Saturday, 5 September 2015

KETAM BISIK MASAK LEMAK SERAI

Kami di kampung Penaga, Penang hari ini. Balik sebentar menjengah adikberadik AbgHj.
Dah menjadi rutin Abg Hj, bila di kampung, ambil peluang beli ikan fresh di Pasar Bisik Kuala Muda. Ikan yang 'baru naik' dari bot-bot nelayan.
Sebahagiannya kami bawak balik sarang. Dapatlah bekalan untuk 2 minggu tanpa ke pasar. Walau 2 minggu masih manis ikan dan udang.
Sebahagiannya kami 'kenduri'kan di sini.
Kali ini AbgHj bawa balik hampir 4 kg ketam biru. Bergerak-gerak lagi keadaannya.
Haa.... tetiba rasa terliur nak makan ketam masak lemah serai. Sebelum chef utama bagi idea untuk menu ketam yang lain, KakSeri offer diri jadi chef jemputan memasak ketam. Ha ha 😅
Ingat lagi tips mengambil hati keluarga mertua di entry KakSeri sebelum ni?
http://noraishahramlan.blogspot.com/2015/07/diari-raya-seri-2030.html

KakSeri singsing lengan, bersiap sedia bersilat melawan serangan balas ketam dan sepitnya. 😂

KakSeri perlukan :
Bawang merah dan bawang putih
4 batang Serai
2 biji kelapa (nyoq)
1 sudu kunyit serbuk
1 Periuk besar
Cili Api (dipatahkan semasa makan)
Ketam

KakSeri ambil periuk besar, masukkan sedikit air, serai dan ketam. Hidupkan api dan tutupkan periuk. Biarkan dalam 5-10 minit.

Serai dan kelapa ambil di belakang rumah saja. Nikmat hidup di kampung.

Kelapa diparut sendiri dengan mesin kukur elektrik dan kemudian diperah.

Puteri Purut yang anggun bershawl instant Anizon (berebut nak pakai dengan bonda), bantu bonda memerah santan. Pengalaman baru buatnya. Sukalah sangat si purut hari ni.

Kemudian menumbuk bawang pula dengan lesung batu. Juga si purut suka nak cuba.

Siap semua bahan persediaan, ketam di dalam periuk sudah bertukar warna jingga merah.

KakSeri masukkan santan, bawang yang ditumbuk, serbuk kunyit dan bahan perasa seperti garam dan gula. Gaul seratanya dan tinggalkan sehingga mendidih.

Anggaran 5-10 minit, taraa.....selesai.

Mudah dan sedap! Jom makan semua.

#catatan #diari #celoteh #puteripurut #anakanda #KakSeri #SeriAishah #senyum
#GuruBMC #businesscoaching
#JubahEksklusif  #patuhsyariah
#JubahEksklusifSeriAishah
#AnizonInnerNeck #StokisAnizon

No comments:

Post a Comment