerNeck yang awesome di sini seriaishah.com/shoppe



D'YANA & SAIFUL NANG

Cerita 18 September 2015 di Majlis Doa Selamat sempena pembukaan Butik D'YANA (butik ke-6)  di Bangi Sentral.

Jutaan Tahniah! buat Puan Ira Abdullah dan Tuan Mohd Syafie.

Khabarnya, penjualan hari pertama pembukaan butik ini memecah rekod penjualan pembukaan butik-butik D'YANA yang terdahulu. Alhamdulilah. Moga bertambah luas pintu rezeki Allah buka untuk kedua pasangan ini.

Memang rambang mata tangan kaki jiwa KakSeribila berada di dalam mana-mana butik D'YANA.

Antara yang mencipta keterujaan juga apabila berjumpa dengan Tuan Hj @saifulnang yang dikagumi. Pengasas CandidSyndrome.com juga antara pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin.

KakSeri baca kisah beliau di blog.saifulnang.net, sangat mengujakan! Dari seorang dyslexia (macam Tom Cruise) kepada seorang yang meraih pelbagai capaian tahap tinggi dalam hidupnya. Masya Allah, kekuatan Allah beri kepadanya. KakSeri cemburu.

Sempat juga welfie bersama. Mahal sungguh harga welfie itu pada KakSeri. Kan Puan Dr @saleha_idris ? Ada bersama DJ Krill dari SinarFM.

Jom baca buku KISAH ORANG MENANG.

noraishahramlan.blogspot.com

#celoteh #KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel #JubahEksklusif
#JubahEksklusifSeriAishah  #GuruBMC

Monday 21 September 2015

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL?

Ia kerap berlaku.

Kini ibu-ibu hamil usah risau. KakSeri sudah jumpa satu penyelesaian yang telah dipersetujui dan ditestimoni oleh ramai ibu-ibu hamil yang menggunakannya.

PANTYLINER LEEXE.
Hanya RM 20 untuk 30 keping.

Alhamdulillah. Bila ibu-ibu hamil gembira dan bahagia, KakSeri bergenang airmata.
Hubungi KakSeri di 0133976632 untuk pembelian dan maklumat promosi. KakSeri gembira mahu bantu.

#Lexee #tualawanitabebastoksin #tualawanitakesihatan #pad #pantyliner #rawat #keputihan #senggugut #haidxteratur #cyst #fibroid #berpantang #selesa  #vaginabersih #KakSeri #SeriAishah #senyum #bantuwanita #bahagia

Sunday 20 September 2015

AIS PAGI

Selamat Pagi semua.

Pagi-pagi makan sihat. Ooopss ada ais pepagi hari. Sihat ker?

Ha ha.. Sememang ais dan KakSeri tak dapat dipisahkan. Mandi pun dengan ais + garam.

Ikut pembelajaran dan penerimaan masing-masing.

Siapa yang suka ais macam KakSeri?  Kita geng! 😃

Yang lain pon geng juga... saja mengusik.

Selamat memulakan hari, semoga hari ini hari yang lebih cemerlang dari semalam. Amiin.

#celoteh #KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel #GuruBMC #GaramBukit #ais

Thursday 17 September 2015

DIVERSIFY


Jumpa sahabat lama Puan Norazlina Najmudin, MD Merong Freight dan Tuan Abu Hassan Al-Gerikas, MD AMLE AyamGunting yang sama-sama berguru di ABS sedikit masa dulu.

Dah lama tak jumpa. Hai hai di fb saja. Berjumpa kali ini di Seminar Social Media Marketing kendalian Dato' Roslan Ab Hamid di MPWS, Rabu lalu.

Topik bualan kami menjurus kepada bagaimana untuk mengalihkan sedikit (diversify) kepada perniagaan baru tanpa menjejaskan positioning diri/syarikat sediada.

Tips dari perbualan :
1. Mulakan dengan mempamirkan perniagaan baru tersebut sebagai satu hobi.
2. Lebih mudah andai perniagaan baru itu memfokuskan kepada customer segmen yang ada di dalam senarai pelanggan sediada.
3. Memilih kesesuaian produk baru itu supaya tidak merosakkan reputasi  diri/syarikat.

Tiada dalam gambar, Puan Norhalimatul Nazurah.

#KakSeri #SeriAishah #senyum #SeriAishahApparel #GuruBMC #CorporateTraining #speaker  Noraishah Binti Ramlan Noraishah Binti Ramlan Seri Aishah KakSeri Lexee

Wednesday 16 September 2015

TENTANG ENERGI DIRI

16 September, Hari Malaysia.
Seharian KakSeri dengan tugasan peribadi. Teruja mengusung diri menghadiri 2 aktiviti yang dipenuhi hadirin.
Tugas bercakap bukan sekadar berucap. Disebaliknya, kita memberi 'energi' kepada pendengar, menerima energi dari pendengar.
Begitu juga apabila kita berhimpun bersama rakan-rakan. Memberi dan menarik energi.
Andai kata, energi yang diterima tidak seimbang dengan apa yang diberikan, salah satu pihak akan menjadi lemah.
Bagaimana mahu meNEUTRALkan energi diri?
Mudah. MANDIAN GARAM.
Cara:
1. Sediakan timba / baldi
2. Isikan air suhu bilik anggaran 5-6 gayung
3. Masukkan10 ketul ais (langkah pilihan)
4. Masukkan 1-3 sudu besar Garam Bukit
5. Kacau ikut arah lawan jam (arah tawaf) sambil berselawat dan niatkan pulih kesihatan/aura diri
6. Gunakan air ini ketika mandi. Rasakan seluruh badan.
Garam Bukit 1001 khasiat.
#KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel #GaramBukit #GuruBMC
Aromacrystalspray.blogspot.com

Monday 14 September 2015

DO THE RIGHT THING!

