Pagi-pagi ni, sambil membawa 2 beg plastik pisang masak hijau ke pejabat, AbgHj menduga minda KakSeri.
AbgHj : Adakah bila kita fikir nak hidup senang bila pencen nanti, kita tak perlu enjoy life sekarang?
KakSeri : No. Life as usual baby.. (cewah!)
AbgHj : Jadi, apa sebab kita perlu ikat perut?
KakSeri : Owh!
We are just fine with our life now, darling. Bersederhana. Hidup biasa-biasa cara kita.
We eat healthy food dan kita pilih hidup selesa cara kita.
So far pun, bila kita plan nak pergi bercuti satu famili (dalam negara) jugak takde masalah kan? In sha Allah bajet sederhana boleh diatur.
Retire Rich to me, lebih kepada bagaimana kita boleh kekalkan gaya kehidupan kita sekarang di masa depan. Atau lebih baik.
Di masa kita tidak lagi bekerja seperti sekarang.
Di masa kita tidak lagi punya pendapatan tetap yang dikatakan menjamin perbelanjaan bulanan kehidupan seperti sekarang.
Di masa perbelanjaan semasa sebenarnya lebih tinggi dari sekarang pada 10 tahun akan datang akibat tekanan inflasi.
Di masa kita kekurangan tenaga mahu melakukan aktiviti menjana wang dengan tulang empat kerat kita.
Pada ketika itu, biarlah pulak wang atau kekayaan yang kita kumpulkan sekarang, bekerja untuk kita sehingga akhir hayat kita.
Pada ketika itu kita menikmati kehidupan yang lebih santai dan punya kuasa melakukan apa yang kita mahu. Juga lebih masa untuk diri sendiri.
***
AbgHj, hidup kita sebenarnya sudah mewah sekarang. Kita tak perlu keluarkan duit untuk makan pisang. Ahaksss.
#celoteh #keletah #kongsiilmu #retirerich #KakSeri #SeriAishah #senyum #leadership
#Lexee #JubahEksklusifSeriAishah
#Lexee #JubahEksklusifSeriAishah
No comments:
Post a Comment