Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Thursday, 3 September 2015

RETIRE RICH RETIRE YOUNG #2

Pagi-pagi ni, sambil membawa 2 beg plastik pisang masak hijau ke pejabat, AbgHj menduga minda KakSeri.

AbgHj : Adakah bila kita fikir nak hidup senang bila pencen nanti, kita tak perlu enjoy life sekarang?

KakSeri : No. Life as usual baby.. (cewah!)

AbgHj : Jadi, apa sebab kita perlu ikat perut?

KakSeri : Owh!

We are just fine with our life now, darling. Bersederhana. Hidup biasa-biasa cara kita.

We eat healthy food dan kita pilih hidup selesa cara kita.

So far pun, bila kita plan nak pergi bercuti satu famili (dalam negara) jugak takde masalah kan? In sha Allah bajet sederhana boleh diatur.

Retire Rich to me, lebih kepada bagaimana kita boleh kekalkan gaya kehidupan kita sekarang di masa depan. Atau lebih baik.

Di masa kita tidak lagi bekerja seperti sekarang.

Di masa kita tidak lagi punya pendapatan tetap yang dikatakan menjamin perbelanjaan bulanan kehidupan seperti sekarang.

Di masa perbelanjaan semasa sebenarnya lebih tinggi dari sekarang pada 10 tahun akan datang akibat tekanan inflasi.

Di masa kita kekurangan tenaga mahu melakukan aktiviti menjana wang dengan tulang empat kerat kita.

Pada ketika itu, biarlah pulak wang atau kekayaan yang kita kumpulkan sekarang, bekerja untuk kita sehingga akhir hayat kita.

Pada ketika itu kita menikmati kehidupan yang lebih santai dan punya kuasa melakukan apa yang kita mahu.  Juga lebih masa untuk diri sendiri.

***

AbgHj, hidup kita sebenarnya sudah mewah sekarang. Kita tak perlu keluarkan duit untuk makan pisang.  Ahaksss.

#celoteh #keletah #kongsiilmu #retirerich #KakSeri #SeriAishah #senyum #leadership
#Lexee #JubahEksklusifSeriAishah 

Wednesday, 2 September 2015

MISI RETIRE RICH RETIRE YOUNG

Alhamdulillah.

Walaupun tidaklah begitu 'young'  namun misi 'retire rich' tetap menjadi impian.
Misi kami memiliki beberapa aset hartanah 'medium-high profile' bagi menjana pendapatan pasif sebanyak 'sekian-sekian' setiap bulan sebelum berumur 50 tahun.

Kami masih bekerja keras untuk melengkapkan misi ini dalam beberapa tahun saja lagi.
Sengaja KakSeri 'up' kan entry ini untuk dorongan kepada kawan-kawan yang bermula lambat seperti KakSeri. Kami bermula lambat, berdikit-dikit dan berkira-kira.

Kawan-kawan, biarpun kita bermula lambat dek ketiadaan ilmu atau ketiadaan peluang, namun masih belum terlambat untuk kita memulakan apa juga tindakan sebaik 'seru' tiba.

Sebabnya, ada yang bermula laju seperti sang arnab. Ada yang bermula perlahan seperti sang kura-kura. Siapa yang teguh dengan matlamat tetap akan mencapai sasaran.

Memiliki aset yang banyak adalah perkara 'biasa-biasa' bagi sebahagian individu. Tuan Ali Majid punyai tiga-ratusan hartanah. Sahabat-sahabat yang lain yang punyai kepakaran dalam bidang perniagaan dan pelaburan hartanah juga punyai puluhan atau ratusan hartanah dalam simpanan.

Bagi KakSeri, punya hanya beberapa aset sahaja sudah dikira WOW! dan bangga dengan pencapaian. Hargai penat lelah usaha gigih diri.

Tidak dapat dinafikan, pelaburan hartanah adalah satu bentuk pelaburan yang sudah terbukti memberi pulangan besar dalam jangkamasa sederhana-panjang. Berbanding dengan pelaburan  yang lain.  Kos entry dan risikonya juga besar.

Ilmu sangat perlu supaya tidak terbakar tangan, tersilap kajian. Belajar walaupun perlahan.
Secara prinsipnya, setiap dari kita perlu ada satu 'kilang' yang akan menjana pendapatan untuk kita bilamana tiba masa kita 'bersara'.

