Saturday, 5 September 2015

KETAM BISIK MASAK LEMAK SERAI

Kami di kampung Penaga, Penang hari ini. Balik sebentar menjengah adikberadik AbgHj.
Dah menjadi rutin Abg Hj, bila di kampung, ambil peluang beli ikan fresh di Pasar Bisik Kuala Muda. Ikan yang 'baru naik' dari bot-bot nelayan.
Sebahagiannya kami bawak balik sarang. Dapatlah bekalan untuk 2 minggu tanpa ke pasar. Walau 2 minggu masih manis ikan dan udang.
Sebahagiannya kami 'kenduri'kan di sini.
Kali ini AbgHj bawa balik hampir 4 kg ketam biru. Bergerak-gerak lagi keadaannya.
Haa.... tetiba rasa terliur nak makan ketam masak lemah serai. Sebelum chef utama bagi idea untuk menu ketam yang lain, KakSeri offer diri jadi chef jemputan memasak ketam. Ha ha 😅
Ingat lagi tips mengambil hati keluarga mertua di entry KakSeri sebelum ni?
http://noraishahramlan.blogspot.com/2015/07/diari-raya-seri-2030.html

KakSeri singsing lengan, bersiap sedia bersilat melawan serangan balas ketam dan sepitnya. 😂

KakSeri perlukan :
Bawang merah dan bawang putih
4 batang Serai
2 biji kelapa (nyoq)
1 sudu kunyit serbuk
1 Periuk besar
Cili Api (dipatahkan semasa makan)
Ketam

KakSeri ambil periuk besar, masukkan sedikit air, serai dan ketam. Hidupkan api dan tutupkan periuk. Biarkan dalam 5-10 minit.

Serai dan kelapa ambil di belakang rumah saja. Nikmat hidup di kampung.

Kelapa diparut sendiri dengan mesin kukur elektrik dan kemudian diperah.

Puteri Purut yang anggun bershawl instant Anizon (berebut nak pakai dengan bonda), bantu bonda memerah santan. Pengalaman baru buatnya. Sukalah sangat si purut hari ni.

Kemudian menumbuk bawang pula dengan lesung batu. Juga si purut suka nak cuba.

Siap semua bahan persediaan, ketam di dalam periuk sudah bertukar warna jingga merah.

KakSeri masukkan santan, bawang yang ditumbuk, serbuk kunyit dan bahan perasa seperti garam dan gula. Gaul seratanya dan tinggalkan sehingga mendidih.

Anggaran 5-10 minit, taraa.....selesai.

Mudah dan sedap! Jom makan semua.

#catatan #diari #celoteh #puteripurut #anakanda #KakSeri #SeriAishah #senyum
#GuruBMC #businesscoaching
#JubahEksklusif  #patuhsyariah
#JubahEksklusifSeriAishah
#AnizonInnerNeck #StokisAnizon

Friday, 4 September 2015

GIGI KEKAL Puteri Purut


Say 'cheese'....😆

Ha.. ternampak dah gigi kapak baru Puteri Purut. Baru tumbuh separuh jalan.

Gigi kapak susu sebelah kirinya pun dah bergoyng kencang. Tunggu masa ajer.

Sejak mana-mana gigi susu mula bergoyang, maka setiap harilah purut akan minta kami sentuh dan beritahu berapa lama lagi nak tercabut. Ya, setiap hari.

Jenuh jugalah bonda nak menganggarkan jumlah hari yang purut perlu tunggu. 16 hari, 15 hari, seterusnya.

Andai dah sampai 1 hari tapi belum tercabut juga, bonda anjak lagi ke 5 hari.

Bila ditanya kenapa, bonda jawab, "Gigi tu sayang nak tinggalkan awak".

Puteri balas, " Ye ker?".

"Ha'a", jawab bonda meyakinkan.

Jiwa kanak-kanak penuh kasih sayang. Mereka suka dengar ayat berkaitan kasih sayang. Sebab itu, bila bersama mereka pun, kita geram nak peluk cium. Like attracts like.

Puteri Purut sakan menggayakan hijabkids nya dalam kereta. Berkreatif mahu melilit. Sekejap terdengar bunyik nak melilit hijab gaya Heliza Helmi. KakSeri dan AbgHj yang kat depan ni, sama-sama  menjeling mendengar angan-angannya. He he.

