Say 'cheese'....😆
Ha.. ternampak dah gigi kapak baru Puteri Purut. Baru tumbuh separuh jalan.
Gigi kapak susu sebelah kirinya pun dah bergoyng kencang. Tunggu masa ajer.
Sejak mana-mana gigi susu mula bergoyang, maka setiap harilah purut akan minta kami sentuh dan beritahu berapa lama lagi nak tercabut. Ya, setiap hari.
Jenuh jugalah bonda nak menganggarkan jumlah hari yang purut perlu tunggu. 16 hari, 15 hari, seterusnya.
Andai dah sampai 1 hari tapi belum tercabut juga, bonda anjak lagi ke 5 hari.
Bila ditanya kenapa, bonda jawab, "Gigi tu sayang nak tinggalkan awak".
Puteri balas, " Ye ker?".
"Ha'a", jawab bonda meyakinkan.
Jiwa kanak-kanak penuh kasih sayang. Mereka suka dengar ayat berkaitan kasih sayang. Sebab itu, bila bersama mereka pun, kita geram nak peluk cium. Like attracts like.
Puteri Purut sakan menggayakan hijabkids nya dalam kereta. Berkreatif mahu melilit. Sekejap terdengar bunyik nak melilit hijab gaya Heliza Helmi. KakSeri dan AbgHj yang kat depan ni, sama-sama menjeling mendengar angan-angannya. He he.
Bila dah siap, datang bertanya, "Lawa tak design kita? Berapa bintang?".
AbgHj tanpa banyak fikir menjawab,"5 bintang".
Senyum simpul Puteri Purut. 😊😊
Hari ni KakSeri pula menggayakan inner-berdagu dari #AnizonInnerNeck. First time pakai inner cinoni jenis ni, best pulak! TERLETAK. Ofkos membujur wajah KakSeri sebolat purnama. Ha ha.
#celoteh #diari #aktiviti #peluang
#puteripurut #anakanda
#KakSeri #SeriAishah #senyum
#JubahEksklusif #patuhsyariah
#JubahEksklusifSeriAishah
#anizonlovers
No comments:
Post a Comment