Apakah kita sudah kenalpasti kilang kita?
Adakah kita sudah mula membina kilang kita?

Fikirkan.

p/s: Hanya kepada Allah kita menyembah, hsnya kepada Allah kita pohon pertolongan.
Wallahua'lam.

#cerita #inspirasi #diari #hartanah  #investment #pelaburan #KakSeri #SeriAishah

Wednesday, 26 August 2015

Kenapa KakSeri suka berniaga Bab 4. Impian kini

The Colloseum Rome, Italy


Vatican City Rome, Italy

Gambar-gambar yang KakSeri kongsikan disini adalah gambar antara impian KakSeri yang telah dicapai. Melawat dunia asing dengan gembira.



Brussel, Belgium
Ansterdam, Netherland
Keukenhof, Netherland
Keukenhof, Netherland

Zaanse Schans , Netherland
Bristol, England

BMC (Business Model Canvas) 

Di dalam kelas-kelas BMC (Business Model Canvas) yang KakSeri sampaikan, apabila seseorang memilih untuk menjalankan perniagaan, objektif perniagaan kebiasaannya jatuh di dalam salah satu kategori berikut:
  1. Saraan hidup
  2. Cara hidup (Lifestyle) 
  3. Kembangkan kekayaan

Pada akhir 1990an, KakSeri mula berniaga dalam suasana 'macam nak serius tapi tak berapa serius' kerana IMPIAN yang satu ini, iaitu mengumpul wang tambahan untuk keluar melancung ke negara Eropah. 


Kategori seperti ini disamakan dengan menjalankan bisnes untuk melengkapi cara hidup. Kategori ke-2.


Alhamdulillah, berkat nawaitu dan usaha yang dijalankan mencapai impian, KakSeri berjaya merealisasikan impian tanpa menggunakan wang simpanan dari sumber yang lain.


Apa yang kita fikir, buat dan rasa adalah doa.


Kemudian KakSeri terfikir, Allah mengikut sangkaan hambanya. Apabila kita cita-citakan hanya untuk diri sendiri, itulah yang kita dapat. Andaikan, kita cita-citakan lebih dari itu, besar kemungkinan juga kita akan dapat. Apa yang kita fikirkan selalunya mendorong untuk kita mendapatkannya.


Naiktarafkan impian


Maka, bermula 2014 impian KakSeri sudah dinaiktarafkan oleh KakSeri sendiri.(hehehe, who else kan?) Mahu mengembangkan kekayaan di samping melengkapi carahidup yang sama tetapi kali ini merantau ke negara Eropah bersama keluarga.


Makanya, usaha KakSeri yang sebelum ini  'macam nak serius tapi tak berapa serius' perlu KakSeri tukar kepada 'perlu serius kalau nak kaya dan mengkayakan orang lain'.


Mentor



Oleh sebab itu, bermula dari 2014, KakSeri sudah mula mengamalkan dasar 'ikat perut' dan menggunakan sebaik mungkin fasa survival selama 3 tahun pertama dengan kemas dan teratur. KakSeri perlu terus berguru, mencari guru a.k.a mentor. Dalam masa yang sama KakSeri mahu berkongsi ilmu yang ada, dengan mereka yang mahu bersama-sama berjaya. In sha Allah.


Doakan KakSeri dan KakSeri juga mendoakan kalian berjaya mencapai impian masing-masing dengan cemerlang.





Eiffel Tower Paris, France
London, England


Musee de Lourve , France
Zaanse Schans, Netherlands
Rome, Italy


Repost : 5/2/2015

Kenapa KakSeri suka berniaga - Bab3 Cita-cita


Sambungan dari :


Ada kawan-kawan sindir KakSeri, kata KakSeri ni tak puas-puas carik duit. Ada kawan-kawan kata KakSeri ni sibuk cari harta dunia. Ada kawan-kawan KakSeri kata KakSeri tak jaga status diri KakSeri kerana tanpa segan silu buat online marketing di fb untuk jual produk Shaklee, Pad Lexee, Crystal Salt, Insuran dan lain-lain.

Semua telahan kawan-kawan KakSeri itu benar belaka! Kawan-kawan KakSeri pandai meneka KakSeri. Kawan-kawan KakSeri sememang kenal KakSeri. Setiap insan berlainan gaya hidup mereka, berlaianan gaya pemikiran mereka dan berlainan perspektif terhadap kita. 