Kenapa kita perlu belajar?
Kenapa perlu cari Guru?

Jawapan hanya satu.
Tahu melakukan perkara yang betul.

Menuntut ilmu walau apa juga subjeknya sememang mengorbankan wang ringgit dan masa. Itulah cabaran utama.

Namun, ianya sangat berbaloi dan mengujakan apabila kita terlihat peluang untuk memberi dan berbakti di waktu yang tidak jangka.  SATU KEPUASAN.

Belajar dan mencari ilmu itu adalah asas mencipta diri menjadi benih yang baik, yang akan menjadi pulau apabila dicampak ke laut.

Belajar sesuatu?

Gambar: Ini bukan lakonan. Ini betul-betul. Betul.... KakSeri d'MUA. 😁

noraishahramlan.blogspot.com

#KakSeri #SeriAishah #senyum #kongsiilmu #kongsipengalaman #CorporateTraining #SirahBaseLeadership #leadership #speaker #SeriAishahApparel #GuruBMC

Sunday 13 September 2015

Yakin berketrampilan

MasyaAllah!

Banyak betul berita gembira KakSeri mahu kongsikan pagi ini, sebanyak tugasan demi tugasan yang perlu KakSeri selesaikan di hujung hari.

KakSeri pilih untuk menyudahkan gelora jiwa berkongsi rasa dahulu sebelum memberi fokus kepada tugasan lainnya. Boleh gitu? Ha ha 😅

BODY LANGUANGE IS MORE HONEST THAN WORDS

Itulah yang kami berdua tampilkan. (Merujuk pada gambar 😊)

Riang ria, rasa jelita, keyakinan, mudah gaya, rasa cinta, ukhwah dan segala-galanya yang gembira setiap kali menggayakan Anizon InnerNeck!

Kami bersama-sama  sedang memandaikan diri menjadi speaker dan corporate trainer yang berilmu dan berkarisma.

CikPuan Azima Esa sangat kelihatan bergaya, ceria dan manis dengan Anizon InnerNeck Ritz Yellow.

Kata beliau, melilit shawl gaya korporat sangat mudah dengannya. Disamping membentuk wajah lebih berketrampilan.

KakSeri juga alami perkara yang sama dan mahu semua wanita rasai pengalaman yang sama.

Layari seriaishah.com/shoppe atau hubungi SeriAishah-Apparel 019-9826632 untuk bantuan.

#celoteh #KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel #AnizonInnerNeck #StokisAnizon #anizonlovers #CorporateTraining #JubahEksklusifSeriAishah

OXYCOLLAGEN

2015, belum berakhir namun sudah hampir menuju ke suku terakhir perjalanannya.

2015 tahun ilmu bagi KakSeri. Tahun menimba ilmu. Itu AZAM dan MATLAMAT jelas KakSeri letakkan di akhir 2014.

Alhamdulillah, Allah lorongkan dengan mudah dan lancar.

Tiada istilah 'hujung minggu' tahun ini.  Bergerak aktif sepanjang tahun. Umur 45 bukan penghalang atau alasan menggagalkan apa yang kita mahukan.

45? Bagaimana KakSeri kekalkan kecergasan? (dan kekal awet muda! Ha ha)

Ada beberapa aktiviti harian dan pengambilan supplemen yang KakSeri amalkan.

Antaranya : Ambil minuman berasaskan kolagen. Awal pagi. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sarapan.

Kandungan kolagen pada kulit adalah 70%. Ramai tak tahu, 85% pada urat dan ligamen adalah kolagen.
Malah, ia  juga diperlukan oleh tulang dan organ dalaman.

Jadi, dalam minuman kolagen, semua ada, kan? Tugas kita, cari product terbaik dan sesuai dengan kita.

Gambar : Oxycollagen = Oxygen + Collagen kegemaran KakSeri.

#oxycollagen #awetmuda #cergas #KakSeri #SeriAishah #senyum #bahagia

BUILDING HIGH PERFORMING TEAM #2

13 September 2015

Day 2 : BUILDING HIGH PERFORMING TEAM. RECAP

Bersama lagi dengan Ibu Faridah Hanim Haron untuk pembelajaran COMMUNICATION dan  CULTURE.

Tahukan kita?
Komunikasi verbal hanya memberikan kesan sebanyak 7% sahaja?

Apa yang lebih penting dalam sebuah komunikasi adalah kesan dari tindakan Non-Verbal. 93% !.

Bagaimana kita membaca atau memahami maksud tersirat disebalik satu-satu komunikasi?

