Monday 31 August 2015

TETAMU SENJA

Public Speaking Guru, Dato' Roslan Ab Hamid kata, pembacaan sajak adalah praktis terbaik untuk kita melatih dan menjiwai 3E yang penting dalam ilmu public speaking dan storytelling (penceritaan).

+ Emosi
+ Ekspresi
+ Energi

Sungguh.

Di dalam salah satu agenda ketika KakSeri hadiri The Power of Storytelling di Port Dickson pertengahan Ogos yang lalu, kami diuji untuk meluahkan emosi, ekspresi dan energi melalui sajak pilihan.

KakSeri memilih untuk membawakan sebuah sajak ilham penulis, penyair dan peyajak ulung A. SAMAD SAID.

Seimbas baca, inti patinya sangat terkesan dengan jiwa KakSeri.

Sekilas rasa, maksud yang dibawa adalah selaras dengan apa yang bermain di minda KakSeri.

Hayati bait-bait indah ini.


******
Tetamu Senja.
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

******

Indah kan?

Kita datang dengan janji.
Punya tugas.
Kita mahu pulang bawa bakti.
Padat berkat.

noraishahramlan.blogspot.com

#celoteh #kongsiilmu #KakSeri #SeriAishah #senyum #sajak #PublicSpeakingMastery

Puasa Arafah

Ini Puteri Purut. Salah satu dari puluhan nama manja panggilan Bonda. Selain dari 'shiputi', 'shimunu', 'pupu', 'busuk' dan seterusnya.

Anakanda Bonda yang ketiga. Jarak usia 10 tahun dengan Kekandanya Alya.

Peneman dan penghibur Ayahanda Bonda di kala ke dua-dua kekandanya berada jauh dari keluarga.
Miliki deria auditori yang tinggi. Apa saja yang diverbalkan, akan cepat ditangkap. Maka bonda perlu berhati-hati untuk menabur janji manis. 

Sangat rajin membaca. Akan menulis di white board khas kepunyaan nya, untuk meluah perasaan.
Sekarang, Puteri Purut sudah muslimah dan suka berpakaian patuh syariah. Suka (prefer) mengenakan tudung yang labuh. (Malu pula bonda pada diri) 

Sudah mahu dan pandai bergaya sakan. Hari ini, minta menggayakan veil liplap bonda. Nampak gaya bonda tak perlu tunggu lama untuk serahguna segala accessories yang ada. 

Owh! Sebenarnya KakSeri nak bercerita. Kisah perbualan kami bertiga di kedai makan bersarapan pagi tadi.

P. Purut : Ibu, hari arafah nanti, hari apa?

Ibu : Hari Arafah ? Err.. hari sehari sebelum Hari Raya Haji tu.  (Sambil ibu belek calendar di hp). Hari Rabu mungkin. Kenapa dengan hari Arafah tu 'busuk'?

P.Purut : 'Kita' baca kat dalam buku, kalau kita berpuasa hari Arafah, Allah akan ampunkan dosa kita. Ibu dengan ayah, puasa tak?

Ibu : Ooohh..  A'ah puasalah. Biasanya masa hari Arafah tu, hari ibu dengan ayah cuti, kita semua on the way balik kampung.

P. Purut : OK. Nanti kita pun nak puasa jugak tau ibu! Nak puasa! Nak puasa! (Penuh teruja!)

Ayahanda bonda pulak yang terpana dengan niat Puteri Purut yang baru umur 7 tahun ni. #syukur

Terfikir KakSeri. Zaman kini, ilmu semakin tinggi. Ilmu datang dari setiap dimensi.

Sekira yang diterima itu baik, bertuah diri. Andai tersalah bilik, susahlah hati.

Sebagai ibu bapa, ada kala sukar kita nak pantau sepenuhnya apa yang mereka lihat, baca di media massa dan gajet nya.

Namun kata-kata pujian, dorongan, penceritaan nilai murni, dan cerita teladan semasa, perlu diSESAK-SEMAKkan selalu.

Ambil masa mendengar dan bertanya. Ya, mendengar dan bertanya.
Wallahua'lam.

#cerita #inspirasi #diari #keletah  #anakanda  #puteripurut  #KakSeri #SeriAishah #senyum #kongsiilmu

Sunday 30 August 2015

31 OGOS 2015 - MERDEKA 58

Di pagi hari merdeka, KakSeri suami isteri sama-sama makan buah Plum. Ambil gambar. (Itupun nak cerita kot! Ha ha)

Di hari merdeka, kami buat sesuatu yang kami PILIH untuk melakukannya.

Kuasa kemerdekaan yang paling besar adalah apabila kita punya KUASA MEMILIH.
Kita pilih apa yang kita perlu.
Kita pilih apa yang kita mahu.
Kita pilih apa yang kita fikir penting.
Ikut persekitaran, matlamat juga nilai kehidupan yang selaras dengan pegangan aqidah.


Berjaya membuat pilihan yang baik dalam kehidupan harian akan membebaskan kita dari BELENGGU tekanan perasaan dan penyesalan.

3 perkara yang KakSeri belajar untuk bebas diri, merdeka jiwa dan hidup tenang bahagia
+ Besarkan bulatan toleransi
+ Tangguhkan penilaian
+ Bertindak bijak dengan ilmu

Bayangkan hidup tanpa kemarahan, tanpa buruk sangka, tanpa membayar cukai kebodohan.

Indahkan?

KakSeri sedang bekerja keras untuk melaksanakan 3 perkara di atas.
KakSeri mahu hidup tenang, bahagia, berkasih sayang  dan MERDEKA!

noraishahramlan.blogspot.com

#catatan #diari #merdeka #KakSeri #SeriAishah

Teman sisi

Gambar curi (hati) AbgHj KakSeri.