Cita-cita KakSeri tinggi. Cita-cita KakSeri mahu menggapai bintang. Cita-cita KakSeri untuk berada di angkasa. Cita-cita KakSeri mahu menjejak bulan. Sudah tentu tidak sama dengan mereka yang bercita-cita untuk sekadar menyentuh roket ke angkasa.. Yang membezakan setiap insan adalah cita-cita. Betulkan?

Setiap masa KakSeri 'renew' cita-cita KakSeri kerana cita-cita tiada hadnya. Cita-cita tak perlu dibayar. Cita-cita itu percuma! Cita-cita manusia tidak semestinya 1. Tidak semestinya 2. Boleh saja lebih dari 3. Boleh saja infiniti..


Cita-cita hanya akan terlaksana melalui doa dan usaha.. doa dulu kemudian usaha atau usaha dulu baru berdoa? hehe..jawapannya.. keduanya perlu seiring

Menggunakan sedikit ilmu Meta-Fizik, KakSeri bukan seorang yang memiliki kelebihan kod 7-7 bagi mereka yang sentiasa beruntung. Tetapi saya seorang yang memiliki kod 1-5 yang perlu berusaha untuk berjaya walaupun diri memiliki kod 2

Apa itu kod 2? Nnantikan cerita saya tentang metafizik & kod diri dalam entry akan datang. Oleh itu, silalah "follow" KakSeri :")  

Rezeki telah terhidang didepan mata, bagaimana untuk memastikan rezeki itu berada di dalam mulut? Menikmatinya sambil mengucap syukur kepada Yang Maha Memberi.

Cita-cita perlu disenaraikan, perlu di tulis, perlu di lihat, perlu didengarkan, selalu.. Itu yang KakSeri belajar dari mereka yang telah berjaya menggapai cita-cita mereka. 

Tampal atau letakkan ia di satu tempat yang selalu kita pandang. Di mana? Di mana-mana sahaja.. di cermin bilik mandi, di cermin bilik persalinan, di whiteboard pejabat, di skrin komputer, di oven (bagi para bakers) sebagai contoh. Kelebihannya, apabila kita hampir mengalah, lakaran cita-cita ini juga yang akan membantu memulihkan semangat dan motivasi diri.

Kongsi dengan mereka yang dekat dengan kita, mereka yang sentiasa menyokong kita. Supaya mereka akan sentiasa mengingatkan kita apabila kita tersasar jauh dari cita-cita kita. Supaya mereka boleh membantu kita berada semula di landasan yang kita bina dalam mencapai cita-cita kita.

Apa cita-cita KakSeri yang menyebabkan KakSeri rakus mencari harta? 
Kerana kerakusan, KakSeri mampu merealisasikannya.
Kerana KakSeri tak puas-puas carik duit, KakSeri mampu merealisasikannya.
Kerana KakSeri sibuk cari harta dunia, KakSeri mampu merealisasikannya.
Kerana KakSeri tak pandai jaga status diri KakSeri di fb, KakSeri mampu merealisasikannya.

  • Cita-cita saya nak ke Tanah Suci menunaikan haji bersama ibu bapa KakSeri. Alhamdulillah DONE!

  • Cita-cita KakSeri nak menjejaki bumi Eropah dan sebahagian tempat di dunia. Alhamdulillah, partially DONE!
 
  • Cita-cita KakSeri memiliki beberapa hartanah di "Lembah Kelang". Alhamdulillah, almost DONE! 
  • Cita-cita KakSeri... sentiasa ada yang baru. :)

Semua orang yang mempunyai cita-cita mampu melaksanakan cita-cita mereka. Soalnya cepat atau lambat. Susah atau senang.


Cita-cita akan lebih cepat dilaksanakan apabila faktor kewangan kita mencukupi. Bagaimana untuk menyediakan tabungan dengan kadar segera, khususnya bagi mereka yang bekerja makan gaji bilamana gaji bulanan yang diterima sekadar cukup makan seperti saya?


Cita-cita akan lebih senang terlaksana apabila kita merancangnya dengan betul dan sistematik. Bagaimana untuk melakukannya?

Sedikit kata-kata perangsang untuk mereka yang memerlukan..




