Inilah pertama kali KakSeri belajar menganyam ketupat nasi. Kebiasaannya, kami rebus nasi empet saja atau membeli ketupat nasi yang sudah siap direbus untuk jamuan di pagi Hari Raya.
Hari raya haji tahun ni, ibu KakSeri nak sangat kami anyam ketupat sendiri, Mungkin sebab adik ipar KaKSeri (lelaki) dari Seremban pulang awal beraya di JB tahun ini. Jadi adalah kawan ibu menganyam agaknya. Jadi, ada peluang lah KakSeri belajar menganyam. Rugi pulak kalau disia-siakan peluang ni.
KakSeri sudah biasa dengan anyaman ketupat palas. Ketupat palas adalah rutin dan tradisi jamuan utama Hari Raya di utara, di rumah mertua KakSeri. KakSeri mula belajar sejak awal perkahwinan dulu. Malulah kalau tak nak mencuba :)
Ketupat palas sangat mudah. Hanya menggunakan teknik 'lipat melipat'. Kalau yang langsung tak tahu, macam KakSeri dulu-dulu, dengan dua tiga kali cubaan pon, dah jadi pandai. Cuma cabarannya, kena lipat rapat-rapat dan ketat-ketat.
Gambar di bawah ini adalah ilustrasi melipat ketupas palas. ketupat palas ada 2 gaya lipatan. Betina atau Jantan. Di dalam gambar tatacara, hasilnya adalah ketupat betina. Tapi KakSeri suka buat ketupat jantan sebab figura nya tampak lebih 'handsome'. hehehe...
Tatcara mengayam ketupat palas (betina) |
Ketupat palas jantan. |
Ketupat palas tidak 'glamor' di Johor, begitu juga ketupat nasi jarang kali ditemui di Utara. Apa-apa pun, terasa plak untungnya kakSeri sebab dapat belajar budaya dan adat utara & selatan. :)
Ha... di bawah ini adalah gambar-gambar jari jemari KakSeri menganyam ketupat nasi. En suami KakSeri yang snapkan (dengan paksaan. hahaha)
Rumusan :
Menganyam ketupat nasi lebih mencabar kerana ia perlu menggunakan dua tangan dan menggunakan imaginasi silangan dalan setiap anyaman. Beberapa langkah awal sememang menguji kesabaran kerana teknik silangan ini, membuatkan KakSeri rasa tapak tangan KakSeri yang gebu seperti tak cukup besar!
Apabila struktur ketupat sudah stabil, barulah mudah untuk dikemaskan. Setiap langkah kemasan perlu dilakukan dalam bentuk selangan.
Akhirnya... tara..... 10 biji ketupat nasi yang comel dan cantik dan kemas... (masuk bakul angkat sendiri :D)
Teruja! Walaupun dah 'tua', KakSeri ni masih cepat 'tangkap' ilmu macam muda-muda dulu. Aha... ada rahsianya. Nak tahu?
Rahsianya KakSeri amalkan pengambilan Shaklee Omega Guard setiap hari. Untuk melindungi masalah fungsi saraf otak dan meningkatkan daya ingatan khususnya apabila dah sampai ke peringkat awal Menopause. Kesan menopause yang paling ditakuti adalah Alzheimer iaitu penyakit penurunan fungsi saraf otak selain osteoporosis.
Bersedialah wahai adik-adik dan sahabat pembaca semua ya. #sayajual
Jadi, itulah cerita KakSeri tentang anyaman ketupat ni. Dapat buat satu ketupat yang sempurna, sama macam gembiranya KakSeri bila dapat solve soalan Matematik Tambahan zaman tingkatan lima dulu!
Pesan KakSeri : Asal ada kemahuan, di situ ada jalan. ok bai!!
Repost 10/10/2014
No comments:
Post a Comment