Bila dah siap, datang bertanya, "Lawa tak design kita? Berapa bintang?".

AbgHj tanpa banyak fikir menjawab,"5 bintang".

Senyum simpul Puteri Purut. 😊😊

Hari ni KakSeri pula menggayakan inner-berdagu dari #AnizonInnerNeck. First time pakai inner cinoni jenis ni, best pulak! TERLETAK. Ofkos membujur wajah KakSeri sebolat purnama. Ha ha.

#celoteh #diari #aktiviti #peluang
#puteripurut #anakanda
#KakSeri #SeriAishah #senyum
#JubahEksklusif #patuhsyariah
#JubahEksklusifSeriAishah
#anizonlovers

Thursday, 3 September 2015

RETIRE RICH RETIRE YOUNG #2

Pagi-pagi ni, sambil membawa 2 beg plastik pisang masak hijau ke pejabat, AbgHj menduga minda KakSeri.

AbgHj : Adakah bila kita fikir nak hidup senang bila pencen nanti, kita tak perlu enjoy life sekarang?

KakSeri : No. Life as usual baby.. (cewah!)

AbgHj : Jadi, apa sebab kita perlu ikat perut?

KakSeri : Owh!

We are just fine with our life now, darling. Bersederhana. Hidup biasa-biasa cara kita.

We eat healthy food dan kita pilih hidup selesa cara kita.

So far pun, bila kita plan nak pergi bercuti satu famili (dalam negara) jugak takde masalah kan? In sha Allah bajet sederhana boleh diatur.

Retire Rich to me, lebih kepada bagaimana kita boleh kekalkan gaya kehidupan kita sekarang di masa depan. Atau lebih baik.

Di masa kita tidak lagi bekerja seperti sekarang.

Di masa kita tidak lagi punya pendapatan tetap yang dikatakan menjamin perbelanjaan bulanan kehidupan seperti sekarang.

Di masa perbelanjaan semasa sebenarnya lebih tinggi dari sekarang pada 10 tahun akan datang akibat tekanan inflasi.

Di masa kita kekurangan tenaga mahu melakukan aktiviti menjana wang dengan tulang empat kerat kita.

Pada ketika itu, biarlah pulak wang atau kekayaan yang kita kumpulkan sekarang, bekerja untuk kita sehingga akhir hayat kita.

Pada ketika itu kita menikmati kehidupan yang lebih santai dan punya kuasa melakukan apa yang kita mahu.  Juga lebih masa untuk diri sendiri.

***

AbgHj, hidup kita sebenarnya sudah mewah sekarang. Kita tak perlu keluarkan duit untuk makan pisang.  Ahaksss.

#celoteh #keletah #kongsiilmu #retirerich #KakSeri #SeriAishah #senyum #leadership
#Lexee #JubahEksklusifSeriAishah 

Wednesday, 2 September 2015

DIARI HAJI KAKSERI #1 : CHECKLIST

Gambar adalah kenangan KakSeri dan bonda Hjh Rokiah semasa kami sama-sama mengerjakan haji pada tahun 2009 yang lalu.

Sudah 2 minggu para jemaah Haji mula berangkat ke Madinah / Mekah.

Pasti semua sudah sangat bersedia dengan persediaan mental dan fizikal.
Pasti sudah ada checklist persiapan barangan dan amalan. Apa mahu pakai dan apa mahu buat di sana.

Memang. Masa mahu berpacking ini adalah antara masa yang sangat seronok dan excited. Tak sabar mahu berangkat.

Bagi KakSeri yang tidak pernah melakukan umrah sebelumnya, pasti sangat teruja dengan suasana dan pergerakan di sana.

Bermula dari berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sehinga turun di KLIA tanah air, 44 hari, semuanya pengalaman baru yang amat berharga.

Di Madinah, semaksima mungkin mahu ke Raudhah.
Di Mekah, semaksima mungkin mahu melakukan umrah.
Di Mina, semaksima mungkin mahu mengumpul pahala.
Di Arafah, semaksima mungkin mahu menadah tangan bermohon kepadaNYA.