Ikuti update KakSeri seterusnya...


Repost :2/2/2014

TOPI MENTOR

Apabila tiba masa untuk membuat business coaching kepada tim di dalam rangkaian perniagaan, KakSeri suka menggunakan 'voice note'.


  1. + Luahan, perkataan, intonasi memainkan peranan besar untuk memastikan penyampaian ketika coaching itu berkesan.
  2. + Suara dan intonasi dapat menyentuh emosi manusia
  3. + Apabila emosi tersentuh, ia akan menggerak tindakan.
YA. Kata kuncinya EMOSI PENGGERAK TINDAKAN.

Emosi individu sentiasa berbolak balik. Namun emosi ini akan TEGAP apabila kita punya MATLAMAT. Matlamat yang UTUH.

Dalam bercoaching, pelbagai elemen KakSeri serapkan. Berbagai TOPI yang perlu KakSeri punya.
Kali ini KakSeri pakai topi 'ostazah'. Menyemai konsep berniaga selari dengan konsep menjalankan ibadah harian.

Berkongsi cerita dan teknik bagaimana menjemput rezeki yang tidak di sangka-sangka.

Dalam waktu yang lain pula, KakSeri pakai topi GURU BESAR, KAWAN BAIK dan ANAK MURID. Banyak topi lagi...

Menjadi SESUMPAH dalam hidup, itu perlu. Niatnya, memberi manafaat dan kebaikan.
Wallahua'lam.

noraishahramlan.blogspot.com

#coach  #mentor #businesscoaching  #leadership #bantuusahawan #janapendapatan #kayaberjaya #moneymagnet #KakSeri #SeriAishah #senyum #LEXEE #tualawanitakesihatan


Kenapa KakSeri suka berniaga.. Bab 2 : Sukarnya bila takde duit.

Sambungan dari Episod terdahulu..Kenapa KakSeri suka berniaga.. Bab1: Dulu-dulu

Sukarnya bila takde duit.

Hari pertama masuk Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (TIJB) 1986, waktu tu sangat excited. Nak duduk asrama kononnya. Kawan-kawan yang cemerlang Penilaian Darjah 5 semua dah masuk asrama. So, rasa macam masuk asrama tu macam hebat ajer... macam best ajer..

Tapi sekejap ajer best tu, sebab dah duduk jauh dengan ibu abah, adik beradik & kawan-kawan. Rindu juga kat mereka.  Walhal TIJB tu kat Johor Bahru aje, rumah kat Kota Tinggi. Dulu-dulu kalau naik bas dekat dua jam jugaklah  naik bas berhenti-henti tu.. Kalau naik kereta mungkin satu jam. 

Setiap minggu juga lah ibu datang melawat, bawak nasi lemak. Huhuhu.. memang best lar.. tapi bila ibu tak datang KakSeri nangis sorang-sorang atas katil. (huwaaaa)

Ada masanya kesempitan wang bila duduk di asrama ni terasa juga. Bila dok kat rumah dulu, KakSeri bolehlah tolong jual kerepek, so adalah pendapatan duit harian,. Kat asrama ni lain. Walaupun makan semua dah tersedia, ada kalanya nak jugak beli itu dan ini. Faham juga dengan kekangan pendapatan keluarga bila adik beradik 7orang dan hanya abah ajer yang bekerja.

Jadi jalan yang paling mudah nak atasi masalah ni, sememangnya kena berniaga juga. Ibu bawakkan tidbits macam kacang tepung, kuih siput, amik dari jiran tetangga untuk dijual. So hasil jualan tulah yang jadi duit saku... Ok jugak kan?

Dipilih menjadi Pengerusi Persatuan Puteri Islam juga membuatkan KakSeri lebih dekat dengan perniagaan. Selain merangka aktiviti tahunan, kami juga menyediakan penjualan tuala wanita kepada rakan-rakan pelajar yang dalam 'kecemasan'. (eh.. rupa-rupanya dedulu pun pernah jual pad, patut sekarang jual pad & pantyliner LEXEE.. heehee)

Belanja Abah Ibu

Selesai peperiksaan SPM, kilang kat Batu 2 dah sedia menanti. Sesubuh hari segerombolan budak-budak lepasan SPM beratur mintak kerja. Alhamdulillah.. senang aje dapat. So kerjalah kat kilang Thomson sepanjang cuti tu. Pergi kerja tumpang kawan abah yang kebetulan 'somebody' kat situ. Bila balik naik van kilang sebab selalunya ada OT.

