Sambungan dari Episod terdahulu..Kenapa KakSeri suka berniaga.. Bab1: Dulu-dulu
Sukarnya bila takde duit.
Hari pertama masuk Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (TIJB) 1986, waktu tu sangat excited. Nak duduk asrama kononnya. Kawan-kawan yang cemerlang Penilaian Darjah 5 semua dah masuk asrama. So, rasa macam masuk asrama tu macam hebat ajer... macam best ajer..
Tapi sekejap ajer best tu, sebab dah duduk jauh dengan ibu abah, adik beradik & kawan-kawan. Rindu juga kat mereka. Walhal TIJB tu kat Johor Bahru aje, rumah kat Kota Tinggi. Dulu-dulu kalau naik bas dekat dua jam jugaklah naik bas berhenti-henti tu.. Kalau naik kereta mungkin satu jam.
Setiap minggu juga lah ibu datang melawat, bawak nasi lemak. Huhuhu.. memang best lar.. tapi bila ibu tak datang KakSeri nangis sorang-sorang atas katil. (huwaaaa)
Ada masanya kesempitan wang bila duduk di asrama ni terasa juga. Bila dok kat rumah dulu, KakSeri bolehlah tolong jual kerepek, so adalah pendapatan duit harian,. Kat asrama ni lain. Walaupun makan semua dah tersedia, ada kalanya nak jugak beli itu dan ini. Faham juga dengan kekangan pendapatan keluarga bila adik beradik 7orang dan hanya abah ajer yang bekerja.
Jadi jalan yang paling mudah nak atasi masalah ni, sememangnya kena berniaga juga. Ibu bawakkan tidbits macam kacang tepung, kuih siput, amik dari jiran tetangga untuk dijual. So hasil jualan tulah yang jadi duit saku... Ok jugak kan?
Dipilih menjadi Pengerusi Persatuan Puteri Islam juga membuatkan KakSeri lebih dekat dengan perniagaan. Selain merangka aktiviti tahunan, kami juga menyediakan penjualan tuala wanita kepada rakan-rakan pelajar yang dalam 'kecemasan'. (eh.. rupa-rupanya dedulu pun pernah jual pad, patut sekarang jual pad & pantyliner LEXEE.. heehee)
Belanja Abah Ibu
Selesai peperiksaan SPM, kilang kat Batu 2 dah sedia menanti. Sesubuh hari segerombolan budak-budak lepasan SPM beratur mintak kerja. Alhamdulillah.. senang aje dapat. So kerjalah kat kilang Thomson sepanjang cuti tu. Pergi kerja tumpang kawan abah yang kebetulan 'somebody' kat situ. Bila balik naik van kilang sebab selalunya ada OT.
Kilang Thomson tu kilang semikonduktor dan pembuatan radio & TV. Dapat tugas duduk kat bahagian alignment dan troubleshooting radio board. Wahh best sungguh sebab taklah rasa macam operator sangat. Dah macam buat kerja technician level 1. (Memang dilahirkan ada aura seseorang berjiwa teknikal kah? hehehe).
Memang seronok kerja kat situ. Kenal sorang kakak yang sangat baik dan cantik. Kak Salamah Musa nama dia. Kami masih berhubung sampai hari ini. Kak Sal ni orang Pasak. Kira kakak angkat lah ni.
Memang seronok kerja kat situ. Kenal sorang kakak yang sangat baik dan cantik. Kak Salamah Musa nama dia. Kami masih berhubung sampai hari ini. Kak Sal ni orang Pasak. Kira kakak angkat lah ni.
Awal bulan, dalam 7hb macam tu.. ialah hari semua pekerja Thomson, termasuklah KakSeri, tunggu.. yeehaaa.. HARI GAJI!. Kebetulan hari tu abah ibu yang datang amik. So memang happening lar sangat. Time tu gaji dapat CASH uolss.. selepuk dapat di tangan. Tak pernah pegang duit sendiri ratus-ratus RM. Punyalah simpan kemas-kemas.. takut juga kot-kot ada yang panjang tangan.. almaklumlah.. pekerja kilang kan ramai... Masuk dalam kereta terus bagi ibu abah beberapa ratus RM. Alhamdulillah. KakSeri pun tak fikir nak buat apa sangat dengan duit tu... shopping pon tak pandai lagi.. huhuhu... On the way balik, ajak abah singgah kedai tepi jalan febret KakSeri, kita tapau AYAM GOLEK sekor!