Ada bersama di dalam bag silang, sebuah AlQur'an bersaiz A5, Buku Doa, buku catatan, pen, botol air kecil, tuala kecil dan gunting.
+ AlQur'an - pembacaan
+ Buku Doa - pembacaan / penghafalan
+ Buku catatan - catatan / senarai doa sendiri / senarai doa yang dikirim / apa juga bentuk catatan
+ Pen - penulis
+ Botol Air - minuman / bekalan untuk wudhu'
+ Tuala kecil - alas dahi / alas wudhu'
+ Gunting - bertahalul

Ok. Nanti KakSeri sambung lagi.

#diarihajiKakSeri #diari #ilmu #aktiviti #kongsiilmu #KakSeri #SeriAishah

BULATAN TOLERANSI Siri 2

Dari entry siri 1 : Semakin besar bulatan toleransi kita, semakin besar penerimaan kita terhadap persekitaran dan semakin mudah kita mengawal setiap tindakan kita.

http://ceritakakseri.blogspot.com/2015/09/bulatan-toleransi-circle-of-tolerance.html

Bayangkan bila kita berada di dalam gelung bulatan yang sangat besar. Kita bebas melakukan pelbagai gerakan. Kita rasa puas bergerak mengikut mahu kita. Bahagia.

Berbanding berada di dalam gelung bulatan yang sempit. Pergerakan yang terhad, perasaan yang terkongkong dan rasa mahu menjerit marah melepaskan diri!

Q : Apa sebenarnya yang membuatkan Bulatan Toleransi kita mengecil?

A : Encoded Assumption iaitu SANGKAAN yang dikodkan didalam minda dan akal.

Q : Sangkaan yang bagaimana?

A : Sangkaan yang kita dengar, lihat, rasa dan percaya melalui pengalaman dari :
+ ibu bapa, diri sendiri, keluarga
+ perkongsian cikgu, kawan-kawan
+ input dari media massa
yang membentuk satu 'kepercayaan'.

Kepercayaan ini akan digunakan semula apabila kejadian hampir sama berlaku.

Contoh sangkaan 1 :
Dikala santai, suami isteri mestilah jalan beriringan berpegang tangan.

Apabila suami selalu asyik berjalan mendahului isteri, isteri percaya, cinta suami sudah tawar pada isteri.

Contoh sangkaan 2:
Seorang kawan baik mestilah saling mengingati tarikh lahir dan menghantar ucapan.

Andai tiada ucapan atau ingatan dari kawan baik, kita percaya dia bukan kawan yang boleh diharapkan.

*Boleh cuba fikirkan sangkaan yang biasa ada dikalangan kita. 😊

Apabila ada sangkaan begini, kita akan mula membuat tindakan merajuk dan merenggangkan hubungan. Tindakan ini akan membebankan diri dan emosi. Sangkaan inilah membuat Bulatan Toleransi kita mengecil.

Semakin banyak sangkaan dalam diri kita, semakin banyak tindakan luar kawalan yang kita ambil dan semakin terkongkong diri dan emosi.

Nah. Sebab itu, kita perlu kurangkan atau hapuskan sangkaan yang ada dan menjadikan diri lebih terbuka kepada pelbagai kemungkinan dan hidup tenang.

Boleh? Boleh?

*Sangkaan yang dimaksudkan tidak melibatkan sesuatu yang berkaitan hukum agama dan hukum alam.

#celoteh #kongsiilmu #leadership #LOVE #speaker #KakSeri #SeriAishah

MISI RETIRE RICH RETIRE YOUNG

Alhamdulillah.

Walaupun tidaklah begitu 'young'  namun misi 'retire rich' tetap menjadi impian.
Misi kami memiliki beberapa aset hartanah 'medium-high profile' bagi menjana pendapatan pasif sebanyak 'sekian-sekian' setiap bulan sebelum berumur 50 tahun.

Kami masih bekerja keras untuk melengkapkan misi ini dalam beberapa tahun saja lagi.
Sengaja KakSeri 'up' kan entry ini untuk dorongan kepada kawan-kawan yang bermula lambat seperti KakSeri. Kami bermula lambat, berdikit-dikit dan berkira-kira.

Kawan-kawan, biarpun kita bermula lambat dek ketiadaan ilmu atau ketiadaan peluang, namun masih belum terlambat untuk kita memulakan apa juga tindakan sebaik 'seru' tiba.