Kilang Thomson tu kilang semikonduktor dan pembuatan radio & TV. Dapat tugas duduk kat bahagian alignment dan troubleshooting radio board. Wahh best sungguh sebab taklah rasa macam operator sangat. Dah macam buat kerja technician level 1. (Memang dilahirkan ada aura seseorang berjiwa teknikal kah? hehehe). 

Memang seronok kerja kat situ. Kenal sorang kakak yang sangat baik dan cantik. Kak Salamah Musa nama dia. Kami masih berhubung sampai hari ini. Kak Sal ni orang Pasak. Kira kakak angkat lah ni.


Awal bulan, dalam 7hb macam tu.. ialah hari semua pekerja Thomson, termasuklah KakSeri,  tunggu.. yeehaaa.. HARI GAJI!. Kebetulan hari tu abah ibu yang datang amik. So memang happening lar sangat. Time tu gaji dapat CASH uolss.. selepuk dapat di tangan. Tak pernah pegang duit sendiri ratus-ratus RM. Punyalah simpan kemas-kemas.. takut juga kot-kot ada yang panjang tangan.. almaklumlah.. pekerja kilang kan ramai... Masuk dalam kereta terus bagi ibu abah beberapa ratus RM. Alhamdulillah. KakSeri pun tak fikir nak buat apa sangat dengan duit tu... shopping pon tak pandai lagi.. huhuhu... On the way balik, ajak abah singgah kedai tepi jalan febret KakSeri, kita tapau AYAM GOLEK sekor! 

Zaman U

Masuk Universiti Teknologi Malaysia tahun 1988- 1993. Ikuti kurus Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik yang melayakkan KakSeri menyertai sebuah syarikat telekomunikasi sebagai seorang Jurutera Perhubungan. (Communication Engineer)

Hanya setahun di Kampus Skudai, selebihnya merantau di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Secara dasarnya, di sinilah bermulanya episod kehidupan KakSeri sehingga kini.

Masuk universiti agak mewah juga kerana ada tanggungan dari pihak JPA. Jadi, kuranglah tanggungjawab kewangan abah ibu sepanjang pengajian. Cuma mungkin sedikit perit ketika pendaftaran pertama tetapi bila dah dapat pinjaman dari JPA, semuanya jadi OK.

Seperti biasa setiap kali cuti semester, KakSeri tak akan duduk diam. Cari duit. Kerja sebagai seorang salesgirl di The Store Pelangi. Jaga kaunter yang menjual barangan cenderamata. memang job terbaik. Pagi-pagi datang kerja lap dulu semua almari pameran. Lepas tu berdirilah sampai waktu rehat. Kalau ada customer, KakSeri lah orang yang membuat dekorasi bungkusan hadiah. Keluarlah segala kreativiti yang ada dalam diri.. hehehe.. memang seronok lah kerja ni.. 

Minggu pertama keting kaki KakSeri punyalah sakit. Nak naik turun tangga memang bercinta. Apa taknya dari pagi sampai malam asyik berdiri, berjalan. Tak boleh duduk langsung. Peraturan kerja tu beb. Adoyaiiii.

Ke Singapura seorang diri.

Masa ni lah KakSeri pandai sikit nak bergaya dan bershopping. Almaklumlah dah 'besar' sikit dan dah pandai melawa pulak tu.. hikhik. Duit gaji bayar sewa rumah, bagi abah ibu dan guna untuk diri sendiri. Ketika itu, trend orang pakai walkman  jenama "AIWA". Masa tu kalau nak beli barang elektronik, memang murah dekat Singapura. So bila dah cukup duit, KakSeri ambil bas di BusStand JB sampailah ke Woodland sorang-sorang. Belilah walkman AIWA pujaanku itu... Walkman inilah peneman KakSeri sepanjang tempoh pengajian melayan lagu penyanyi hit ketika itu Ziana Zain yang tengah meletops.

Masak nasik lemak KOOP

Ketika di kampus Semarak, duduk di asrama kayu APK yang happening tu.. Sebilik 2 orang. Memang rezeki KakSeri, dari tahun 2 sampai tahun 5 KakSeri ditempatkan di blok asrama ini. 