KakSeri punya banyak masa berfesbuk dan bermediasosial kerana AbgHj sentiasa disisi. Pagi dan petang.

Sebaik naik kereta sehingga sampai ke pejabat mahupun sampai ke rumah, jari jemari KakSeri rancak bekerja di atas smartfon. Masa terbaik melontarkan idea di hujung jari yang tertunda sepanjang hari.
Sambil-sambil itu, kami enjoy melayan ADILA (aku dia dan lagu) dan lagu-lagu nostalgia 70an, 80an, 90an. Sambil meneka-neka nama penyanyi veteran. Ha ha...

Adakala tiada bunyi radio apabila ada cerita menarik mahu dikongsikan.

Tugas AbgHj bukan sahaja terhad kepada memandu, meneka nama penyanyi, bercerita, mendengar cerita tetapi melayan kerenah (AbgHj kata keletah) KakSeri yang paling berat.

Iaitu memberi komen secara jujur dan seikhlasnya kepada semua post update KakSeri di fb dan komen/bisnes coaching KakSeri di group whatsapp yang dibacanya.

KakSeri selalu pesan, AbgHj perlu jadi pengkritik tegar. Berikan komen membina. Jadi mata 'pembaca'. Bukan komen mengambilhati kerana cintakan KakSeri atau khuatir kena tidur di luar malam nanti. Ha ha 

Terima kasih AbgHj. Malam ni KakSeri nak belanja AbgHj makan-makan di Restoran Sate Hj Samuri.

#celoteh #keletah #KakSeri #SeriAishah #senyum #cinta #AbgHj

Hujung minggu berilmu.

Maximising Your Leadership Potential
29 - 30 Aug 2015 @ MPWS Bangi

2 hari (lagi dan lagi) bersama rakan-rakan Ekonomi Persahabatan berlumba-lumba mengaut, menimba, menggali dan berkongsi ilmu kepimpinan dari Leadership Guru hebat IBU Puan Faridah Hanim Haron.

Ok. Entah kenapa kali ini KakSeri berazam menjadi seorang 'introvert' (mengawal diri dari keterujaaan fizikal) dan memilih untuk berada di belakang.

Tak mengapa. Keterujaan minda KakSeri merakam ilmu tetap di tahap maksima.

Situasi di barisan belakang :
+ Lengang
+ Relax
+ Sempoi
+ Menjadi diri sendiri. Krik krik.

Bila di belakang, perlu lah pula KakSeri berkaca mata. Berlagak professor dan ulat buku. 
*Masalah warga jelita yang mahu kekal anggun ber JubahEksklusif SeriAishah. Ha ha

Ok. Serius semula.

Banyak sungguh ilmu terakam di hari pertama.

+ 70/20/10 Learning Approach
+ MBTI Personality Profiling
+ Influencing Technique
+ Leadership vs Integrity
+ 4 I's of Transformational Leaders

Sebelum balik, tengok dokumentari 90-mins Law of Attraction.

Memang hari yang sangat Wow!

Tak sabar nak kongsi dengan pembaca. Tunggukan update dari KakSeri ya.

#leadership #speaker #kongsiilmu #KakSeri #SeriAishah #senyum
#Lexee #tualawanitakesihatan
#GuruBMC #businesscoaching
#JubahEksklusifSeriAishah

Thursday 27 August 2015

Keputihan semasa hamil.

Wanita sangat istimewa. Sangat bertuah jadi wanita.
Punya pelbagai pengalaman yang tiada pada lelaki. HAMIL contohnya. Pengalaman ini membuatkan kita lebih bahagia.

Namun, sesekali ada cabarannya.

Dikala hamil, mabuk-mabuk dan ada pelbagai kesan sampingan berlaku. Berbeza simptom antara individu yang lain.

Wanita hamil yang bahagia jangan risau, pertolongan hadir dari pelbagai sudut.

Cerita di gambar tentang seorang bakal ibu, Puan Yus, yang susah hati dengan masalah keputihan dan kencing kotor ketika saat hamilnya.

Beliau hubungi KakSeri di 013-3976632.

Alhamdulillah setelah 2 hari guna Pantyliner Lexee, KEPUTIHAN HILANG. Puan Yus gembira dan bahagia.

Sepanjang tempoh bersalin, Puan Yus gunakan Day Pad Lexee dan OverNightPad Lexee.

"Memang elok, memang terbaik", ulasnya.

+ Bantu segera sembuh luka bersalin
+ Bantu keluarkan darah beku
+ Bantu ibu bersalin selesa dan tenang

Tualawanitabebastoksin.blogspot.com

Hari ini, beliau hubungi KakSeri lagi untuk ulang belian.

Ibu-ibu hamil, hubungi KakSeri. KakSeri tunggu. 
#Lexee  #tualawanitakesihatan  #tualawanita #pad #pantyliner #femininewash #sihat #selamat #berkesan #rawat #keputihan #senggugut #haidxteratur #cyst #fibroid #berpantang #KakSeri  #SeriAishah #senyum #bantuwanita #bahagia #lexeeshahalam  #lexeesubang #Lexeebangsar

Lexee bantu selesai masalah haid tak menentu

Masya Allah.
Hari ini sahaja KakSeri terima 4 cerita tentang wanita yang mengalami masalah tidak datang haid dalam jarak waktu yang lama. 1 tahun, 2 tahun jaraknya.

Apabila datang haid pula, akan jadi lama sehingga 2 minggu berturut-turut.

Pesan KakSeri, segera buat pemeriksaan dan dapatkan pandangan pakar sakit puan.

Dalam waktu yang sama, gunakan tuala wanita kesihatan LEXEE. Gunakan pantyliner LEEXE setiap hari. Apabila datang haid, gunakan Day Pad atau OverNight Pad LEXEE.