Melalui 3 cara :
+ Baca gerak tubuh mengikut kluster/kelompok
+ Perhatikan kelakuan yang sepadan
+ Baca gerak tubuh mengikut suasana

Gambar: Roleplay menginterpretasi gerak bahasa tubuh.

#leadership #speaker #communication #CorporateTraining #KakSeri #SeriAishah #senyum #HighPerformanceTeam #AnnemsLeadershipSolution

Friday 11 September 2015

BUILDING HIGH PERFORMING TEAM

12 -13 September 2015

Bismillah.

Hari ini KakSeri sambung lagi membuka buku mencatit, berinteraksi, mengambil bahagian dan senyum.

Bersama-sama rakan Ekonomi Persahabatan, kami belajar bagaimana merealilsasikan pembentukan kumpulan berprestasi tinggi di dalam setiap aktiviti di dalam sessi BUILDING HIGH PERFORMING TEAM.

Hari pertama memahami ideologi bawaan Katzenbach dan Bruce Wayne Tuckman.

Sessi dimulakan dengan video pembelajaran kehidupan LIFE IS FRAGILE.

+ Mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku
+ Fokus perkara yang kita suka dan percaya
+ Esok belum pasti. Berikan sepenuhnya apa yang kita ada hari ini.

#kongsiilmu #KakSeri #SeriAishah  #leadership

Thursday 10 September 2015

UKURAN TENANG


Dalam perjalanan pagi tadi KakSeri dan AbgHj bersembang. Bagaimana mahu miliki jiwa yang tenang.

Mahu sentiasa saja seperti jiwa berada di tepian pantai yang bersih dengan cuaca dan suasana damai.

Seperti jiwa sentiasa berada di sekitar alam semulajadi yang damai tanpa kesesakan.

Sentiasa di dalam jiwa senyum yang bahagia membuat apa yang kita suka.

AbangHaji kata, semuanya bermula dari tika kita membuka mata.

Lihat cara kita bangun dari tidur.
Lihat cara kita beribadah kepadaNYA
Lihat cara kita menguruskan diri sendiri.

Bagaimana?

Itulah UKURAN TENANG-nya diri kita.

Kita yang memilih untuk berada didalam situasi apa yang kita mahu.

Mahukan kedamaian?
PILIH untuk tidak menyakiti yang lain. Wujudkan suasana itu.

Tak mahu bersesak?
PILIH untuk memulakan hari awal dan punya banyak masa mengurus diri dan kewajipan.

Mahu lakukan perkara yang kita suka? PILIH lah untuk sukakan apa yang kita perlu lakukan.

Ya. Banyak benarnya.

KakSeri terfikir satu perkara.
Tergocoh-gocoh bersolat, bagaimana tenang mahu datang?

#celoteh #KakSeri #SeriAishah
#SeriAishahApparel
#JubahEksklusifSeriAishah
#AnizonInnerNeck
##Lexee

Tuesday 8 September 2015

Diari Haji KakSeri #2 : Simpanan

Seingat KakSeri, masa zaman kecil-kecil dulu, KakSeri dan adik beradik sudah punya buku simpanan sendiri. Buku simpanan Pejabat Pos.

Rakan sebaya, ingat tak? 

Walaupun simpanan tak banyak mana ketika tu, sebab hanya abah sahaja yang bekerja, tapi konsep menyimpan yang dipupuk orang tua kita itu yang sangat penting.

Dari Pejabat Pos kemudian naik taraf ke Bank Simpanan Nasional, BSN.


Sekarang ini, sudah terlalu banyak bank simpanan untuk dijadikan pilihan. Antaranya, Amanah Saham Bumiputera/ Wawasan/ Didik dan juga Tabung Haji.


Potong Gaji



KakSeri mula menabung sendiri secara serius sejak tahun pertama bekerja. 1993. Buka akaun Tabung Haji dan ASB. Wang gaji masuk melalui BSN. Ketika itu tiada fasiliti perbankan untuk aktiviti 'transfer online' dan sebagainya. Maka simpanan melalui  potongan gaji ialah yang paling efektif dan KONSISTEN.

Pada awalnya, KakSeri membuka akaun Tabung Haji tanpa ada perancangan sebenar bila mahu naik haji. Cuma ada di fikiran, tabungan sangat PENTING untuk perancangan masa depan. Bila sampai seru nanti, sekurang-kurangnya sudah ada wang di tangan.

Tidak lama selepas itu, KakSeri buka Akaun ASW dan beberapa akaun bank lain. Minatlah sangat tengok koleksi buku akaun yang ada. Pelbagai rupa dan warna. Persepsi diri sendiri, walau simpan sana sikit, sini sikit, punya banyak koleksi buku simpanan adalah satu kejayaan besar. Ha ha. 

Selain dari wang gaji, KakSeri turut menyimpan apabila terima imbuhan bonus dari pihak syarikat. Sebahagian belanja, sebahagiannya simpan.

Apabila sudah punya cahayamata, KakSeri turut buat potongan gaji untuk mereka juga. Abg Haji pun sama. Untuk diri sendiri dan anak-anak. Kami kongsi kegembiraan melihat amaun simpanan anak-anak bersama. 

