Ini Puteri Purut. Salah satu dari puluhan nama manja panggilan Bonda. Selain dari 'shiputi', 'shimunu', 'pupu', 'busuk' dan seterusnya.
Anakanda Bonda yang ketiga. Jarak usia 10 tahun dengan Kekandanya Alya.
Peneman dan penghibur Ayahanda Bonda di kala ke dua-dua kekandanya berada jauh dari keluarga.
Miliki deria auditori yang tinggi. Apa saja yang diverbalkan, akan cepat ditangkap. Maka bonda perlu berhati-hati untuk menabur janji manis.
Sangat rajin membaca. Akan menulis di white board khas kepunyaan nya, untuk meluah perasaan.
Sekarang, Puteri Purut sudah muslimah dan suka berpakaian patuh syariah. Suka (prefer) mengenakan tudung yang labuh. (Malu pula bonda pada diri)
Sudah mahu dan pandai bergaya sakan. Hari ini, minta menggayakan veil liplap bonda. Nampak gaya bonda tak perlu tunggu lama untuk serahguna segala accessories yang ada.
Owh! Sebenarnya KakSeri nak bercerita. Kisah perbualan kami bertiga di kedai makan bersarapan pagi tadi.
P. Purut : Ibu, hari arafah nanti, hari apa?
Ibu : Hari Arafah ? Err.. hari sehari sebelum Hari Raya Haji tu. (Sambil ibu belek calendar di hp). Hari Rabu mungkin. Kenapa dengan hari Arafah tu 'busuk'?
P.Purut : 'Kita' baca kat dalam buku, kalau kita berpuasa hari Arafah, Allah akan ampunkan dosa kita. Ibu dengan ayah, puasa tak?
Ibu : Ooohh.. A'ah puasalah. Biasanya masa hari Arafah tu, hari ibu dengan ayah cuti, kita semua on the way balik kampung.
P. Purut : OK. Nanti kita pun nak puasa jugak tau ibu! Nak puasa! Nak puasa! (Penuh teruja!)
Ayahanda bonda pulak yang terpana dengan niat Puteri Purut yang baru umur 7 tahun ni. #syukur
Terfikir KakSeri. Zaman kini, ilmu semakin tinggi. Ilmu datang dari setiap dimensi.
Sekira yang diterima itu baik, bertuah diri. Andai tersalah bilik, susahlah hati.
Sebagai ibu bapa, ada kala sukar kita nak pantau sepenuhnya apa yang mereka lihat, baca di media massa dan gajet nya.
Namun kata-kata pujian, dorongan, penceritaan nilai murni, dan cerita teladan semasa, perlu diSESAK-SEMAKkan selalu.
Ambil masa mendengar dan bertanya. Ya, mendengar dan bertanya.
Wallahua'lam.
#cerita #inspirasi #diari #keletah #anakanda #puteripurut #KakSeri #SeriAishah #senyum #kongsiilmu
No comments:
Post a Comment