Pantyliner hanya 40sen* sekeping. Sangat berbaloi.

Gunakan tuala wanita kesihatan LEXEE sahaja. Usah dicampur-campur.

Usahlah bebankan diri dengan tuala wanita yang tiada kualiti malah mendatangkan mudharat pada badan.

Ini testimoni dari salah seorang wanita jrlita prihatin yang mengalami masalah yang sama. Wahai wanita, jangan risau ya.

Hubungi KakSeri di 013-3976632. KakSeri mahu bantu.

#Lexee #tualawanitakesihatan #tualawanita #pad #pantyliner #femininewash #sihat #selamat #berkesan #rawat #keputihan #senggugut #haidxteratur #haidtaknormal #kegatalan #berpantang #KakSeri #SeriAishah #bantuwanita #bahagia


KakSeri baru nak belajar menganyam ketupat?

Inilah pertama kali KakSeri belajar menganyam ketupat nasi. Kebiasaannya, kami rebus nasi empet saja atau membeli ketupat nasi yang sudah siap direbus untuk jamuan di pagi Hari Raya.

Hari raya haji tahun ni, ibu KakSeri nak sangat kami anyam ketupat sendiri, Mungkin sebab adik ipar KaKSeri (lelaki) dari Seremban pulang awal beraya di JB tahun ini. Jadi adalah kawan ibu menganyam agaknya. Jadi, ada peluang lah KakSeri belajar menganyam. Rugi pulak kalau disia-siakan peluang ni.

KakSeri sudah biasa dengan anyaman ketupat palas.  Ketupat palas adalah rutin dan tradisi jamuan utama Hari Raya di utara, di rumah mertua KakSeri. KakSeri mula belajar sejak awal perkahwinan dulu. Malulah kalau tak nak mencuba :)

Ketupat palas sangat mudah. Hanya menggunakan teknik 'lipat melipat'. Kalau yang langsung tak tahu, macam KakSeri dulu-dulu, dengan dua tiga kali cubaan pon, dah jadi pandai. Cuma cabarannya, kena lipat rapat-rapat dan ketat-ketat.

Gambar di bawah ini adalah ilustrasi melipat  ketupas palas. ketupat palas ada 2 gaya lipatan. Betina atau Jantan. Di dalam gambar tatacara, hasilnya adalah ketupat betina. Tapi KakSeri suka buat ketupat jantan sebab figura nya tampak lebih 'handsome'. hehehe...


Tatcara mengayam ketupat palas (betina)


Ketupat palas jantan.

Ketupat palas tidak 'glamor' di Johor, begitu juga ketupat nasi jarang kali ditemui di Utara. Apa-apa pun, terasa plak untungnya kakSeri sebab dapat belajar budaya dan adat utara & selatan. :)



Ha... di bawah ini adalah gambar-gambar jari jemari KakSeri menganyam ketupat nasi. En suami KakSeri yang snapkan (dengan paksaan. hahaha)


Rumusan :

Menganyam ketupat nasi lebih mencabar kerana ia perlu menggunakan dua tangan dan menggunakan imaginasi silangan dalan setiap anyaman. Beberapa langkah awal sememang menguji kesabaran kerana teknik silangan ini, membuatkan KakSeri rasa tapak tangan KakSeri yang gebu seperti tak cukup besar!



Apabila struktur ketupat sudah stabil, barulah mudah untuk dikemaskan. Setiap langkah kemasan perlu dilakukan dalam bentuk selangan.


Akhirnya... tara..... 10 biji ketupat nasi yang comel dan cantik dan kemas... (masuk bakul angkat sendiri :D)



Teruja!  Walaupun dah 'tua', KakSeri ni masih cepat 'tangkap' ilmu macam muda-muda dulu. Aha... ada rahsianya. Nak tahu?

Rahsianya KakSeri amalkan pengambilan Shaklee Omega Guard setiap hari. Untuk melindungi masalah fungsi saraf otak dan meningkatkan daya ingatan khususnya apabila dah sampai ke peringkat awal Menopause. Kesan menopause yang paling ditakuti adalah Alzheimer iaitu penyakit penurunan fungsi saraf otak selain osteoporosis. 
Bersedialah wahai adik-adik dan sahabat pembaca semua ya. #sayajual

Jadi, itulah cerita KakSeri tentang anyaman ketupat ni. Dapat buat satu ketupat yang sempurna, sama macam gembiranya KakSeri bila dapat solve soalan Matematik Tambahan zaman tingkatan lima dulu!


Pesan KakSeri : Asal ada kemahuan, di situ ada jalan. ok bai!!

Repost 10/10/2014

Wednesday 26 August 2015

Imbau Kenangan : Pukat ikan, Nipah dan Gonggong.

Gambar ini mencetus memori dan menumpahkan air mata  tidak semena-mena.



Inilah kerja KakSeri masa kecik-kecik dulu, setiap kali balik kampung di Kampung Teriang Besar, Endau Johor. Kampung disebelah ibu.

Adik beradik ibu 10 orang. Adik ibu yang ke-8 sebaya dengan KakSeri. Mak Anjang Zai KakSeri panggil dia. Jadinya, dialah kawan baik KakSeri kalau balik kampung. :) Apa-apa aktiviti, kami akan buat bersama sampai sama-sama kemalangan jatuh motor. (KakSeri akan ceritakan di entry lain)

Aktiviti memukat ikan.

Biasanya apabila mahu memukat, Atok Ayah akan maklumkan pada petang hari sebelumnya. Jadi, esok paginya kami akan bersiap awal dengan penuh semangat semacam askar nak pergi berperang! Perasaan ketika itu, tuhan aje yang tahu. Sukalah sesangat. 

Kebiasaannya kami akan pergi bertiga. Atok Ayah, Mak Anjang Zai dan KakSeri.

