Seingat KakSeri, masa zaman kecil-kecil dulu, KakSeri dan adik beradik sudah punya buku simpanan sendiri. Buku simpanan Pejabat Pos.
Rakan sebaya, ingat tak?
Walaupun simpanan tak banyak mana ketika tu, sebab hanya abah sahaja yang bekerja, tapi konsep menyimpan yang dipupuk orang tua kita itu yang sangat penting.
Dari Pejabat Pos kemudian naik taraf ke Bank Simpanan Nasional, BSN.
Sekarang ini, sudah terlalu banyak bank simpanan untuk dijadikan pilihan. Antaranya, Amanah Saham Bumiputera/ Wawasan/ Didik dan juga Tabung Haji.
Potong Gaji
Dari Pejabat Pos kemudian naik taraf ke Bank Simpanan Nasional, BSN.
Sekarang ini, sudah terlalu banyak bank simpanan untuk dijadikan pilihan. Antaranya, Amanah Saham Bumiputera/ Wawasan/ Didik dan juga Tabung Haji.
Potong Gaji
KakSeri mula menabung sendiri secara serius sejak tahun pertama bekerja. 1993. Buka akaun Tabung Haji dan ASB. Wang gaji masuk melalui BSN. Ketika itu tiada fasiliti perbankan untuk aktiviti 'transfer online' dan sebagainya. Maka simpanan melalui potongan gaji ialah yang paling efektif dan KONSISTEN.
Pada awalnya, KakSeri membuka akaun Tabung Haji tanpa ada perancangan sebenar bila mahu naik haji. Cuma ada di fikiran, tabungan sangat PENTING untuk perancangan masa depan. Bila sampai seru nanti, sekurang-kurangnya sudah ada wang di tangan.
Tidak lama selepas itu, KakSeri buka Akaun ASW dan beberapa akaun bank lain. Minatlah sangat tengok koleksi buku akaun yang ada. Pelbagai rupa dan warna. Persepsi diri sendiri, walau simpan sana sikit, sini sikit, punya banyak koleksi buku simpanan adalah satu kejayaan besar. Ha ha.
Selain dari wang gaji, KakSeri turut menyimpan apabila terima imbuhan bonus dari pihak syarikat. Sebahagian belanja, sebahagiannya simpan.
Apabila sudah punya cahayamata, KakSeri turut buat potongan gaji untuk mereka juga. Abg Haji pun sama. Untuk diri sendiri dan anak-anak. Kami kongsi kegembiraan melihat amaun simpanan anak-anak bersama.
'Angpaw' hari raya juga kami dorong untuk mereka tabungkan. Mana tahu ada program di sekolah yang mereka boleh sertai. Kan dah jadi satu kebiasaan, sekarang?
Buat simpanan potong gaji ni sangat mengujakan! Biasanya kami akan kemaskini buku akaun setahun sekali sahaja iaitu selepas deklarasi bonus dan dividen tahunan.
Masa itu, akan terlihatlah nombor-nombor yang menaikkan semangat. Selepas tu mulalah hati kecil ber'kalau'. Kalau lah aku simpan lebih banyak, mesti lebih besar angkanya tanpa kita sedar... kan? Tau takpe. he he
Contoh, katalah simpanan anak-anak RM20 seorang. Kali 2 (KakSeri & AbgHj) bersamaan RM40 seorang. Hujung tahun ada tambahan RM480 dalam setiap akaun mereka. Ayah ibu yang lebih teruja mahu balik cerita pada anak-anak.
Contoh, katalah simpanan anak-anak RM20 seorang. Kali 2 (KakSeri & AbgHj) bersamaan RM40 seorang. Hujung tahun ada tambahan RM480 dalam setiap akaun mereka. Ayah ibu yang lebih teruja mahu balik cerita pada anak-anak.
Bila kami tunjuk buku simpanan pada anak-anak, KakSeri dapat bayangkan keseronokan mereka. Mesti sama perasaan mereka seperti yang KakSeri rasakan pada ketika dulu setiap kali abah tunjukkan amaun dalam buku simpanan. Nostalgia.
Harapan kami, ini dapat dijadikan dorongan, motivasi dan teladan yang baik untuk mereka, serius memulakan tabungan sendiri bila tiba masa mereka nanti.
Harapan kami, ini dapat dijadikan dorongan, motivasi dan teladan yang baik untuk mereka, serius memulakan tabungan sendiri bila tiba masa mereka nanti.