Bersahabat baik dengan 'tauke KOOP' bernama Intan, (student juga), dia offer kami (KakSeri dan classmate Anor) untuk masak nasik lemak pada setiap petang di hujung minggu untuk dijual di koperasi kecil belakang asrama. Maka, KakSeri dan Anor akan bergilir-gilir kerja. Upah tukang masak dapatlah 2 bungkus nasi percuma dan komisen bagi setiap nasi lemak yang terjual. Kebiasaanya memang akan habis lar.. (hikhik.. pandai jugak memasak tu..) Setiap kali giliran KakSeri memasak, yang untungnya ialah bofren KakSeri lar kan sebab satu bungkus lagi KakSeri akan hadiahkan kat dia...

Kumpul duit komisen KakSeri buat beli kain kat Pasaraya Keramat Chowkit. Memang ketika itu kegilaan belajar menjahit. Ada geng nama dia Samidah. KakSeri dah mula belajar buat baju sendiri. Tak ingatlah pulak mesin jahit siapa yang sediada di bilik lepak APK tu. KakSeri jahit baju raya saya & adik2 KakSeri. 

Renung-renung balik apa yang KakSeri lakukan dari dulu sampai sekarang, KakSeri ni memang jenis tak boleh duduk diam. Ada ajer kerja-kerja sambilan yang akan KakSeri buat bila ada masa lebih Yang penting ia menjana duit tambahan untuk keperluan diri....


  • #'Bukan senang nak senang tapi tak susah untuk jadi susah' - pm kawan TIJB Yati Selamat, lepas dia baca entry ini. Thanks Yati.#



Repost : 10/12/2013








Kenapa KakSeri suka berniaga.. Bab 1 : DULU-DULU

Assalamualaikum semua;

Ada beberapa kawan yang tanya KakSeri, kenapa KakSeri ni suka sangat berniaga walaupun dah punya gaji bulanan tetap. Macam-macam benda KakSeri niagakan. Jadi Investment konsultan - agen insuran PruBSN, agen Unit Trust Public Mutual, Dealer Gold Silver Public Gold. Pastu tubuh syarikat jadi Distributor  bebarapa produk seperti produk Terapi Diri, CVT & Garam Bukit, Distributor Shaklee, Skincerity, Myra de Beaute, Perfume Dubai DDF dan yang terbaru Pad Wanita Lexee.

#boleh tengok profile dalam kolum Puan Seri Aishah#

Berniaga ni, dah sebati dengan jiwa KakSeri dari dulu-dulu. Walaupun perniagaan KakSeri ni sikit sini, sikit sana, Alhamdulillah mencapai target wang tambahan yang KakSeri perlukan. Ya KakSeri perlukan untuk mencapai cita-cita KakSeri. Apa tu? Saya diamkan dulu.. Jom baca cerita KakSeri seterusnya...

DULU-DULU

Dulu-dulu, sejak masa sekolah rendah lagi KakSeri dah mula berniaga. Apa yang KakSeri jual?

Bermula dengan menjual kerepek bawang yang ibu KakSeri buat. hehehe.. memang sangat seronok.

Zaman awal 80an, basikal mini jadi trend budak-budak perempuan tapi saya mintak abah KakSeri belikan KakSeri basikal roda besar. Alasan KakSeri, kayuh sikit tapi laju dan cepat sampai... (agaknya memang otak engineer dari kecik heheh)

Bayangkan KakSeri naik basikal besar biru tu dengan badan KakSeri yang halus.. KakSeri tumpangkan adik KakSeri kat seat belakang yang kebetulan bersekolah dekat dengan sekolah KakSeri. Makanya seat belakang dah penuh. Macamana KakSeri nak bawak kerepek? Beg sekolah lagi?


Jadi tiada pilihan, terpaksalah KakSeri bawak beg besar yg penuh dengan kerepek tu dihandle basikal. Bukan sebelah ajer.. tapi kedua-belah. Fuhh hebat tak hebat jugak KakSeri dulu-dulu...

Demand sememangnya tinggi. Setiap kali bawak memang licin lincau. Sampai ada yang sanggup tunggu depan pintu kelas  bila  time rehat, kalau cikgu kelas KakSeri lambat keluar. huhu. Memang tak ada langsung rasa malu nak berniaga. 