Perjalanan ke pantai ambil masa 15-20 minit juga. Berjalan kaki melalui hutan nipah yang sudah disediakan titi-titi penghubung dari papan-papan. Berselut itu sudah menjadi perkara biasa bilamana sambungan titi beralih. huhuhu

Owh, kaki pergi berkaki ayam saja.



Apabila musim nipah berbuah, Atok Ayah akan ambil setandan untuk jadi santapan kami bila sampai ke kebun nanti. Menyusuri hujan nipah ini, sangat redup suasananya, bilamana daun-daun nipah menutupi cahaya matahari.

Agak dalam 15 minit perjalanan (perlahan), barulah kami sampai ke kebun dimana Atok Ayah menyimpan pukat. Ada sebuah pondok kecil, dikelilingi pokok-pokok kelapa renek. Mendamaikan.

Atok Ayah akan memeriksa pukatnya dahulu sebelum kami bertiga berangkat ke pantai yang jauhnya di dalan 200meter dari pondok. Sekiranya ada koyakan, Atok Ayah akan sulam dulu.

Berkobar-kobar ke pantai.

Bila semua sudah sedia, berkobar-kobarlah kami ke pandai sambil menggendong pukat. Sampai sahaja ke pantai, kami bertiga akan berjalan sehingga paras air laut berada di sekitar dada kami. Bayangkan sahaja ketika itu, kami di sekitar umur 10-12 tahun. Jadi, tidaklah sedalam mana. Kami akan berhenti di situ sambil memegang pukat.

Atok Ayah akan membawa pukat pada sebelah hujung yang lain ke arah paras air laut yang lebih dalam, sehingga paras dada dan akan bergerak jauh betentangan dengan kami sambil memanjangkan pukatnya. Ada masanya, risau juga di dalam hati KakSeri, bila tengok Atok Ayah berada jauh ke tengah laut. huhu

Apabila pukat sudah ditarik sehingga maksimum jaraknya, Atok Ayah akan mula berjalan ke arah pantai. Sampai di satu titik, Atok Ayah akan mengangkat sebelah tangannya, menandakan yang kami juga perlu menarik pukat ke arah pantai.

Wah, masa inilah masa yang paling seronok. Dengan semangatnya kami menarik pukat. Menarik pukat di dalam air, sememangnya berat. Sebab itu kami memerlukan dua tenaga kami.

Semakin dekat dengan pantai, sudah nampak bayang ikan melenting2 di dalam pukat. Semakin seronok. 

Waktu menuai

Tiba di pantai, kami menjatuhkan pukat dan berlari pergi meninjau hasil tangkapan. Tak sabar. Seingat KakSeri, antara ikan yang banyak adalah ikan Belanak, ikan Duri, Belukang pon ada. Ketam, udang, gamat pun tidak ketinggalan cuma sedikit saja. Banyak anak-anak ikan yang termasuk perangkap pukat. Melenting-lenting masing-masing untuk selamatkan diri, tapi nak buat macamana, itulah rezeki Allah beri kepada kami hari itu.

Sampah, batang kayu juga ada yang melekat sama. :)

Hasil tangkapan itu semua kami ambil dan di alih ke dalam tong ikan. Kalau ada ketam, Atok Ayah lah yang tukang tangkap. Kami takut. hehehe. Rupanya ada teknik nak pegang ketam ni. Kena cekak kedua belah kaki terakhir dia, barulah dia tidak menyepit.

Atok Ayah belanja air kelapa muda

Selesai memilih, kami akan bersihkan pukat. Sampah-sampah yang terlekat perlu dibuang dulu. Kami pulang semula ke kebun untuk bersalin pakaian dan menyimpan pukat. 

Berehat sebentar sambil minum air kelapa muda. Atok Ayah 'belanja'. Atok Ayah akan potong sedikit kulit kelapa untuk dijadikan sudu pengorek isi kelapa muda. Best! Memang best!


Sebelum memulakan perjalanan pulang, kami akan membahagi hasil untuk dibawa bersama. Berbagi untuk meringankan berat hasil tangkapan tadi. Menyusuri jalan yang sama, masih berkaki ayam.

Pulang ke rumah, kami disambut dengan senyuman Mak Atok, Ibu dan adik-beradik yang lain. Mereka pun tak sabar nak tengok hasil yang kami bawa balik... :)

Ketika masa hasil lumayan, saya dan Mak Anjang akan berjualan pula sekeliling kampung berjalan kaki. Murah sahaja jualan kami, dan semestinya habis licin kami jual. :)

Dugaan

Tidak setiap masa kami mendapat hasil yang banyak. Ada satu masa itu, musim obor-obor. Pukat yang kami tarik memang luar biasa berat. Ingatkan dapat ikan besar-besar dan banyak, rupa-rupanya banyak obor-obor. Masa tu memang hasil ikan sangat sedikit, cukup-cukup ajer untuk kami sekeluarga.

Ada masanya jugak, apabila datang hujan, maka tergetar-getarlah badan kami mencangkung di pantai. Kesejukan terasa bila keluar dari laut... gegegege....

Sungguh indah zaman itu.

Amat ternilai pengalaman dan keindahan kehidupan zaman itu. Terlalu banyak aktiviti menarik yang 'hilang' untuk dinikmati dan dialami anak-anak KakSeri. 

Pernah juga sekali mengimbau kenangan di pantai yang sama, tetapi tidak lagi secantik dulu. Pantai yang dulunya tempat menangkap kepah, Gonggong @ siput buluh, kini sudah berselut dan berubah wajah. Perubahan ekologi alam.

