Wednesday, 26 August 2015

Kenapa KakSeri suka berniaga.. Bab 1 : DULU-DULU

Assalamualaikum semua;

Ada beberapa kawan yang tanya KakSeri, kenapa KakSeri ni suka sangat berniaga walaupun dah punya gaji bulanan tetap. Macam-macam benda KakSeri niagakan. Jadi Investment konsultan - agen insuran PruBSN, agen Unit Trust Public Mutual, Dealer Gold Silver Public Gold. Pastu tubuh syarikat jadi Distributor  bebarapa produk seperti produk Terapi Diri, CVT & Garam Bukit, Distributor Shaklee, Skincerity, Myra de Beaute, Perfume Dubai DDF dan yang terbaru Pad Wanita Lexee.

#boleh tengok profile dalam kolum Puan Seri Aishah#

Berniaga ni, dah sebati dengan jiwa KakSeri dari dulu-dulu. Walaupun perniagaan KakSeri ni sikit sini, sikit sana, Alhamdulillah mencapai target wang tambahan yang KakSeri perlukan. Ya KakSeri perlukan untuk mencapai cita-cita KakSeri. Apa tu? Saya diamkan dulu.. Jom baca cerita KakSeri seterusnya...

DULU-DULU

Dulu-dulu, sejak masa sekolah rendah lagi KakSeri dah mula berniaga. Apa yang KakSeri jual?

Bermula dengan menjual kerepek bawang yang ibu KakSeri buat. hehehe.. memang sangat seronok.

Zaman awal 80an, basikal mini jadi trend budak-budak perempuan tapi saya mintak abah KakSeri belikan KakSeri basikal roda besar. Alasan KakSeri, kayuh sikit tapi laju dan cepat sampai... (agaknya memang otak engineer dari kecik heheh)

Bayangkan KakSeri naik basikal besar biru tu dengan badan KakSeri yang halus.. KakSeri tumpangkan adik KakSeri kat seat belakang yang kebetulan bersekolah dekat dengan sekolah KakSeri. Makanya seat belakang dah penuh. Macamana KakSeri nak bawak kerepek? Beg sekolah lagi?


Jadi tiada pilihan, terpaksalah KakSeri bawak beg besar yg penuh dengan kerepek tu dihandle basikal. Bukan sebelah ajer.. tapi kedua-belah. Fuhh hebat tak hebat jugak KakSeri dulu-dulu...

Demand sememangnya tinggi. Setiap kali bawak memang licin lincau. Sampai ada yang sanggup tunggu depan pintu kelas  bila  time rehat, kalau cikgu kelas KakSeri lambat keluar. huhu. Memang tak ada langsung rasa malu nak berniaga. 

Masa tu mana tau sangat nak beli itu ini, nak pakai duit ke apa ker... tapi sebab seronok kawan-kawan datang membeli, itu satu kepuasan agaknya..

WARISI HOBI IBU

Ibu memang rajin. Masa kami kecik-kecik macam-macam ibu buat. Jual kuih pagi-pagi dan hantar kat kedai. Buat biskut raya dan jual. Mungkin sebab hanya abah sorang jer yang kerja jadi ibu cuba bantu cari wang belanja harian dengan cara ini. Mungkin juga hobi ibu memasak ditukar jadi punca pendapatan ibu. Ibu memang pakar memasak.(sampaikan Tuanku Sultan Johor sekarang order sambal belacan dengan ibu!)

Mungkin kerana  KakSeri anak sulong perempuan dalam keluarga maka KakSeri yang banyak bantu ibu. Adik-adik lain membantu sama. Ibu bukan saja jual biskut raya untuk Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji tau, tapi bila dah dekat-dekat nak Tahun Baru Cina, ibu dah sibuk buat biskut sampel. KakSeri larr yang selalu ikut ibu pergi ke kedai-kedai Cina bagi sampel dan ambil tempahan.

Kitorang adik beradik tolong ibu buat biskut bila tiba hari perayaan. Kalau KakSeri boleh ingat lagi antara biskut yang ibu selalu buat ialah Tat Nenas, Mama Carrie, Biskut Sampan, Suji, Sarang Semut (ini yang paling hot!), Chocolate Cherry. Chocolate Almond, Almond London. Dalam banyak-banyak tugasan yang paling malas sikit ialah bubuh cherry atas biskut. Melekit-lekit, pastu nak kena pilih pulak yang kilat kena facing atas. huuhu. 

Owh! Ibu pun buat Swiss Roll dan Kek Buah juga.

Jadi tak heranlah KakSeri pun pernah ambil tempahan dan jual biskut raya jugak dekat kawan-kawan pejabat. Juga tolong kawan jualkan Biskut Batang Burok Muar dan Popia Simpul. Jadi orang tengah lebih relaks dan lumayan. 

Tapi sejak 3 tahun lepas KakSeri dah berhenti buat kuih raya sebab sakit belakang bila duduk lama2 uli doh, kesan jatuh motor masa remaja dulu-dulu..



Repost : 13/11/2013

No comments:

Post a Comment