'Angpaw' hari raya juga kami dorong untuk mereka tabungkan. Mana tahu ada program di sekolah yang mereka boleh sertai. Kan dah jadi satu kebiasaan, sekarang?

Buat simpanan potong gaji ni sangat mengujakan! Biasanya kami akan kemaskini buku akaun setahun sekali sahaja iaitu selepas deklarasi bonus dan dividen tahunan. 

Masa itu, akan terlihatlah nombor-nombor yang menaikkan semangat. Selepas tu mulalah hati kecil ber'kalau'. Kalau lah aku simpan lebih banyak, mesti lebih besar angkanya tanpa kita sedar... kan? Tau takpe. he he

Contoh, katalah simpanan anak-anak RM20 seorang. Kali 2 (KakSeri & AbgHj) bersamaan RM40 seorang. Hujung tahun ada tambahan RM480 dalam setiap akaun mereka. Ayah ibu yang lebih teruja mahu balik cerita pada anak-anak.


Bila kami tunjuk buku simpanan pada anak-anak, KakSeri dapat bayangkan keseronokan mereka. Mesti sama perasaan mereka seperti yang KakSeri rasakan pada ketika dulu setiap kali abah tunjukkan amaun dalam buku simpanan. Nostalgia.

Harapan kami, ini dapat dijadikan dorongan, motivasi dan teladan yang baik untuk mereka, serius memulakan tabungan sendiri bila tiba masa mereka nanti.


gambar hiasan

Sikit sikit lama lama jadi bukit. 

Saban tahun KakSeri tambah jumlah tabungan. Samada dari kenaikan gaji atau wang dari 'bisnes-part-time'. Apabila ada rezeki dalam bentuk bonus tahunan, disimpan juga sebahagian besar dari bonus itu. 


Alhamdulillah, sampai juga seru KakSeri jadi tetamu Allah pada tahun 2009. Hasil simpanan 16 tahun yang berdikit-dikit itu, keperluan kewangan bukan lah sesuatu MEMBEBANKAN.  Bahkan boleh digunakan untuk menaja ayah dan ibu sama-sama ke MEKAH. Hanya perlu tambah sikit sikit saja lagi.

Seronok kan bila kita dapat tuai hasil yang berkualiti berkat kesungguhan kita?

Satu tips KakSeri nak kongsi:
Buku simpanan harus disimpan jauh-jauh dari pandangan. Ha ha. Ini untuk mengajar diri mengawal kerakusan nafsu dari berbelanja, membeli itu dan ini yang tidak menjana wang untuk menjadi lebih banyak.

Konsep 6-Tabung

Tabung untuk menunaikan  haji boleh dikategorikan di dalam simpanan keperluan jangkamasa pendek atau keperluan jangkamasa panjang. Terpulang matlamat individu.

KakSeri teruja juga mahu kongsikan konsep simpanan 6-Tabung sebagai panduan :
  1. 55% Keperluan
  2. 15% Keperluan Jangkamasa Panjang
  3. 10% Tabung Pelajaran
  4. 10% Tabung Jangkamasa Pendek/Sukaria Keluarga
  5. 5% Kecemasan
  6. 5% Sedekah Jariah

15%  keperluan jangkamasa panjang itu adalah antara simpanan yang terpenting dalam hidup kita. Kita boleh kategorikan simpanan ini dalam bahasa PELABURAN. Keperluan jangka masa panjang perlu dirangka dalam tempoh 5 hingga 10 tahun atau lebih. Kaitkan dengan matlamat yang mahu dicapai pada ketika tersebut.

Pelaburan ini boleh dipelbagaikan caranya. DIVERSIFY.

Antara pilihan pelaburan yang boleh diambilkira seperti :

+ pelaburan amanah saham (unit trust)
+ simpanan dalam bentuk emas fizikal
+ pembelian hartanah
+ pembelian saham Bursa Malaysia / International yang tertentu

10% keperluan jangkamasa pendek juga boleh di laburkan untuk pulangan yang lebih besar dari dividen simpanan biasa yang sekitar 5%-8%. Namun peluangnya sangat terhad dan risiko yang tinggi seperti pembelian saham Bursa Malaysia.

DISIPLIN sangat penting dalam konsep menyimpan. Fokus MATLAMAT melebihi perkara lain. Bila ada matlamat, simpanan yang kita buat lebih berstruktur.

Kesimpulannya, mulakan tabungan dari SEKARANG dengan apa yang ada di tangan.

+ Dapatkan ilmu simpanan/urus wang yang betul.
+ Gunakan platform yang diluluskan dan diiktiraf Bank Negara Malaysia dan Security Commission 
+ Percaya dengan konsep memberi dan akan menerima lebih banyak (termasuk 5% dalam konsep 6-Tabung)
+ Elakkan dari terjerumus dari kerakusan nafsu mahu kaya dengan PELABURAN JANJI MANIS yang melibatkan wang tunai yang besar.

Ingat! Mahu dapat perlu usaha, kalau nak hilang sekelip mata saja.

SELAMAT MENYIMPAN! :)


#KakSerimenulis #KakSeri #SeriAishah #uruswang #diarihajiKakSeri #simpanan





















RAS -Reticular Activation System

Teh-tarik-ais atau Teh-ais-tarik

KakSeri tak tahu nama sebenar. Semenjak dua-menjak KakSeri sukalah sangat bersarapan bersama Teh-tarik yang di'beng'kan.

