Alhamdulillah.
Walaupun tidaklah begitu 'young' namun misi 'retire rich' tetap menjadi impian.
Misi kami memiliki beberapa aset hartanah 'medium-high profile' bagi menjana pendapatan pasif sebanyak 'sekian-sekian' setiap bulan sebelum berumur 50 tahun.
Kami masih bekerja keras untuk melengkapkan misi ini dalam beberapa tahun saja lagi.
Sengaja KakSeri 'up' kan entry ini untuk dorongan kepada kawan-kawan yang bermula lambat seperti KakSeri. Kami bermula lambat, berdikit-dikit dan berkira-kira.
Kawan-kawan, biarpun kita bermula lambat dek ketiadaan ilmu atau ketiadaan peluang, namun masih belum terlambat untuk kita memulakan apa juga tindakan sebaik 'seru' tiba.
Sebabnya, ada yang bermula laju seperti sang arnab. Ada yang bermula perlahan seperti sang kura-kura. Siapa yang teguh dengan matlamat tetap akan mencapai sasaran.
Memiliki aset yang banyak adalah perkara 'biasa-biasa' bagi sebahagian individu. Tuan Ali Majid punyai tiga-ratusan hartanah. Sahabat-sahabat yang lain yang punyai kepakaran dalam bidang perniagaan dan pelaburan hartanah juga punyai puluhan atau ratusan hartanah dalam simpanan.
Bagi KakSeri, punya hanya beberapa aset sahaja sudah dikira WOW! dan bangga dengan pencapaian. Hargai penat lelah usaha gigih diri.
Tidak dapat dinafikan, pelaburan hartanah adalah satu bentuk pelaburan yang sudah terbukti memberi pulangan besar dalam jangkamasa sederhana-panjang. Berbanding dengan pelaburan yang lain. Kos entry dan risikonya juga besar.
Ilmu sangat perlu supaya tidak terbakar tangan, tersilap kajian. Belajar walaupun perlahan.
Secara prinsipnya, setiap dari kita perlu ada satu 'kilang' yang akan menjana pendapatan untuk kita bilamana tiba masa kita 'bersara'.
Apakah kita sudah kenalpasti kilang kita?
Adakah kita sudah mula membina kilang kita?
Fikirkan.
p/s: Hanya kepada Allah kita menyembah, hsnya kepada Allah kita pohon pertolongan.
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
#cerita #inspirasi #diari #hartanah #investment #pelaburan #KakSeri #SeriAishah
No comments:
Post a Comment