Gambar curi (hati) AbgHj KakSeri.
KakSeri punya banyak masa berfesbuk dan bermediasosial kerana AbgHj sentiasa disisi. Pagi dan petang.
Sebaik naik kereta sehingga sampai ke pejabat mahupun sampai ke rumah, jari jemari KakSeri rancak bekerja di atas smartfon. Masa terbaik melontarkan idea di hujung jari yang tertunda sepanjang hari.
Sambil-sambil itu, kami enjoy melayan ADILA (aku dia dan lagu) dan lagu-lagu nostalgia 70an, 80an, 90an. Sambil meneka-neka nama penyanyi veteran. Ha ha...
Adakala tiada bunyi radio apabila ada cerita menarik mahu dikongsikan.
Tugas AbgHj bukan sahaja terhad kepada memandu, meneka nama penyanyi, bercerita, mendengar cerita tetapi melayan kerenah (AbgHj kata keletah) KakSeri yang paling berat.
Iaitu memberi komen secara jujur dan seikhlasnya kepada semua post update KakSeri di fb dan komen/bisnes coaching KakSeri di group whatsapp yang dibacanya.
KakSeri selalu pesan, AbgHj perlu jadi pengkritik tegar. Berikan komen membina. Jadi mata 'pembaca'. Bukan komen mengambilhati kerana cintakan KakSeri atau khuatir kena tidur di luar malam nanti. Ha ha
Terima kasih AbgHj. Malam ni KakSeri nak belanja AbgHj makan-makan di Restoran Sate Hj Samuri.
#celoteh #keletah #KakSeri #SeriAishah #senyum #cinta #AbgHj
No comments:
Post a Comment