Dilokasi yang sama, pembancuh yang sama.

Hari Isnin.

KakSeri : Tuan, Teh-tarik-ais minum!

Pembancuh : (Buat teh, ditarik dan ditambah ais). Siap!

Hari Selasa.

KakSeri : Tuan, Teh-ais-tarik minum!

Pembancuh : (Buat teh, ditambah ais dan ditarik). Siap!

Ha ha...

Rupa agak berbeza tetapi rasa tetap sama.

KakSeri belajar sesuatu.

Arahan berbeza akan menyebabkan jalan kerja berbeza.

Keputusan sedikit berbeza tetapi tak lari jauh. Masih dapat hasil yang lebih kurang sama.

Reticular Activation System - Bagaimana minda memproses maklumat untuk menghasilkan output dari pemahaman individu.

Tag: Ibu Faridah Hanim Haron 😍, TuanHafiz Muridann 😊

#diari #leadership #ALeaderInYou #LOVE #speaker #KakSeri #SeriAishah

Monday 7 September 2015

PERIA KATAK vs DIABETES


Ini lah antara cerita kami bila berdua-duaan warga sejahtera yang sangat kekal awet muda. Ha ha 😅

Hah. Apa pulak kaitan dengan awet muda?

Sebab, semalam kakak ipar KakSeri puji. Katanya, "cek ni tak makan tua nuu".

Maknanya ialah KakSeri = awetmuda. Awetmuda = KakSeri. Ahakss

Tak caya? Betul... Senyum sampai telinga. 😊

Ok. Sambung cerita asal.

Pagi-pagi, sebaik parking kereta, AbgHj keluarkan Diabetes Test Kit nya. Ini rutin mingguan AbgHj yang sangat peduli tentang keputusan ujian random diabetesnya sejak pernah cecah sehingga 14 unit mmol/L tanpa puasa. Huhu.. tinggi dah tu. Ujian susulan memang menunjukkan bacaan tinggi.

Sejak itu, macam-macam perkara kami tambahbaik untuk mengawal kandungan gula dari pemakanan.

KakSeri kongsi tips kawal diabetes yang kami lakukan.

+ tukarkan beras biasa kepada beras tanpa kanji. Basmathi

+ tiada lagi air isotonik tanpa gula (so called sugar-free isotonik drinks) atau apa-apa minuman yang diisytihar TANPA-GULA.

+ hanya air kosong yang dialkalikan dengan CMD

+ teh-o kosong dan lemon sekali sekala

+ banyakkan sayur ulaman terutama PERIA KATAK dan brokoli.

+ buah-buahan sekadarnya

Senanam sederhana di atas treadmill, masih lagi cita-cita yang murni. Sebab, sebaik treadmill sediaada diubah ke tempat yang sesuai, ia tak bekerja pula. Tunggu wakil servis dari Fitness First hadir membantu.

Itulah tindakan-tindakan yang diambil. Memakan masa juga dalam 2-3 bulan. Namun hasilnya sangat BAGUS dan kami memilih untuk meneruskannya. #syukur

Pagi tadi KakSeri uji untuk diri sendiri. Alhamdulillah. 3.3 di anggap bacaan ideal dengan ketepatan instrument bagi Random test. Tanpa puasa.

Bacaan ideal dalam pengukuran diabetes:
Random 3.9 - 7.7 mmol/L
Berpuasa 3.9 - 5.5 mmol/L

Target AbgHj kini mahu sama bacaan dengan KakSeri. Lazimlah, pendekar mana yang boleh dicabar? Ha ha..

GoodLuck AbgHj. KakSeri tetap doktor dihatimu... 👍 👍

#celoteh  #KakSeri #SeriAishah #senyum #diabetes #bacaandiabetes #periakatak #mujarab

Saturday 5 September 2015

KETAM BISIK MASAK LEMAK SERAI

Kami di kampung Penaga, Penang hari ini. Balik sebentar menjengah adikberadik AbgHj.
Dah menjadi rutin Abg Hj, bila di kampung, ambil peluang beli ikan fresh di Pasar Bisik Kuala Muda. Ikan yang 'baru naik' dari bot-bot nelayan.
Sebahagiannya kami bawak balik sarang. Dapatlah bekalan untuk 2 minggu tanpa ke pasar. Walau 2 minggu masih manis ikan dan udang.
Sebahagiannya kami 'kenduri'kan di sini.
Kali ini AbgHj bawa balik hampir 4 kg ketam biru. Bergerak-gerak lagi keadaannya.
Haa.... tetiba rasa terliur nak makan ketam masak lemah serai. Sebelum chef utama bagi idea untuk menu ketam yang lain, KakSeri offer diri jadi chef jemputan memasak ketam. Ha ha 😅
Ingat lagi tips mengambil hati keluarga mertua di entry KakSeri sebelum ni?
http://noraishahramlan.blogspot.com/2015/07/diari-raya-seri-2030.html

KakSeri singsing lengan, bersiap sedia bersilat melawan serangan balas ketam dan sepitnya. 😂

KakSeri perlukan :
Bawang merah dan bawang putih
4 batang Serai
2 biji kelapa (nyoq)
1 sudu kunyit serbuk
1 Periuk besar
Cili Api (dipatahkan semasa makan)
Ketam

KakSeri ambil periuk besar, masukkan sedikit air, serai dan ketam. Hidupkan api dan tutupkan periuk. Biarkan dalam 5-10 minit.

