Tuesday 27 October 2015

KREATIVITI ANAK


Puteri Purut buat salasilah keluarga. Dalam adik beradik ada 3 orang. Abang, kakak dan KITA.

KITA itu adalah dia. Dia itu Puteri Purut. Hahaha

Abang, anak sulong. Sentiasa bahasakan dirinya "abang" dengan adik-adik mahupun sepupunya.

Kakak, anak kedua. Berjarak 10 tahun baru ada KITA. Maka, manjanya, menggelar dirinya "adik" hingga kini.

Bonda : Habis tu, Aira nak dipanggil apa?
Kakak : Baby.

😀😀

KITA, anak ketiga. Tak mahu dipanggil "adik". Adik itu kakak, katanya.

Maka, banyaklah nama timangan keluar untuk KITA, ikut suka manja mulut bonda.

Sekian cerita Bonda. 😊

#keletah #puteripurut #anakanda
#KakSeri  #SeriAishah #SeriAishahApparel #GuruBMC

Wednesday 21 October 2015

20-10-15 KAD HARIJADI

20-10 : KAD HARIJADI

Di rumah ini, sambutan harijadi haruslah ada 'surprise'nya.  Ia bermula bila mana Puteri Purut sudah 'dewasa'. Haha. Iaitu bermula 2 tahun yang lalu.

Ada sahaja idea di kepala Purut. Begitu begini. Yang pasti, wajib ada persembahan sebelum acara memotong kek.

Persembahan tarian, aerobik, nyanyian, apa saja. Kreatif.

Ketika hampir ke tarikh sambutan hari lahirnya, April lalu, bonda sengaja menguji akal Purut.

Bonda : Harijadi awak nanti nak buat macamana?

Purut : Ibu lah yang kena rancangkan surprise untuk kita. Itu kan birthday kita. Kita mana boleh tahu.

Owh Okay! 😊

Bila bulan Oktober bermula, Puteri Putut sudah mula soksek soksek dengan ayahanda. Bonda buat-buat tak tahu.

Setiap malam dikerah ayahanda buat latihan tarian. Haha.. untunglah ada ayahanda yang sporting.

Tinggal seminggu sebelum hari kejadian, bonda mulakan usikan.

Bonda : Tak lama lagi  birthday ibu.  Awak ingat tak?

Purut : (buat buat tak ambil tahu)

Bonda : Mesti ada surprise. I know!

Purut : (bukak cerita lain)

Tak mahu layan langsung bila bonda sentuh tentang harijadi bonda. Hahaha... cute lah sangat!

Di hari kejadian, seperti biasa, birthday-girl, akan diiring keluar dari bilik sambil tutup mata.

Duduk di sofa, menikmati persembahan Purut dan Ayah. Kemudian ke meja kek, dengarkan petikan jari memainkan lagu Happy Birthday di ipadnya. Ambil gambar, acara tiup lilin dan potong kek.

Perfect sambutan surprise harijadi bonda!

Gambar : Kad tulisan Purut. Moga sentiasa menjadi anakanda yang menyejukkan mata dan hati bonda.

#KakSeri #SeriAishah #senyum #harijadi

Kejutan harijadi 2013
http://noraishahramlan.blogspot.com/2013/10/rai-harijadi-dengan-kejutan-dari-aira.html

Sunday 11 October 2015

Hari minggu effektif

11 Oktober 2015. Ahad

Alhamdulillah. KakSeri tiga beranak sudah berada kembali di sarang.

Hujung minggu yang efektif, 2D1N di JB
+ Kendalikan sessi BMC & ME
+ Hadiri sessi graduasi, solat hajat anakanda di sekolah
+ Lihat wajah mesra ayahanda bonda dan keluarga

Cantik sahaja ALLAH aturkan dengan lancar.

Sepanjang perjalanan, seperti biasa melayan keletah anak dara kecil comel Puteri Purut.

Puteri Purut : Ibu, kita rasa ibu ni dah terlambat lahirkan kita.

Bonda : Eh! Kenapa pulak?

Puteri Purut : Ye lah, nanti kita darjah enam, ibu dengan ayah dah tua.

Bonda : Erk!
Ibu pulak rasa macam tercepat pulak ibu lahirkan awak. Patutnya masa ni baru satu tahun, awak masih kecik dan ibu boleh peluk peluk cium cium selalu.

Puteri Purut : Kalau macam tu, bila kita besar, ibu lagi lah tua.

Huhuhu... ada ada aje keletah fikiran Purut.

*******

Terik sungguh cuaca hari ini. Andai buka pintu kereta, bahang luar sangat terasa dari dalam.

Terasalah juga keletihan.