Gong-gong @ Siput Buluh
Cara-cara menangkap Siput Buluh


Owh! KakSeri mahu kongsi pengalaman menangkap Siput Buluh. Siput Buluh ni KakSeri panggil Gonggong. Siput buluh ini bersarang di pantai. Maka sangat sesuai dilakukan pada ketika air surut. Lubang rumah siput buluh ini berbentuk seperti lubang kunci tetapi sangat kecil. Maka untuk menangkapnya, kami gunakan lidi 6-8 inci dan diletakkan kapur putih dihujung lidi.

Cucuk lidi ke dalam 'rumah' siput buluh dan tarik. Buih-buih akan keluar menandakan, siput buluh ada dan 'mabuk'. Ia akan naik ke permukaan, tetapi akan masuk semua dengan pantas. Maka kerja-kerja penangkap siput buluh sangat mencabar.  Perlu cepat!

Begitulah kehidupan kampung yang dapat KakSeri kongsikan untuk pembaca semua. KakSeri ambil kesempatan untuk memohon pembaca mendoakan kesejahteraan roh Ninda KakSeri Ninda Amrah bin Ibrahim dan Ninda Che Teek Hj Abdul Kadir  dan dikumpulkan bersama para Solihin kelak.

Al-Fatihah.

noraishahramlan.blogspot.com


Like & Share

Kenapa KakSeri suka berniaga Bab 4. Impian kini

The Colloseum Rome, Italy


Vatican City Rome, Italy

Gambar-gambar yang KakSeri kongsikan disini adalah gambar antara impian KakSeri yang telah dicapai. Melawat dunia asing dengan gembira.



Brussel, Belgium
Ansterdam, Netherland
Keukenhof, Netherland
Keukenhof, Netherland

Zaanse Schans , Netherland
Bristol, England

BMC (Business Model Canvas) 

Di dalam kelas-kelas BMC (Business Model Canvas) yang KakSeri sampaikan, apabila seseorang memilih untuk menjalankan perniagaan, objektif perniagaan kebiasaannya jatuh di dalam salah satu kategori berikut:
  1. Saraan hidup
  2. Cara hidup (Lifestyle) 
  3. Kembangkan kekayaan

Pada akhir 1990an, KakSeri mula berniaga dalam suasana 'macam nak serius tapi tak berapa serius' kerana IMPIAN yang satu ini, iaitu mengumpul wang tambahan untuk keluar melancung ke negara Eropah. 


Kategori seperti ini disamakan dengan menjalankan bisnes untuk melengkapi cara hidup. Kategori ke-2.


Alhamdulillah, berkat nawaitu dan usaha yang dijalankan mencapai impian, KakSeri berjaya merealisasikan impian tanpa menggunakan wang simpanan dari sumber yang lain.


Apa yang kita fikir, buat dan rasa adalah doa.


Kemudian KakSeri terfikir, Allah mengikut sangkaan hambanya. Apabila kita cita-citakan hanya untuk diri sendiri, itulah yang kita dapat. Andaikan, kita cita-citakan lebih dari itu, besar kemungkinan juga kita akan dapat. Apa yang kita fikirkan selalunya mendorong untuk kita mendapatkannya.


Naiktarafkan impian


Maka, bermula 2014 impian KakSeri sudah dinaiktarafkan oleh KakSeri sendiri.(hehehe, who else kan?) Mahu mengembangkan kekayaan di samping melengkapi carahidup yang sama tetapi kali ini merantau ke negara Eropah bersama keluarga.


Makanya, usaha KakSeri yang sebelum ini  'macam nak serius tapi tak berapa serius' perlu KakSeri tukar kepada 'perlu serius kalau nak kaya dan mengkayakan orang lain'.


Mentor



Oleh sebab itu, bermula dari 2014, KakSeri sudah mula mengamalkan dasar 'ikat perut' dan menggunakan sebaik mungkin fasa survival selama 3 tahun pertama dengan kemas dan teratur. KakSeri perlu terus berguru, mencari guru a.k.a mentor. Dalam masa yang sama KakSeri mahu berkongsi ilmu yang ada, dengan mereka yang mahu bersama-sama berjaya. In sha Allah.


Doakan KakSeri dan KakSeri juga mendoakan kalian berjaya mencapai impian masing-masing dengan cemerlang.





Eiffel Tower Paris, France
London, England


Musee de Lourve , France
Zaanse Schans, Netherlands
Rome, Italy


Repost : 5/2/2015

Kenapa KakSeri suka berniaga - Bab3 Cita-cita


Sambungan dari :


Ada kawan-kawan sindir KakSeri, kata KakSeri ni tak puas-puas carik duit. Ada kawan-kawan kata KakSeri ni sibuk cari harta dunia. Ada kawan-kawan KakSeri kata KakSeri tak jaga status diri KakSeri kerana tanpa segan silu buat online marketing di fb untuk jual produk Shaklee, Pad Lexee, Crystal Salt, Insuran dan lain-lain.

Semua telahan kawan-kawan KakSeri itu benar belaka! Kawan-kawan KakSeri pandai meneka KakSeri. Kawan-kawan KakSeri sememang kenal KakSeri. Setiap insan berlainan gaya hidup mereka, berlaianan gaya pemikiran mereka dan berlainan perspektif terhadap kita. 

Cita-cita KakSeri tinggi. Cita-cita KakSeri mahu menggapai bintang. Cita-cita KakSeri untuk berada di angkasa. Cita-cita KakSeri mahu menjejak bulan. Sudah tentu tidak sama dengan mereka yang bercita-cita untuk sekadar menyentuh roket ke angkasa.. Yang membezakan setiap insan adalah cita-cita. Betulkan?

Setiap masa KakSeri 'renew' cita-cita KakSeri kerana cita-cita tiada hadnya. Cita-cita tak perlu dibayar. Cita-cita itu percuma! Cita-cita manusia tidak semestinya 1. Tidak semestinya 2. Boleh saja lebih dari 3. Boleh saja infiniti..