Serai dan kelapa ambil di belakang rumah saja. Nikmat hidup di kampung.

Kelapa diparut sendiri dengan mesin kukur elektrik dan kemudian diperah.

Puteri Purut yang anggun bershawl instant Anizon (berebut nak pakai dengan bonda), bantu bonda memerah santan. Pengalaman baru buatnya. Sukalah sangat si purut hari ni.

Kemudian menumbuk bawang pula dengan lesung batu. Juga si purut suka nak cuba.

Siap semua bahan persediaan, ketam di dalam periuk sudah bertukar warna jingga merah.

KakSeri masukkan santan, bawang yang ditumbuk, serbuk kunyit dan bahan perasa seperti garam dan gula. Gaul seratanya dan tinggalkan sehingga mendidih.

Anggaran 5-10 minit, taraa.....selesai.

Mudah dan sedap! Jom makan semua.

#catatan #diari #celoteh #puteripurut #anakanda #KakSeri #SeriAishah #senyum
#GuruBMC #businesscoaching
#JubahEksklusif  #patuhsyariah
#JubahEksklusifSeriAishah
#AnizonInnerNeck #StokisAnizon

Friday 4 September 2015

GIGI KEKAL Puteri Purut


Say 'cheese'....😆

Ha.. ternampak dah gigi kapak baru Puteri Purut. Baru tumbuh separuh jalan.

Gigi kapak susu sebelah kirinya pun dah bergoyng kencang. Tunggu masa ajer.

Sejak mana-mana gigi susu mula bergoyang, maka setiap harilah purut akan minta kami sentuh dan beritahu berapa lama lagi nak tercabut. Ya, setiap hari.

Jenuh jugalah bonda nak menganggarkan jumlah hari yang purut perlu tunggu. 16 hari, 15 hari, seterusnya.

Andai dah sampai 1 hari tapi belum tercabut juga, bonda anjak lagi ke 5 hari.

Bila ditanya kenapa, bonda jawab, "Gigi tu sayang nak tinggalkan awak".

Puteri balas, " Ye ker?".

"Ha'a", jawab bonda meyakinkan.

Jiwa kanak-kanak penuh kasih sayang. Mereka suka dengar ayat berkaitan kasih sayang. Sebab itu, bila bersama mereka pun, kita geram nak peluk cium. Like attracts like.

Puteri Purut sakan menggayakan hijabkids nya dalam kereta. Berkreatif mahu melilit. Sekejap terdengar bunyik nak melilit hijab gaya Heliza Helmi. KakSeri dan AbgHj yang kat depan ni, sama-sama  menjeling mendengar angan-angannya. He he.

Bila dah siap, datang bertanya, "Lawa tak design kita? Berapa bintang?".

AbgHj tanpa banyak fikir menjawab,"5 bintang".

Senyum simpul Puteri Purut. 😊😊

Hari ni KakSeri pula menggayakan inner-berdagu dari #AnizonInnerNeck. First time pakai inner cinoni jenis ni, best pulak! TERLETAK. Ofkos membujur wajah KakSeri sebolat purnama. Ha ha.

#celoteh #diari #aktiviti #peluang
#puteripurut #anakanda
#KakSeri #SeriAishah #senyum
#JubahEksklusif #patuhsyariah
#JubahEksklusifSeriAishah
#anizonlovers

Thursday 3 September 2015

RETIRE RICH RETIRE YOUNG #2

Pagi-pagi ni, sambil membawa 2 beg plastik pisang masak hijau ke pejabat, AbgHj menduga minda KakSeri.

AbgHj : Adakah bila kita fikir nak hidup senang bila pencen nanti, kita tak perlu enjoy life sekarang?

KakSeri : No. Life as usual baby.. (cewah!)

AbgHj : Jadi, apa sebab kita perlu ikat perut?

KakSeri : Owh!

We are just fine with our life now, darling. Bersederhana. Hidup biasa-biasa cara kita.

We eat healthy food dan kita pilih hidup selesa cara kita.

So far pun, bila kita plan nak pergi bercuti satu famili (dalam negara) jugak takde masalah kan? In sha Allah bajet sederhana boleh diatur.

Retire Rich to me, lebih kepada bagaimana kita boleh kekalkan gaya kehidupan kita sekarang di masa depan. Atau lebih baik.

Di masa kita tidak lagi bekerja seperti sekarang.

Di masa kita tidak lagi punya pendapatan tetap yang dikatakan menjamin perbelanjaan bulanan kehidupan seperti sekarang.

Di masa perbelanjaan semasa sebenarnya lebih tinggi dari sekarang pada 10 tahun akan datang akibat tekanan inflasi.

Di masa kita kekurangan tenaga mahu melakukan aktiviti menjana wang dengan tulang empat kerat kita.