Zaman U
Masuk Universiti Teknologi Malaysia tahun 1988- 1993. Ikuti kurus Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik yang melayakkan KakSeri menyertai sebuah syarikat telekomunikasi sebagai seorang Jurutera Perhubungan. (Communication Engineer)
Hanya setahun di Kampus Skudai, selebihnya merantau di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Secara dasarnya, di sinilah bermulanya episod kehidupan KakSeri sehingga kini.
Masuk universiti agak mewah juga kerana ada tanggungan dari pihak JPA. Jadi, kuranglah tanggungjawab kewangan abah ibu sepanjang pengajian. Cuma mungkin sedikit perit ketika pendaftaran pertama tetapi bila dah dapat pinjaman dari JPA, semuanya jadi OK.
Seperti biasa setiap kali cuti semester, KakSeri tak akan duduk diam. Cari duit. Kerja sebagai seorang salesgirl di The Store Pelangi. Jaga kaunter yang menjual barangan cenderamata. memang job terbaik. Pagi-pagi datang kerja lap dulu semua almari pameran. Lepas tu berdirilah sampai waktu rehat. Kalau ada customer, KakSeri lah orang yang membuat dekorasi bungkusan hadiah. Keluarlah segala kreativiti yang ada dalam diri.. hehehe.. memang seronok lah kerja ni..
Minggu pertama keting kaki KakSeri punyalah sakit. Nak naik turun tangga memang bercinta. Apa taknya dari pagi sampai malam asyik berdiri, berjalan. Tak boleh duduk langsung. Peraturan kerja tu beb. Adoyaiiii.
Minggu pertama keting kaki KakSeri punyalah sakit. Nak naik turun tangga memang bercinta. Apa taknya dari pagi sampai malam asyik berdiri, berjalan. Tak boleh duduk langsung. Peraturan kerja tu beb. Adoyaiiii.
Ke Singapura seorang diri.
Masa ni lah KakSeri pandai sikit nak bergaya dan bershopping. Almaklumlah dah 'besar' sikit dan dah pandai melawa pulak tu.. hikhik. Duit gaji bayar sewa rumah, bagi abah ibu dan guna untuk diri sendiri. Ketika itu, trend orang pakai walkman jenama "AIWA". Masa tu kalau nak beli barang elektronik, memang murah dekat Singapura. So bila dah cukup duit, KakSeri ambil bas di BusStand JB sampailah ke Woodland sorang-sorang. Belilah walkman AIWA pujaanku itu... Walkman inilah peneman KakSeri sepanjang tempoh pengajian melayan lagu penyanyi hit ketika itu Ziana Zain yang tengah meletops.
Masak nasik lemak KOOP
Ketika di kampus Semarak, duduk di asrama kayu APK yang happening tu.. Sebilik 2 orang. Memang rezeki KakSeri, dari tahun 2 sampai tahun 5 KakSeri ditempatkan di blok asrama ini.
Bersahabat baik dengan 'tauke KOOP' bernama Intan, (student juga), dia offer kami (KakSeri dan classmate Anor) untuk masak nasik lemak pada setiap petang di hujung minggu untuk dijual di koperasi kecil belakang asrama. Maka, KakSeri dan Anor akan bergilir-gilir kerja. Upah tukang masak dapatlah 2 bungkus nasi percuma dan komisen bagi setiap nasi lemak yang terjual. Kebiasaanya memang akan habis lar.. (hikhik.. pandai jugak memasak tu..) Setiap kali giliran KakSeri memasak, yang untungnya ialah bofren KakSeri lar kan sebab satu bungkus lagi KakSeri akan hadiahkan kat dia...
Kumpul duit komisen KakSeri buat beli kain kat Pasaraya Keramat Chowkit. Memang ketika itu kegilaan belajar menjahit. Ada geng nama dia Samidah. KakSeri dah mula belajar buat baju sendiri. Tak ingatlah pulak mesin jahit siapa yang sediada di bilik lepak APK tu. KakSeri jahit baju raya saya & adik2 KakSeri.
Renung-renung balik apa yang KakSeri lakukan dari dulu sampai sekarang, KakSeri ni memang jenis tak boleh duduk diam. Ada ajer kerja-kerja sambilan yang akan KakSeri buat bila ada masa lebih Yang penting ia menjana duit tambahan untuk keperluan diri....
- #'Bukan senang nak senang tapi tak susah untuk jadi susah' - pm kawan TIJB Yati Selamat, lepas dia baca entry ini. Thanks Yati.#
Repost : 10/12/2013
No comments:
Post a Comment