Cita-cita hanya akan terlaksana melalui doa dan usaha.. doa dulu kemudian usaha atau usaha dulu baru berdoa? hehe..jawapannya.. keduanya perlu seiring

Menggunakan sedikit ilmu Meta-Fizik, KakSeri bukan seorang yang memiliki kelebihan kod 7-7 bagi mereka yang sentiasa beruntung. Tetapi saya seorang yang memiliki kod 1-5 yang perlu berusaha untuk berjaya walaupun diri memiliki kod 2

Apa itu kod 2? Nnantikan cerita saya tentang metafizik & kod diri dalam entry akan datang. Oleh itu, silalah "follow" KakSeri :")  

Rezeki telah terhidang didepan mata, bagaimana untuk memastikan rezeki itu berada di dalam mulut? Menikmatinya sambil mengucap syukur kepada Yang Maha Memberi.

Cita-cita perlu disenaraikan, perlu di tulis, perlu di lihat, perlu didengarkan, selalu.. Itu yang KakSeri belajar dari mereka yang telah berjaya menggapai cita-cita mereka. 

Tampal atau letakkan ia di satu tempat yang selalu kita pandang. Di mana? Di mana-mana sahaja.. di cermin bilik mandi, di cermin bilik persalinan, di whiteboard pejabat, di skrin komputer, di oven (bagi para bakers) sebagai contoh. Kelebihannya, apabila kita hampir mengalah, lakaran cita-cita ini juga yang akan membantu memulihkan semangat dan motivasi diri.

Kongsi dengan mereka yang dekat dengan kita, mereka yang sentiasa menyokong kita. Supaya mereka akan sentiasa mengingatkan kita apabila kita tersasar jauh dari cita-cita kita. Supaya mereka boleh membantu kita berada semula di landasan yang kita bina dalam mencapai cita-cita kita.

Apa cita-cita KakSeri yang menyebabkan KakSeri rakus mencari harta? 
Kerana kerakusan, KakSeri mampu merealisasikannya.
Kerana KakSeri tak puas-puas carik duit, KakSeri mampu merealisasikannya.
Kerana KakSeri sibuk cari harta dunia, KakSeri mampu merealisasikannya.
Kerana KakSeri tak pandai jaga status diri KakSeri di fb, KakSeri mampu merealisasikannya.

  • Cita-cita saya nak ke Tanah Suci menunaikan haji bersama ibu bapa KakSeri. Alhamdulillah DONE!

  • Cita-cita KakSeri nak menjejaki bumi Eropah dan sebahagian tempat di dunia. Alhamdulillah, partially DONE!
 
  • Cita-cita KakSeri memiliki beberapa hartanah di "Lembah Kelang". Alhamdulillah, almost DONE! 
  • Cita-cita KakSeri... sentiasa ada yang baru. :)

Semua orang yang mempunyai cita-cita mampu melaksanakan cita-cita mereka. Soalnya cepat atau lambat. Susah atau senang.


Cita-cita akan lebih cepat dilaksanakan apabila faktor kewangan kita mencukupi. Bagaimana untuk menyediakan tabungan dengan kadar segera, khususnya bagi mereka yang bekerja makan gaji bilamana gaji bulanan yang diterima sekadar cukup makan seperti saya?


Cita-cita akan lebih senang terlaksana apabila kita merancangnya dengan betul dan sistematik. Bagaimana untuk melakukannya?

Sedikit kata-kata perangsang untuk mereka yang memerlukan..




Ikuti update KakSeri seterusnya...


Repost :2/2/2014

R.I.P - SNOWRENNY the CAT.

Sebaik sampai ke rumah, Puteri Purut sudah menunggu kami di pintu. Bersungguh-sungguh dia mengambil kunci dan membuka mangga.

P. Purut : Ibu, ayah. Ada berita sedih nak bagitau. (Muka sebak)

Ibu : (cemas dan cuak) Ada apa sayang?

P. Purut  : huuuuuu... anak kucing kita snowrenny dah mati. (Dengan wajah sedih dan minta simpati)

Perbualan berlanjutan sehingga kata sepakat bersetuju di mana mahu disimpan jasad Snowrenny.

Masuk ke rumah, terlihat luahan hati Puteri Purut di white boardnya. Pilu lihat tulisannya.

Nampaknya, Puteri Purut dan bonda punya persamaan. Memilih meluahkan perasaan melalui tulisan. Menulis meredakan perasaan. Hu hu..

#keletah #puteripurut #anakanda #KakSeri #SeriAishah

TOPI MENTOR

Apabila tiba masa untuk membuat business coaching kepada tim di dalam rangkaian perniagaan, KakSeri suka menggunakan 'voice note'.


  1. + Luahan, perkataan, intonasi memainkan peranan besar untuk memastikan penyampaian ketika coaching itu berkesan.
  2. + Suara dan intonasi dapat menyentuh emosi manusia
  3. + Apabila emosi tersentuh, ia akan menggerak tindakan.
YA. Kata kuncinya EMOSI PENGGERAK TINDAKAN.

Emosi individu sentiasa berbolak balik. Namun emosi ini akan TEGAP apabila kita punya MATLAMAT. Matlamat yang UTUH.

Dalam bercoaching, pelbagai elemen KakSeri serapkan. Berbagai TOPI yang perlu KakSeri punya.
Kali ini KakSeri pakai topi 'ostazah'. Menyemai konsep berniaga selari dengan konsep menjalankan ibadah harian.

Berkongsi cerita dan teknik bagaimana menjemput rezeki yang tidak di sangka-sangka.

Dalam waktu yang lain pula, KakSeri pakai topi GURU BESAR, KAWAN BAIK dan ANAK MURID. Banyak topi lagi...

