Sambungan dari :
Ada kawan-kawan sindir KakSeri, kata KakSeri ni tak puas-puas carik duit. Ada kawan-kawan kata KakSeri ni sibuk cari harta dunia. Ada kawan-kawan KakSeri kata KakSeri tak jaga status diri KakSeri kerana tanpa segan silu buat online marketing di fb untuk jual produk Shaklee, Pad Lexee, Crystal Salt, Insuran dan lain-lain.
Semua telahan kawan-kawan KakSeri itu benar belaka! Kawan-kawan KakSeri pandai meneka KakSeri. Kawan-kawan KakSeri sememang kenal KakSeri. Setiap insan berlainan gaya hidup mereka, berlaianan gaya pemikiran mereka dan berlainan perspektif terhadap kita.
Cita-cita KakSeri tinggi. Cita-cita KakSeri mahu menggapai bintang. Cita-cita KakSeri untuk berada di angkasa. Cita-cita KakSeri mahu menjejak bulan. Sudah tentu tidak sama dengan mereka yang bercita-cita untuk sekadar menyentuh roket ke angkasa.. Yang membezakan setiap insan adalah cita-cita. Betulkan?
Setiap masa KakSeri 'renew' cita-cita KakSeri kerana cita-cita tiada hadnya. Cita-cita tak perlu dibayar. Cita-cita itu percuma! Cita-cita manusia tidak semestinya 1. Tidak semestinya 2. Boleh saja lebih dari 3. Boleh saja infiniti..
Cita-cita hanya akan terlaksana melalui doa dan usaha.. doa dulu kemudian usaha atau usaha dulu baru berdoa? hehe..jawapannya.. keduanya perlu seiring.
Menggunakan sedikit ilmu Meta-Fizik, KakSeri bukan seorang yang memiliki kelebihan kod 7-7 bagi mereka yang sentiasa beruntung. Tetapi saya seorang yang memiliki kod 1-5 yang perlu berusaha untuk berjaya walaupun diri memiliki kod 2.
Apa itu kod 2? Nnantikan cerita saya tentang metafizik & kod diri dalam entry akan datang. Oleh itu, silalah "follow" KakSeri :")
Rezeki telah terhidang didepan mata, bagaimana untuk memastikan rezeki itu berada di dalam mulut? Menikmatinya sambil mengucap syukur kepada Yang Maha Memberi.
Cita-cita perlu disenaraikan, perlu di tulis, perlu di lihat, perlu didengarkan, selalu.. Itu yang KakSeri belajar dari mereka yang telah berjaya menggapai cita-cita mereka.
Tampal atau letakkan ia di satu tempat yang selalu kita pandang. Di mana? Di mana-mana sahaja.. di cermin bilik mandi, di cermin bilik persalinan, di whiteboard pejabat, di skrin komputer, di oven (bagi para bakers) sebagai contoh. Kelebihannya, apabila kita hampir mengalah, lakaran cita-cita ini juga yang akan membantu memulihkan semangat dan motivasi diri.
Kongsi dengan mereka yang dekat dengan kita, mereka yang sentiasa menyokong kita. Supaya mereka akan sentiasa mengingatkan kita apabila kita tersasar jauh dari cita-cita kita. Supaya mereka boleh membantu kita berada semula di landasan yang kita bina dalam mencapai cita-cita kita.
Apa cita-cita KakSeri yang menyebabkan KakSeri rakus mencari harta?
Kerana kerakusan, KakSeri mampu merealisasikannya.
Kerana KakSeri tak puas-puas carik duit, KakSeri mampu merealisasikannya.
Kerana KakSeri sibuk cari harta dunia, KakSeri mampu merealisasikannya.
Kerana KakSeri tak pandai jaga status diri KakSeri di fb, KakSeri mampu merealisasikannya.
- Cita-cita saya nak ke Tanah Suci menunaikan haji bersama ibu bapa KakSeri. Alhamdulillah DONE!
- Cita-cita KakSeri nak menjejaki bumi Eropah dan sebahagian tempat di dunia. Alhamdulillah, partially DONE!
- Cita-cita KakSeri memiliki beberapa hartanah di "Lembah Kelang". Alhamdulillah, almost DONE!
- Cita-cita KakSeri... sentiasa ada yang baru. :)
Semua orang yang mempunyai cita-cita mampu melaksanakan cita-cita mereka. Soalnya cepat atau lambat. Susah atau senang.
Cita-cita akan lebih cepat dilaksanakan apabila faktor kewangan kita mencukupi. Bagaimana untuk menyediakan tabungan dengan kadar segera, khususnya bagi mereka yang bekerja makan gaji bilamana gaji bulanan yang diterima sekadar cukup makan seperti saya?
Cita-cita akan lebih senang terlaksana apabila kita merancangnya dengan betul dan sistematik. Bagaimana untuk melakukannya?
Sedikit kata-kata perangsang untuk mereka yang memerlukan..
Ikuti update KakSeri seterusnya...
Repost :2/2/2014
No comments:
Post a Comment