Masa tu mana tau sangat nak beli itu ini, nak pakai duit ke apa ker... tapi sebab seronok kawan-kawan datang membeli, itu satu kepuasan agaknya..

WARISI HOBI IBU

Ibu memang rajin. Masa kami kecik-kecik macam-macam ibu buat. Jual kuih pagi-pagi dan hantar kat kedai. Buat biskut raya dan jual. Mungkin sebab hanya abah sorang jer yang kerja jadi ibu cuba bantu cari wang belanja harian dengan cara ini. Mungkin juga hobi ibu memasak ditukar jadi punca pendapatan ibu. Ibu memang pakar memasak.(sampaikan Tuanku Sultan Johor sekarang order sambal belacan dengan ibu!)

Mungkin kerana  KakSeri anak sulong perempuan dalam keluarga maka KakSeri yang banyak bantu ibu. Adik-adik lain membantu sama. Ibu bukan saja jual biskut raya untuk Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji tau, tapi bila dah dekat-dekat nak Tahun Baru Cina, ibu dah sibuk buat biskut sampel. KakSeri larr yang selalu ikut ibu pergi ke kedai-kedai Cina bagi sampel dan ambil tempahan.

Kitorang adik beradik tolong ibu buat biskut bila tiba hari perayaan. Kalau KakSeri boleh ingat lagi antara biskut yang ibu selalu buat ialah Tat Nenas, Mama Carrie, Biskut Sampan, Suji, Sarang Semut (ini yang paling hot!), Chocolate Cherry. Chocolate Almond, Almond London. Dalam banyak-banyak tugasan yang paling malas sikit ialah bubuh cherry atas biskut. Melekit-lekit, pastu nak kena pilih pulak yang kilat kena facing atas. huuhu. 

Owh! Ibu pun buat Swiss Roll dan Kek Buah juga.

Jadi tak heranlah KakSeri pun pernah ambil tempahan dan jual biskut raya jugak dekat kawan-kawan pejabat. Juga tolong kawan jualkan Biskut Batang Burok Muar dan Popia Simpul. Jadi orang tengah lebih relaks dan lumayan. 

Tapi sejak 3 tahun lepas KakSeri dah berhenti buat kuih raya sebab sakit belakang bila duduk lama2 uli doh, kesan jatuh motor masa remaja dulu-dulu..



Repost : 13/11/2013

Tuesday, 25 August 2015

Kenapa KakSeri suka berniaga Bab 5 IMPIAN dan IZIN-NYA



Setiap orang ada cita-cita. Setiap orang ada impian. Samada kita berjaya mencapai cita-cita dan impian kita atau sebaliknya, semuanya dengan IZIN-NYA.

Namun andai kita berada di kalangan mereka yang gagal menggapai impian sediada, usah lama kecewa. Usah lama bersedih. Bangkitlah. BINA IMPIAN BARU.

Bina impian mengikut situasi kita ketika itu. Kejayaan yang paling manis adalah apabila kita bangkit dan terus membina IMPIAN-IMPIAN BARU.

KakSeri mahu kongsikan cerita Puan Anne (nama samaran) yang bangkit setelah 'terkecewa' kerana terpaksa melepaskan apa yang di cita-citakan, walau rezeki sudah di mulut, namun REDHA dan bangkit dari kekecewaannya. Dengan IZIN-NYA.

***
Puan Anne, bekerja di salah sebuat syarikat antara terbaik dan terbesar di negara. Beliau seorang yang sangat berdedikasi melaksanakan tugasannya. Dari seorang Junior Engineer, beliau gigih menempatkan dirinya antara yang terbaik di dalam unit beliau. Beliau disukai oleh pihak pengurusan dan sering dilantik menjadi antara individu penggerak dalam setiap aktiviti organisasi.

Bekerja di ibu pejabat, beliau banyak membina "standard operation procedure" yang menyeragamkan langkah mengawalselia sistem untuk kegunaan unit operasi di seluruh negara. Satu tugasan yang mencabar. Beliau dan rakan-rakan sepasukan, adalah "key reference person" yang akan selalu dirujuk untuk urusan-urusan berkaitan pengoperasian sistem.