Sakit kepala dan bersin beberapa kali. Sampai sarang terus ambil 1000mg Vitamin C dan Multivitamin dan rebahkan diri. Berehat sepenuhnya seketika.

Alhamdulilah. Hargai nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan masa.

noraishahramlan.blogspot.com

#KakSeri #SeriAishah #senyum #SeriAishahApparel #GuruBMC #ShakleeID

Tuesday 6 October 2015

FAHAMI MANUSIA

Dari pelajaran yang disampaikan oleh Annems Leadership Team minggu lalu, setiap individu mempunyai gaya/bahasa pemikiran yang berbeza.

Gaya pemikiran manusia ini dipengaruhi oleh bagaimana otak kita memproses maklumat yang diterima.

Gaya pemikiran ini juga akan menentukan bagaimana tindakbalas kita terhadap sesuatu maklumat.

Gaya pemikiran yang semulajadi, kita dilahirkan dengannya, yang kemungkinan ada persamaan dengan orang sekeliling kita.

Mr Arthur F. Carmazzi, melalui Directive Communication,  memudahkan pemahaman gaya pemikiran ini melalui warna otak atau 'brain color'.

PURPLE, BLUE, RED, GREEN 

Setiap warna ada kriteria unik.

Seronoknya, apabila kita tahu dan faham warna 'otak' kita dan rakan sekeliling kita, akan keluarlah suara-suara seperti ini.

"Owh, patutlah dia cepat sangat ambil tindakan"

"Owh, patutlah dia selalu tanya banyak soalan"

"Owh, patutlah dia sangat faham masalah kawan-kawan"

"Owh, baru faham macamana dia boleh buat kerja kemas dan tersusun"

Lebih kurang begitulah.

Memahami 'brain colour' ini amat penting dalam sesebuah organisasi. Kita akan lebih jelas, siapa yang perlu duduk di unit HR, Account, Operation & Marketing.

Selain daripada berkesan mengukuhkan prestasi pengurusan syarikat, ia membina persekitaran yang lebih positif sesama anggota.

#emotionalintelligence #coloredbrain #leadership

Monday 5 October 2015

GANJARAN DIRI OKTOBER #1


Bulan Oktober yang indah. Bulan kelahiran KakSeri kan...

Bulan ini KakSeri berazam mahu manjakan diri. (Perlu azam ke? He he)

Beli hadiah menghargai diri. Longgarkan sedikit tali pegikat perut.

Dah dapat hadiah pertama. 
Boleh bantu KakSeri bergerak laju sikit. Asik dapat nombor corot dalam geng baca Quran.

Syukur Alhamdulillah

Yippie!!

#KakSeri #SeriAishah #harijadi #hadiah

GANJARAN DIRI OKTOBER #2

Ini hadiah ke-2. KakSeri beli kamus dwibahasa yang mudah dibawa sana sini.

Aduuhh...
Soalan 1. Muat lagi ker handbag tu?
Soalan 2. Larat ker nak galas handbag yang makin berat tu?
Soalan 3. Perlukah beli handbag baru? (Paling win!)

Ok. Sambung.

Nak buat apa kamus tu KakSeri?

Sebab KakSeri nak menulis. Tulis apa yang KakSeri baca. Tulis dalam bahasa yang betul selepas dialihbahasa.

Supaya KakSeri boleh lebih faham dan memahamkan pembaca.

Ingat tak tentang konsep 10-20-70 Learning concept yang KakSeri tulis semalam?
(http://noraishahramlan.blogspot.my/2015/10/sbl-112-10-20-70-learning-concept.html)

Selepas habis kelas. Buat ulangkaji semula, belajar dengan rakan dan mentor untuk dapat tambahan pemahaman 20%.

Kekangan masa, KakSeri buat ulangkaji sendiri dahulu. Tulis semula ikut bahasa kita. Kata Dato' Roslan Ab Hamid, 'bahasa dalam mimpi kita'.

Jadi kita akan lebih faham sebelum berbincang dengan rakan. Paling best kalau kita dapat lebih memahamkan rakan kita. 😊

Emosi selepas beli kamus ni memang tinggi sampai ke langit. Tiba-tiba rasa gembira. Tiba-tiba rasa yakin diri. Tiba-tiba hormon adrenaline naik ke siling.

In sha Allah dah ada kamus ni. Makin laju perkongsian ilmu KakSeri di sini. Amiin.

Psst... ilmu leadership yang KakSeri belajar dengan ibu Hanim memang best sangat-sangat. Buat KakSeri tergila-gila nak kongsi. Recommended!

#catatan #diari #KakSeri #SeriAishah #kongsiilmu #hadiah #harijadi #SeriAishahApparel #JubahEksklusif #GuruBMC #businesscoaching

Sunday 4 October 2015

BAYANG-BAYANG KITA

Kita adalah bayang-bayang kita pada saat dan ketika itu.