Pada ketika itu, biarlah pulak wang atau kekayaan yang kita kumpulkan sekarang, bekerja untuk kita sehingga akhir hayat kita.

Pada ketika itu kita menikmati kehidupan yang lebih santai dan punya kuasa melakukan apa yang kita mahu.  Juga lebih masa untuk diri sendiri.

***

AbgHj, hidup kita sebenarnya sudah mewah sekarang. Kita tak perlu keluarkan duit untuk makan pisang.  Ahaksss.

#celoteh #keletah #kongsiilmu #retirerich #KakSeri #SeriAishah #senyum #leadership
#Lexee #JubahEksklusifSeriAishah 

Wednesday 2 September 2015

DIARI HAJI KAKSERI #1 : CHECKLIST

Gambar adalah kenangan KakSeri dan bonda Hjh Rokiah semasa kami sama-sama mengerjakan haji pada tahun 2009 yang lalu.

Sudah 2 minggu para jemaah Haji mula berangkat ke Madinah / Mekah.

Pasti semua sudah sangat bersedia dengan persediaan mental dan fizikal.
Pasti sudah ada checklist persiapan barangan dan amalan. Apa mahu pakai dan apa mahu buat di sana.

Memang. Masa mahu berpacking ini adalah antara masa yang sangat seronok dan excited. Tak sabar mahu berangkat.

Bagi KakSeri yang tidak pernah melakukan umrah sebelumnya, pasti sangat teruja dengan suasana dan pergerakan di sana.

Bermula dari berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sehinga turun di KLIA tanah air, 44 hari, semuanya pengalaman baru yang amat berharga.

Di Madinah, semaksima mungkin mahu ke Raudhah.
Di Mekah, semaksima mungkin mahu melakukan umrah.
Di Mina, semaksima mungkin mahu mengumpul pahala.
Di Arafah, semaksima mungkin mahu menadah tangan bermohon kepadaNYA.

Ada bersama di dalam bag silang, sebuah AlQur'an bersaiz A5, Buku Doa, buku catatan, pen, botol air kecil, tuala kecil dan gunting.
+ AlQur'an - pembacaan
+ Buku Doa - pembacaan / penghafalan
+ Buku catatan - catatan / senarai doa sendiri / senarai doa yang dikirim / apa juga bentuk catatan
+ Pen - penulis
+ Botol Air - minuman / bekalan untuk wudhu'
+ Tuala kecil - alas dahi / alas wudhu'
+ Gunting - bertahalul

Ok. Nanti KakSeri sambung lagi.

#diarihajiKakSeri #diari #ilmu #aktiviti #kongsiilmu #KakSeri #SeriAishah

BULATAN TOLERANSI Siri 2

Dari entry siri 1 : Semakin besar bulatan toleransi kita, semakin besar penerimaan kita terhadap persekitaran dan semakin mudah kita mengawal setiap tindakan kita.

http://ceritakakseri.blogspot.com/2015/09/bulatan-toleransi-circle-of-tolerance.html

Bayangkan bila kita berada di dalam gelung bulatan yang sangat besar. Kita bebas melakukan pelbagai gerakan. Kita rasa puas bergerak mengikut mahu kita. Bahagia.

Berbanding berada di dalam gelung bulatan yang sempit. Pergerakan yang terhad, perasaan yang terkongkong dan rasa mahu menjerit marah melepaskan diri!

Q : Apa sebenarnya yang membuatkan Bulatan Toleransi kita mengecil?

A : Encoded Assumption iaitu SANGKAAN yang dikodkan didalam minda dan akal.

Q : Sangkaan yang bagaimana?

A : Sangkaan yang kita dengar, lihat, rasa dan percaya melalui pengalaman dari :
+ ibu bapa, diri sendiri, keluarga
+ perkongsian cikgu, kawan-kawan
+ input dari media massa
yang membentuk satu 'kepercayaan'.

Kepercayaan ini akan digunakan semula apabila kejadian hampir sama berlaku.

Contoh sangkaan 1 :
Dikala santai, suami isteri mestilah jalan beriringan berpegang tangan.

Apabila suami selalu asyik berjalan mendahului isteri, isteri percaya, cinta suami sudah tawar pada isteri.

Contoh sangkaan 2:
Seorang kawan baik mestilah saling mengingati tarikh lahir dan menghantar ucapan.

Andai tiada ucapan atau ingatan dari kawan baik, kita percaya dia bukan kawan yang boleh diharapkan.

*Boleh cuba fikirkan sangkaan yang biasa ada dikalangan kita. 😊

Apabila ada sangkaan begini, kita akan mula membuat tindakan merajuk dan merenggangkan hubungan. Tindakan ini akan membebankan diri dan emosi. Sangkaan inilah membuat Bulatan Toleransi kita mengecil.

Semakin banyak sangkaan dalam diri kita, semakin banyak tindakan luar kawalan yang kita ambil dan semakin terkongkong diri dan emosi.

Nah. Sebab itu, kita perlu kurangkan atau hapuskan sangkaan yang ada dan menjadikan diri lebih terbuka kepada pelbagai kemungkinan dan hidup tenang.

Boleh? Boleh?

*Sangkaan yang dimaksudkan tidak melibatkan sesuatu yang berkaitan hukum agama dan hukum alam.