Sikit sikit lama lama jadi bukit.
Saban tahun KakSeri tambah jumlah tabungan. Samada dari kenaikan gaji atau wang dari 'bisnes-part-time'. Apabila ada rezeki dalam bentuk bonus tahunan, disimpan juga sebahagian besar dari bonus itu.
Konsep 6-Tabung
Saban tahun KakSeri tambah jumlah tabungan. Samada dari kenaikan gaji atau wang dari 'bisnes-part-time'. Apabila ada rezeki dalam bentuk bonus tahunan, disimpan juga sebahagian besar dari bonus itu.
Alhamdulillah, sampai juga seru KakSeri jadi tetamu Allah pada tahun 2009. Hasil simpanan 16 tahun yang berdikit-dikit itu, keperluan kewangan bukan lah sesuatu MEMBEBANKAN. Bahkan boleh digunakan untuk menaja ayah dan ibu sama-sama ke MEKAH. Hanya perlu tambah sikit sikit saja lagi.
Seronok kan bila kita dapat tuai hasil yang berkualiti berkat kesungguhan kita?
Satu tips KakSeri nak kongsi:
Seronok kan bila kita dapat tuai hasil yang berkualiti berkat kesungguhan kita?
Satu tips KakSeri nak kongsi:
Buku simpanan harus disimpan jauh-jauh dari pandangan. Ha ha. Ini untuk mengajar diri mengawal kerakusan nafsu dari berbelanja, membeli itu dan ini yang tidak menjana wang untuk menjadi lebih banyak.
Konsep 6-Tabung
Tabung untuk menunaikan haji boleh dikategorikan di dalam simpanan keperluan jangkamasa pendek atau keperluan jangkamasa panjang. Terpulang matlamat individu.
KakSeri teruja juga mahu kongsikan konsep simpanan 6-Tabung sebagai panduan :
- 55% Keperluan
- 15% Keperluan Jangkamasa Panjang
- 10% Tabung Pelajaran
- 10% Tabung Jangkamasa Pendek/Sukaria Keluarga
- 5% Kecemasan
- 5% Sedekah Jariah
15% keperluan jangkamasa panjang itu adalah antara simpanan yang terpenting dalam hidup kita. Kita boleh kategorikan simpanan ini dalam bahasa PELABURAN. Keperluan jangka masa panjang perlu dirangka dalam tempoh 5 hingga 10 tahun atau lebih. Kaitkan dengan matlamat yang mahu dicapai pada ketika tersebut.
Pelaburan ini boleh dipelbagaikan caranya. DIVERSIFY.
Antara pilihan pelaburan yang boleh diambilkira seperti :
+ pelaburan amanah saham (unit trust)
+ simpanan dalam bentuk emas fizikal
+ pembelian hartanah
+ pembelian saham Bursa Malaysia / International yang tertentu
Antara pilihan pelaburan yang boleh diambilkira seperti :
+ pelaburan amanah saham (unit trust)
+ simpanan dalam bentuk emas fizikal
+ pembelian hartanah
+ pembelian saham Bursa Malaysia / International yang tertentu
10% keperluan jangkamasa pendek juga boleh di laburkan untuk pulangan yang lebih besar dari dividen simpanan biasa yang sekitar 5%-8%. Namun peluangnya sangat terhad dan risiko yang tinggi seperti pembelian saham Bursa Malaysia.
DISIPLIN sangat penting dalam konsep menyimpan. Fokus MATLAMAT melebihi perkara lain. Bila ada matlamat, simpanan yang kita buat lebih berstruktur.
Kesimpulannya, mulakan tabungan dari SEKARANG dengan apa yang ada di tangan.
+ Dapatkan ilmu simpanan/urus wang yang betul.
+ Gunakan platform yang diluluskan dan diiktiraf Bank Negara Malaysia dan Security Commission
+ Percaya dengan konsep memberi dan akan menerima lebih banyak (termasuk 5% dalam konsep 6-Tabung)
+ Elakkan dari terjerumus dari kerakusan nafsu mahu kaya dengan PELABURAN JANJI MANIS yang melibatkan wang tunai yang besar.
Ingat! Mahu dapat perlu usaha, kalau nak hilang sekelip mata saja.
SELAMAT MENYIMPAN! :)
SELAMAT MENYIMPAN! :)
#KakSerimenulis #KakSeri #SeriAishah #uruswang #diarihajiKakSeri #simpanan
No comments:
Post a Comment