Menjadi SESUMPAH dalam hidup, itu perlu. Niatnya, memberi manafaat dan kebaikan.
Wallahua'lam.

noraishahramlan.blogspot.com

#coach  #mentor #businesscoaching  #leadership #bantuusahawan #janapendapatan #kayaberjaya #moneymagnet #KakSeri #SeriAishah #senyum #LEXEE #tualawanitakesihatan


Tahniah ALYA dan baju persalinan hantaranku

Tarikh : 19 Disember 2013
Lokasi : Sekolah Tun Fatimah

Selepas subuh kami sekeluarga bergegas bertolak ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur. Aira pun bangun awal sebab dah janji dari malam sebelumnya lagi yang kami semua akan bertolak ke JB seawal mungkin. Awal tak awal, jam 8 pagi baru boleh bertolak, selepas ambil sarapan pagi.

Perjalanan seperti biasa, dimulakan dengan doa menaiki kenderaan, di baca oleh anak bujang Muhammad Syafiq dan diikuti Selawat ke Atas Nabi Muhammad s.a.w 10 kali setiap seorang termasuk Aira.

Perjalanan sangat mudah, kenderaan atas jalan boleh dikira dengan jari. Jam 10 pagi kami masih dalam perjalanan, di Sedenak. Ada lagi 20 minit untuk sampai ke destinasi. Jam 10 pagi result PMR biasanya sudah dibentangkan di sekolah. huhu.. tapi ok kot.. mesti ada ucapan guru besar dan sebagainya dulu sebelum tu  (alasan menyedapkan hati)

Dalam kereta lain halnya, Alya dah tak sabar-sabar nak tahu result PMR nya. Untung budak-budak sekarang dah boleh semak keputusan periksa melalui sms.

Tatkala sampai ke sekolah, jam menunjukkan pukul 10:40 pagi dan sedang berlangsung acara pemberian Slip Peperiksaan di dewan sekolah. Kiranya kami tidaklah terlalu lambat.

Sempat berbual dengan Bonda STF mengenai pencapaian dan prestasi sekolah itu tahun ini. Tahniah kepada STF kerana menjadi Sekolah Terbaik di Johor dimana 89% dari pelajarnya mendapat keputusan cemerlang 8A, termasuk ALYA.

Tahniah ALYA, Tahniah STF!

Antara pelajar cemerlang 8A. Cuba cari, Alya yang mana satu?


Ibu, Alya, Aira & Ayah
Alya, Aira & Muhd



Alya & baju persalinan hantaranku


Dua hari sebelum Amik result, Alya sibuk cari baju merah. Walaupun sebenarnya dia dah ada baju kurung warna merah, baju raya tahun lepas yang masih muat lagi, tapi KakSeri dah ada sesuatu di minda.



Nak bagi Alya pakai baju persalinan hantaran perkahwinan KakSeri dulu-dulu. Masih cantik, sangatlah jarang KakSeri pakai sebab sayang punya pasal.

Inilah bajunya...  :)




Repost : 23/12/2013

Kenapa KakSeri suka berniaga.. Bab 2 : Sukarnya bila takde duit.

Sambungan dari Episod terdahulu..Kenapa KakSeri suka berniaga.. Bab1: Dulu-dulu

Sukarnya bila takde duit.

Hari pertama masuk Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (TIJB) 1986, waktu tu sangat excited. Nak duduk asrama kononnya. Kawan-kawan yang cemerlang Penilaian Darjah 5 semua dah masuk asrama. So, rasa macam masuk asrama tu macam hebat ajer... macam best ajer..

Tapi sekejap ajer best tu, sebab dah duduk jauh dengan ibu abah, adik beradik & kawan-kawan. Rindu juga kat mereka.  Walhal TIJB tu kat Johor Bahru aje, rumah kat Kota Tinggi. Dulu-dulu kalau naik bas dekat dua jam jugaklah  naik bas berhenti-henti tu.. Kalau naik kereta mungkin satu jam. 

Setiap minggu juga lah ibu datang melawat, bawak nasi lemak. Huhuhu.. memang best lar.. tapi bila ibu tak datang KakSeri nangis sorang-sorang atas katil. (huwaaaa)

Ada masanya kesempitan wang bila duduk di asrama ni terasa juga. Bila dok kat rumah dulu, KakSeri bolehlah tolong jual kerepek, so adalah pendapatan duit harian,. Kat asrama ni lain. Walaupun makan semua dah tersedia, ada kalanya nak jugak beli itu dan ini. Faham juga dengan kekangan pendapatan keluarga bila adik beradik 7orang dan hanya abah ajer yang bekerja.

Jadi jalan yang paling mudah nak atasi masalah ni, sememangnya kena berniaga juga. Ibu bawakkan tidbits macam kacang tepung, kuih siput, amik dari jiran tetangga untuk dijual. So hasil jualan tulah yang jadi duit saku... Ok jugak kan?

Dipilih menjadi Pengerusi Persatuan Puteri Islam juga membuatkan KakSeri lebih dekat dengan perniagaan. Selain merangka aktiviti tahunan, kami juga menyediakan penjualan tuala wanita kepada rakan-rakan pelajar yang dalam 'kecemasan'. (eh.. rupa-rupanya dedulu pun pernah jual pad, patut sekarang jual pad & pantyliner LEXEE.. heehee)

Belanja Abah Ibu

Selesai peperiksaan SPM, kilang kat Batu 2 dah sedia menanti. Sesubuh hari segerombolan budak-budak lepasan SPM beratur mintak kerja. Alhamdulillah.. senang aje dapat. So kerjalah kat kilang Thomson sepanjang cuti tu. Pergi kerja tumpang kawan abah yang kebetulan 'somebody' kat situ. Bila balik naik van kilang sebab selalunya ada OT.