#celoteh #kongsiilmu #leadership #LOVE #speaker #KakSeri #SeriAishah

MISI RETIRE RICH RETIRE YOUNG

Alhamdulillah.

Walaupun tidaklah begitu 'young'  namun misi 'retire rich' tetap menjadi impian.
Misi kami memiliki beberapa aset hartanah 'medium-high profile' bagi menjana pendapatan pasif sebanyak 'sekian-sekian' setiap bulan sebelum berumur 50 tahun.

Kami masih bekerja keras untuk melengkapkan misi ini dalam beberapa tahun saja lagi.
Sengaja KakSeri 'up' kan entry ini untuk dorongan kepada kawan-kawan yang bermula lambat seperti KakSeri. Kami bermula lambat, berdikit-dikit dan berkira-kira.

Kawan-kawan, biarpun kita bermula lambat dek ketiadaan ilmu atau ketiadaan peluang, namun masih belum terlambat untuk kita memulakan apa juga tindakan sebaik 'seru' tiba.

Sebabnya, ada yang bermula laju seperti sang arnab. Ada yang bermula perlahan seperti sang kura-kura. Siapa yang teguh dengan matlamat tetap akan mencapai sasaran.

Memiliki aset yang banyak adalah perkara 'biasa-biasa' bagi sebahagian individu. Tuan Ali Majid punyai tiga-ratusan hartanah. Sahabat-sahabat yang lain yang punyai kepakaran dalam bidang perniagaan dan pelaburan hartanah juga punyai puluhan atau ratusan hartanah dalam simpanan.

Bagi KakSeri, punya hanya beberapa aset sahaja sudah dikira WOW! dan bangga dengan pencapaian. Hargai penat lelah usaha gigih diri.

Tidak dapat dinafikan, pelaburan hartanah adalah satu bentuk pelaburan yang sudah terbukti memberi pulangan besar dalam jangkamasa sederhana-panjang. Berbanding dengan pelaburan  yang lain.  Kos entry dan risikonya juga besar.

Ilmu sangat perlu supaya tidak terbakar tangan, tersilap kajian. Belajar walaupun perlahan.
Secara prinsipnya, setiap dari kita perlu ada satu 'kilang' yang akan menjana pendapatan untuk kita bilamana tiba masa kita 'bersara'.

Apakah kita sudah kenalpasti kilang kita?
Adakah kita sudah mula membina kilang kita?

Fikirkan.

p/s: Hanya kepada Allah kita menyembah, hsnya kepada Allah kita pohon pertolongan.
Wallahua'lam.

#cerita #inspirasi #diari #hartanah  #investment #pelaburan #KakSeri #SeriAishah

Tuesday 1 September 2015

BULATAN TOLERANSI (Circle of Tolerance)

Masih ingatkah cerita KakSeri di hari Merdeka, tentang bagaimana KakSeri mahu hidup tenang, bahagia, berkasih sayang  dan MERDEKA ?

Tak ingat, tak apa. KakSeri kongsi lagi.

👌 3 perkara yang KakSeri belajar untuk bebas diri, merdeka jiwa dan hidup tenang bahagia

👍 Besarkan bulatan toleransi
👍 Tangguhkan penilaian
👍 Bertindak bijak dengan ilmu

Cerita penuh di sini:
http://ceritakakseri.blogspot.com/2015/08/31-ogos-2015-merdeka-58.html

Pada entry ini KakSeri mahu fokuskan tentang besarkan Bulatan Toleransi.

Cuba bayangkan, kita sedang berada di dalam satu gelung bulatan yang mengelilingi diri kita. Seperti kita berada di dalam sebiji telur gergasi.

Lingkaran kulit telur itulah BULATAN TOLERANSI yang kita sendiri kuasai.

Kita yang pilih samada mahu ruang yang besar atau kita yang pilih untuk kecilkan ruang di antara lingkaran telur tersebut.

Ruang di dalam lingkaran ini pula akan menentukan sejauh mana kita boleh menerima kerterbukaan kita :

+ terhadap persekitaran.
+ terhadap sesuatu yang kita lakukan kepada diri kita.
+ terhadap sesuatu yang dilakukan orang lain ke atas diri kita.

Contoh :
Apakah reaksi kita apabila ada rakan secara tiba-tiba menepuk bahu kita dengan agak kuat!

1+ tersentap dan menengking marah.
2+ masih boleh menerima dan menegur tindakannya dengan berhemah.

Pilihan ke-2 menunjukkan bulatan toleransi yang lebih besar berbanding pilihan 1.

Semakin besar bulatan toleransi kita, semakin besar penerimaan kita terhadap persekitaran dan semakin mudah kita mengawal setiap tindakan kita.

Semakin besar bulatan toleransi kita, semakin kita mudah memahami kekurangan orang lain dan semakin mudah kita memaafkan kesilapan orang lain terhadap kita.

Semakin besar bulatan toleransi kita, semakin kita nampak kekurangan kita,  semakin kita berusaha memperbaiki diri.

Belajar sesuatu?
Besar manakah BULATAN TOLERANSI kita?

#leadership #speaker #kongsiilmu #KakSeri  #SeriAishah