Apa yang kita lakukan akan terpancar melalui bayang-bayang.
+ Apabila kita angkat tangan, bayang-bayang turut angkat tangan.
+ Apabila kita mencangkung, ia turut mencangkung
+ Apabila kita berlari, ia berlari bersama-sama kita.

Tak boleh lari jauh darinya. Sentiasa melekap sehingga hilang cahaya.

Ini realiti dunia.

Apa yang kita lakukan, itulah yang terpancar dilihat orang.

Bayang-bayang itu hitam. Yang terlihat hanyalah aksi. Tiada ternampak hijau, merah, kuning yang disarungkan pelakunya.

Begitulah. Manusia lain tidak nampak apa yang tersirat, apa tujuan, niat kita lakukan sesuatu perkara. Mereka hanya menilai hasil tindakan yang ketara.

Nampak baik hasilnya, baiklah nilaian mereka.
Juga sebaliknya.

Kehadiran bayang-bayang penuh misteri.

Kita harus berhati-hati :
+ Menilai bayang-bayang orang lain.
+ Menghasilkan bayang-bayang sendiri.

Belajar sesuatu?


#KakSeri #SeriAishah #senyumselalu #SeriAishahApparel #JubahEksklusif #LycraEksklusif #AnizonInnerNeck #StokisAnizon #anizonlovers #GuruBMC

Saturday 3 October 2015

GENERASI Z


Dikatakan bermula dari kelahiran pertengahan 1990an sehingga sekarang.

Anak generasi cyber. Zaman gajet. Menggemar YouTube dan VLog sebagai bahan hiburan, mainan dan pelajaran tambahan waktu senggang. Saluran Astro juga ada pelbagai program ilmiah kini.

Inilah kisah anakanda KakSeri.

Semua perkara, rujuk YouTube. Tak kira lah tentang apa sekali pun. Menggaya tudung, baca qiraati, hiburan, game. Lebih-lebih lagi anakanda Puteri Purut.

Di ajak keluar berjalan, tidak suka. Baru 7 tahun kot. 😢

Di rumah ada unifi, katanya. Data downloading lebih cepat dari broadband atau tethering di handphone ayahbonda.

Aduhaiiii...

Namun, ada satu umpan berkesan yang KakSeri dan AbgHj gunakan untuk bawa mereka semua keluar bersama.

Ke KEDAI BUKU. Tak kisahlah di mana-mana pun. Asal janji mahu singgah ke MPH ker Popular ker Kinokuniya ker... mesti ON mereka semuanya.

Ps: Puteri Purut ada YouTube Channel sendiri uolssss 😍😍.  Upload vlog sendiri lagi since age of 6. Huhu..

noraishahramlan.blogspot.com

#KakSeri #SeriAishah #familytime
#famili  #keletah #anakanda #puteripurut #senyumselalu

BIG WHY

Pernah dengar orang sebut tentang BIG WHY?

Dulu-dulu KakSeri tak pernah dengar pun perkataan ni. Perkataan ini tidak popular dikalangan orang makan gaji.

Semenjak mengelompokkan diri dengan para usahawan, sertai seminar berkaitan keusahawanan, baru KakSeri dengar perkataan BIG WHY ni.

Apa itu BIG WHY?

Ada macam-macam definisi. Ikut pemahaman letak perkara masing-masing.

BIG WHY = IMPIAN?
Lebih dari itu.

BIG WHY = PEMBANGKIT SEMANGAT?

BIG WHY = DORONGAN IKHLAS DARI HATI ?

Kata YM Tengku Intan Tengku Othman, BIG WHY kita mesti boleh diukur.

Bagaimana ?

Contoh : BIG WHY = Hantar ibubapa pergi Haji. (Contoh yang sangat common)
Kayu ukur = ibubapa pergi menunaikan haji.

Lanjutan dari BIG WHY adalah KPI.

Tanya : Bagaimana kita tahu BIG WHY itu kukuh?
Jawab : Kita akan hidup dan mati dengannya.

Bermaksud, walau apa juga cabaran yang menggugat, cabaran itu tidak akan melemahkan kita. BIG WHY ini yang akan membangkitkan kita untuk melalui gelombang cabaran untuk mencipta realiti BIG WHY.

Luangkan seminit, fikirkan, adakah kita punya BIG WHY?
Sejauh mana kukuhnya BIG WHY kita?

Noraishahramlan.blogspot.com

#KakSeri #SeriAishah #senyum #SeriAishahApparel #JubahEksklusif #GuruBMC #speaker #leadership