Kilang Thomson tu kilang semikonduktor dan pembuatan radio & TV. Dapat tugas duduk kat bahagian alignment dan troubleshooting radio board. Wahh best sungguh sebab taklah rasa macam operator sangat. Dah macam buat kerja technician level 1. (Memang dilahirkan ada aura seseorang berjiwa teknikal kah? hehehe). 

Memang seronok kerja kat situ. Kenal sorang kakak yang sangat baik dan cantik. Kak Salamah Musa nama dia. Kami masih berhubung sampai hari ini. Kak Sal ni orang Pasak. Kira kakak angkat lah ni.


Awal bulan, dalam 7hb macam tu.. ialah hari semua pekerja Thomson, termasuklah KakSeri,  tunggu.. yeehaaa.. HARI GAJI!. Kebetulan hari tu abah ibu yang datang amik. So memang happening lar sangat. Time tu gaji dapat CASH uolss.. selepuk dapat di tangan. Tak pernah pegang duit sendiri ratus-ratus RM. Punyalah simpan kemas-kemas.. takut juga kot-kot ada yang panjang tangan.. almaklumlah.. pekerja kilang kan ramai... Masuk dalam kereta terus bagi ibu abah beberapa ratus RM. Alhamdulillah. KakSeri pun tak fikir nak buat apa sangat dengan duit tu... shopping pon tak pandai lagi.. huhuhu... On the way balik, ajak abah singgah kedai tepi jalan febret KakSeri, kita tapau AYAM GOLEK sekor! 

Zaman U

Masuk Universiti Teknologi Malaysia tahun 1988- 1993. Ikuti kurus Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik yang melayakkan KakSeri menyertai sebuah syarikat telekomunikasi sebagai seorang Jurutera Perhubungan. (Communication Engineer)

Hanya setahun di Kampus Skudai, selebihnya merantau di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Secara dasarnya, di sinilah bermulanya episod kehidupan KakSeri sehingga kini.

Masuk universiti agak mewah juga kerana ada tanggungan dari pihak JPA. Jadi, kuranglah tanggungjawab kewangan abah ibu sepanjang pengajian. Cuma mungkin sedikit perit ketika pendaftaran pertama tetapi bila dah dapat pinjaman dari JPA, semuanya jadi OK.

Seperti biasa setiap kali cuti semester, KakSeri tak akan duduk diam. Cari duit. Kerja sebagai seorang salesgirl di The Store Pelangi. Jaga kaunter yang menjual barangan cenderamata. memang job terbaik. Pagi-pagi datang kerja lap dulu semua almari pameran. Lepas tu berdirilah sampai waktu rehat. Kalau ada customer, KakSeri lah orang yang membuat dekorasi bungkusan hadiah. Keluarlah segala kreativiti yang ada dalam diri.. hehehe.. memang seronok lah kerja ni.. 

Minggu pertama keting kaki KakSeri punyalah sakit. Nak naik turun tangga memang bercinta. Apa taknya dari pagi sampai malam asyik berdiri, berjalan. Tak boleh duduk langsung. Peraturan kerja tu beb. Adoyaiiii.

Ke Singapura seorang diri.

Masa ni lah KakSeri pandai sikit nak bergaya dan bershopping. Almaklumlah dah 'besar' sikit dan dah pandai melawa pulak tu.. hikhik. Duit gaji bayar sewa rumah, bagi abah ibu dan guna untuk diri sendiri. Ketika itu, trend orang pakai walkman  jenama "AIWA". Masa tu kalau nak beli barang elektronik, memang murah dekat Singapura. So bila dah cukup duit, KakSeri ambil bas di BusStand JB sampailah ke Woodland sorang-sorang. Belilah walkman AIWA pujaanku itu... Walkman inilah peneman KakSeri sepanjang tempoh pengajian melayan lagu penyanyi hit ketika itu Ziana Zain yang tengah meletops.

Masak nasik lemak KOOP

Ketika di kampus Semarak, duduk di asrama kayu APK yang happening tu.. Sebilik 2 orang. Memang rezeki KakSeri, dari tahun 2 sampai tahun 5 KakSeri ditempatkan di blok asrama ini. 

Bersahabat baik dengan 'tauke KOOP' bernama Intan, (student juga), dia offer kami (KakSeri dan classmate Anor) untuk masak nasik lemak pada setiap petang di hujung minggu untuk dijual di koperasi kecil belakang asrama. Maka, KakSeri dan Anor akan bergilir-gilir kerja. Upah tukang masak dapatlah 2 bungkus nasi percuma dan komisen bagi setiap nasi lemak yang terjual. Kebiasaanya memang akan habis lar.. (hikhik.. pandai jugak memasak tu..) Setiap kali giliran KakSeri memasak, yang untungnya ialah bofren KakSeri lar kan sebab satu bungkus lagi KakSeri akan hadiahkan kat dia...

Kumpul duit komisen KakSeri buat beli kain kat Pasaraya Keramat Chowkit. Memang ketika itu kegilaan belajar menjahit. Ada geng nama dia Samidah. KakSeri dah mula belajar buat baju sendiri. Tak ingatlah pulak mesin jahit siapa yang sediada di bilik lepak APK tu. KakSeri jahit baju raya saya & adik2 KakSeri. 

Renung-renung balik apa yang KakSeri lakukan dari dulu sampai sekarang, KakSeri ni memang jenis tak boleh duduk diam. Ada ajer kerja-kerja sambilan yang akan KakSeri buat bila ada masa lebih Yang penting ia menjana duit tambahan untuk keperluan diri....


  • #'Bukan senang nak senang tapi tak susah untuk jadi susah' - pm kawan TIJB Yati Selamat, lepas dia baca entry ini. Thanks Yati.#



Repost : 10/12/2013