Sebagai imbuhan ke atas kesungguhan dan kegigihannya, beliau sering mendapat penghargaan setiap kali ketika penilaian prestasi. Bonus dan Merit yang lumayan, imbuhan yang setimpal untuk usahanya.

***
Situasi bermula pada akhir tahun 2009. Ketika itu, beliau sangat selesa dengan tugasannya.
Hasil keikhlasan dan kesungguhannya, Puan Anne telah dicadangkan oleh ketua bahagiannya untuk menduduki satu jawatan bagi satu projek ad-hoc yang mana jawatan itu juga sangat dicita-citakan oleh Puan Anne. Setelah melalui sessi temuduga dan penilaian, beliau telah berjaya melepasinya dan dipilih untuk jawatan tersebut.

Jawatan itu perlu diisi segera kerana akan menjalankan satu projek khas yang berkaitan dengan pembangunan syarikat.

Namun, dugaan hadir apabila pada waktu yang sama, beliau mendapat jemputan dari Allah s.w.t untuk menjadi tetamuNYA, menunaikan fardu haji dan akan berada di Tanah Suci selama 45 hari.
Andai kata, jemputan haji itu hanya diri beliau seorang, kemungkinan besar beliau akan menangguhkannya dan memilih kerjayanya.

Apa yang membuatkan dugaan lebih mencabar ialah jemputan haji tersebut adalah bersama dengan kedua ibubapa dan suaminya, yang mana ianya juga impian besar Puan Anne sekian lama.

Tersepit antara 2 impian besar, kerjaya dan keluarga / agama, Puan Anne memilih untuk menerima jemputan Ilahi dan melepaskan perlantikan beliau ke jawatan impiannya itu. Dengan IZIN-NYA.
Redha dengan ujian Allah, pemergian Puan Anne digunakan sepenuhnya untuk memohon petunjuk Allah bagi setiap dugaan yang sedang dilaluinya dan memohon yang terbaik untuknya.

***

Sekembalinya dari Tanah Suci, beliau meneruskan kehidupan dan masih setia menjalankan tugasan seperti biasa. Luka yang terpahat tidak mudah hilang. Manusia biasa. Bagi merawat kekecewakan, Puan Anne cuba mengalihkan sedikit tumpuan kepada perkara di luar rutin.

Ada IMPIAN BARU yang mula tersemat dijiwanya. Andai kata bukan IZIN-NYA untuk beliau berkongsi kepakaran dalam bidang pekerjaannya, sekurang-kurangnya dia mampu untuk membantu dan berkongsi impian dengan orang lain dalam bidang yang lain.

Tanpa dirancang, beliau mula melibatkan diri menambah ilmu dalam bidang pengurusan kewangan dan pelaburan. Beliau juga mula berdikit-dikit mendalami ilmu perniagaan.
Namun tidak sesekali mengabaikan dedikasi terhadap pekerjaan hakikinya.

***

BENAR. Perancangan ALLAH tiada tolok bandingnya. Tak tercapai dek akal manusia. Hikmah disebalik kekecawaan, memberikan jutaan gandanya kemanisan pada Puan Anne kini.

Beliau tidak menyangka setelah 5 tahun, beliau berjaya mengumpul kekayaan memiliki beberapa buah hartanah yang keseluruhannya bernilai jutaan ringgit.

Setelah 5 tahun, beliau dapat berkongsi manafaat ilmu kepada ramai para usahawan baru dan usahawan yang mahu berkembang.

Setelah 5 tahun, beliau berjaya membangunkan satu Tabung Yayasan yang mempunyai pendapatan tetap untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Setelah 5 tahun, beliau boleh berbangga menjadi seorang entrepreneur.

Kesemua apa yang dimiliki beliau kini, tidak pernah ada di dalam perancangan Puan Anne, 5 tahun dahulu.

***

Itulah ceritanya. Siapa sangka.... begitu indah perancangan Allah, tiada yang dapat terjangka akal manusia. Itulah NIKMAT redha dan bangkit membina IMPIAN baru. Dengan IZIN-NYA.

"Sejuta langkah Seluas lautan keringat meraihnya, Tak akan pernah dipedulikan,
Berkat doa, kecekalan, kesungguhan dan IZIN-NYA, Kita akan raih semua impian"

#celoteh #impian #speaker #KakSeri #SeriAishah