Sebelum Tuan Puteri Purut lena, tugasan ayahanda adalah bercerita kepada nya. Ini WAJIB. Setiap malam.
Puteri Purut akan memberi topik cerita apa yang mahu dia dengar.
Cerita ibu kecik-kecik ker cerita ayah kecik-kecik ker cerita TokWan kecik-kecik ker cerita TokAbah kecik-kecik, cerita KakakAlya kecik-kecik dan seterusnya.
Habis semua cerita kecik-kecik kaum kerabat kami, ayah 'tahu'. 😊
Ada pula diberikan versi samada cerita rekaan atau cerita betul-betul.
Ayahanda perlu cerita mengikut konsep yang Puteri Purut berikan.
Contoh : Cerita ayah kecik-kecik versi rekaan.
Maka, ayahanda akan mereka-mereka cerita ayahanda masa kecil padanya.
Yang bestnya, setiap cerita rekaan, tak boleh sama dengan cerita rekaan yang pernah dia dengar sebelumnya. Nama pun rekaan. Terpaksalah reka jalan cerita baru setiap kali.
Ada ketika, mahukan cerita sirah nabi dan cerita binatang, kisah dulu-dulu.
Fuhhh. Memang berat sebenar benarnya tugas seorang ayah. Haha..
Bonda tak kena bercerita ker?
Bonda sejak dari awal sudah assignkan tugasan ini pada ayahanda. KECUALI kalau ayahanda out-station. Masakkk...😅
Bila tiba masa Bonda, baru cerita 3 ayat penuh pertama, sudah mabuk kelaut ceritanya.. bonda yang terlena dulu.
******
KakSeri nak tergelak malam semalam bila ayahanda membuka 'cerita ayah kecik-kecik versi rekaan'.
Ayahanda : Ayah dulu dengan kawan-kawan suka tangkap belalang.
Puteri Purut : Owh, that's so sad.
(Tersentuh hati dengan anggapan ayah akan buli belalang tu)
Ayahanda : (menyedari respon Puteri Purut) Kami cuma nak pegang belalang tu ajer. Lepas tu kami lepaskan.
Puteri Purut : Good boooy. (Relief)
Bonda : (gelak dalam selimut)
#KakSeri #SeriAishah #famili #keletah #anakanda #puteripurut
No comments:
Post a Comment