Wednesday, 2 September 2015

BULATAN TOLERANSI Siri 2

Dari entry siri 1 : Semakin besar bulatan toleransi kita, semakin besar penerimaan kita terhadap persekitaran dan semakin mudah kita mengawal setiap tindakan kita.

http://ceritakakseri.blogspot.com/2015/09/bulatan-toleransi-circle-of-tolerance.html

Bayangkan bila kita berada di dalam gelung bulatan yang sangat besar. Kita bebas melakukan pelbagai gerakan. Kita rasa puas bergerak mengikut mahu kita. Bahagia.

Berbanding berada di dalam gelung bulatan yang sempit. Pergerakan yang terhad, perasaan yang terkongkong dan rasa mahu menjerit marah melepaskan diri!

Q : Apa sebenarnya yang membuatkan Bulatan Toleransi kita mengecil?

A : Encoded Assumption iaitu SANGKAAN yang dikodkan didalam minda dan akal.

Q : Sangkaan yang bagaimana?

A : Sangkaan yang kita dengar, lihat, rasa dan percaya melalui pengalaman dari :
+ ibu bapa, diri sendiri, keluarga
+ perkongsian cikgu, kawan-kawan
+ input dari media massa
yang membentuk satu 'kepercayaan'.

Kepercayaan ini akan digunakan semula apabila kejadian hampir sama berlaku.

Contoh sangkaan 1 :
Dikala santai, suami isteri mestilah jalan beriringan berpegang tangan.

Apabila suami selalu asyik berjalan mendahului isteri, isteri percaya, cinta suami sudah tawar pada isteri.

Contoh sangkaan 2:
Seorang kawan baik mestilah saling mengingati tarikh lahir dan menghantar ucapan.

Andai tiada ucapan atau ingatan dari kawan baik, kita percaya dia bukan kawan yang boleh diharapkan.

*Boleh cuba fikirkan sangkaan yang biasa ada dikalangan kita. 😊

Apabila ada sangkaan begini, kita akan mula membuat tindakan merajuk dan merenggangkan hubungan. Tindakan ini akan membebankan diri dan emosi. Sangkaan inilah membuat Bulatan Toleransi kita mengecil.

Semakin banyak sangkaan dalam diri kita, semakin banyak tindakan luar kawalan yang kita ambil dan semakin terkongkong diri dan emosi.

Nah. Sebab itu, kita perlu kurangkan atau hapuskan sangkaan yang ada dan menjadikan diri lebih terbuka kepada pelbagai kemungkinan dan hidup tenang.

Boleh? Boleh?

*Sangkaan yang dimaksudkan tidak melibatkan sesuatu yang berkaitan hukum agama dan hukum alam.

#celoteh #kongsiilmu #leadership #LOVE #speaker #KakSeri #SeriAishah

No comments:

Post a Comment