Sebabnya, ada yang bermula laju seperti sang arnab. Ada yang bermula perlahan seperti sang kura-kura. Siapa yang teguh dengan matlamat tetap akan mencapai sasaran.

Memiliki aset yang banyak adalah perkara 'biasa-biasa' bagi sebahagian individu. Tuan Ali Majid punyai tiga-ratusan hartanah. Sahabat-sahabat yang lain yang punyai kepakaran dalam bidang perniagaan dan pelaburan hartanah juga punyai puluhan atau ratusan hartanah dalam simpanan.

Bagi KakSeri, punya hanya beberapa aset sahaja sudah dikira WOW! dan bangga dengan pencapaian. Hargai penat lelah usaha gigih diri.

Tidak dapat dinafikan, pelaburan hartanah adalah satu bentuk pelaburan yang sudah terbukti memberi pulangan besar dalam jangkamasa sederhana-panjang. Berbanding dengan pelaburan  yang lain.  Kos entry dan risikonya juga besar.

Ilmu sangat perlu supaya tidak terbakar tangan, tersilap kajian. Belajar walaupun perlahan.
Secara prinsipnya, setiap dari kita perlu ada satu 'kilang' yang akan menjana pendapatan untuk kita bilamana tiba masa kita 'bersara'.

Apakah kita sudah kenalpasti kilang kita?
Adakah kita sudah mula membina kilang kita?

Fikirkan.

p/s: Hanya kepada Allah kita menyembah, hsnya kepada Allah kita pohon pertolongan.
Wallahua'lam.

#cerita #inspirasi #diari #hartanah  #investment #pelaburan #KakSeri #SeriAishah

Tuesday, 1 September 2015

BULATAN TOLERANSI (Circle of Tolerance)

Masih ingatkah cerita KakSeri di hari Merdeka, tentang bagaimana KakSeri mahu hidup tenang, bahagia, berkasih sayang  dan MERDEKA ?

Tak ingat, tak apa. KakSeri kongsi lagi.

👌 3 perkara yang KakSeri belajar untuk bebas diri, merdeka jiwa dan hidup tenang bahagia

👍 Besarkan bulatan toleransi
👍 Tangguhkan penilaian
👍 Bertindak bijak dengan ilmu

Cerita penuh di sini:
http://ceritakakseri.blogspot.com/2015/08/31-ogos-2015-merdeka-58.html

Pada entry ini KakSeri mahu fokuskan tentang besarkan Bulatan Toleransi.

Cuba bayangkan, kita sedang berada di dalam satu gelung bulatan yang mengelilingi diri kita. Seperti kita berada di dalam sebiji telur gergasi.

Lingkaran kulit telur itulah BULATAN TOLERANSI yang kita sendiri kuasai.

Kita yang pilih samada mahu ruang yang besar atau kita yang pilih untuk kecilkan ruang di antara lingkaran telur tersebut.

Ruang di dalam lingkaran ini pula akan menentukan sejauh mana kita boleh menerima kerterbukaan kita :

+ terhadap persekitaran.
+ terhadap sesuatu yang kita lakukan kepada diri kita.
+ terhadap sesuatu yang dilakukan orang lain ke atas diri kita.

Contoh :
Apakah reaksi kita apabila ada rakan secara tiba-tiba menepuk bahu kita dengan agak kuat!

1+ tersentap dan menengking marah.
2+ masih boleh menerima dan menegur tindakannya dengan berhemah.

Pilihan ke-2 menunjukkan bulatan toleransi yang lebih besar berbanding pilihan 1.

Semakin besar bulatan toleransi kita, semakin besar penerimaan kita terhadap persekitaran dan semakin mudah kita mengawal setiap tindakan kita.

Semakin besar bulatan toleransi kita, semakin kita mudah memahami kekurangan orang lain dan semakin mudah kita memaafkan kesilapan orang lain terhadap kita.

Semakin besar bulatan toleransi kita, semakin kita nampak kekurangan kita,  semakin kita berusaha memperbaiki diri.

Belajar sesuatu?
Besar manakah BULATAN TOLERANSI kita?

#leadership #speaker #kongsiilmu #KakSeri  #SeriAishah