Wednesday, 26 August 2015

Pelangi Petang

KakSeri enjoy tengok pelangi dan setiap kali jumpa pelangi dalam perjalanan, KakSeri akan berhenti memandu dan merakam keindahan pelangi...


Lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Pelangi Petang juga adalah lagu kegemaran yang juga lagu wajib karoks. Sangat menggegar jiwa...

KakSeri kongsikan beberapa gambar pelangi yang KakSeri rakamkan. So, enjoy watching as me enjoy looking at it every time i have the chance!

Siapa yang minat merakam pelangi juga, jom share dengan KakSeri...

Pelangi Petang di Gua Tempurung, Perak

Pelangi yang dirakam di bandar Jasin, Melaka

Pelangi petang di Yan, Kedah

Pelangi Petang 

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...



Repost 17/11/2013

Kenapa KakSeri suka berniaga.. Bab 1 : DULU-DULU

Assalamualaikum semua;

Ada beberapa kawan yang tanya KakSeri, kenapa KakSeri ni suka sangat berniaga walaupun dah punya gaji bulanan tetap. Macam-macam benda KakSeri niagakan. Jadi Investment konsultan - agen insuran PruBSN, agen Unit Trust Public Mutual, Dealer Gold Silver Public Gold. Pastu tubuh syarikat jadi Distributor  bebarapa produk seperti produk Terapi Diri, CVT & Garam Bukit, Distributor Shaklee, Skincerity, Myra de Beaute, Perfume Dubai DDF dan yang terbaru Pad Wanita Lexee.

#boleh tengok profile dalam kolum Puan Seri Aishah#

Berniaga ni, dah sebati dengan jiwa KakSeri dari dulu-dulu. Walaupun perniagaan KakSeri ni sikit sini, sikit sana, Alhamdulillah mencapai target wang tambahan yang KakSeri perlukan. Ya KakSeri perlukan untuk mencapai cita-cita KakSeri. Apa tu? Saya diamkan dulu.. Jom baca cerita KakSeri seterusnya...

DULU-DULU

Dulu-dulu, sejak masa sekolah rendah lagi KakSeri dah mula berniaga. Apa yang KakSeri jual?

Bermula dengan menjual kerepek bawang yang ibu KakSeri buat. hehehe.. memang sangat seronok.

Zaman awal 80an, basikal mini jadi trend budak-budak perempuan tapi saya mintak abah KakSeri belikan KakSeri basikal roda besar. Alasan KakSeri, kayuh sikit tapi laju dan cepat sampai... (agaknya memang otak engineer dari kecik heheh)

Bayangkan KakSeri naik basikal besar biru tu dengan badan KakSeri yang halus.. KakSeri tumpangkan adik KakSeri kat seat belakang yang kebetulan bersekolah dekat dengan sekolah KakSeri. Makanya seat belakang dah penuh. Macamana KakSeri nak bawak kerepek? Beg sekolah lagi?


Jadi tiada pilihan, terpaksalah KakSeri bawak beg besar yg penuh dengan kerepek tu dihandle basikal. Bukan sebelah ajer.. tapi kedua-belah. Fuhh hebat tak hebat jugak KakSeri dulu-dulu...

Demand sememangnya tinggi. Setiap kali bawak memang licin lincau. Sampai ada yang sanggup tunggu depan pintu kelas  bila  time rehat, kalau cikgu kelas KakSeri lambat keluar. huhu. Memang tak ada langsung rasa malu nak berniaga. 

Masa tu mana tau sangat nak beli itu ini, nak pakai duit ke apa ker... tapi sebab seronok kawan-kawan datang membeli, itu satu kepuasan agaknya..

WARISI HOBI IBU

Ibu memang rajin. Masa kami kecik-kecik macam-macam ibu buat. Jual kuih pagi-pagi dan hantar kat kedai. Buat biskut raya dan jual. Mungkin sebab hanya abah sorang jer yang kerja jadi ibu cuba bantu cari wang belanja harian dengan cara ini. Mungkin juga hobi ibu memasak ditukar jadi punca pendapatan ibu. Ibu memang pakar memasak.(sampaikan Tuanku Sultan Johor sekarang order sambal belacan dengan ibu!)

Mungkin kerana  KakSeri anak sulong perempuan dalam keluarga maka KakSeri yang banyak bantu ibu. Adik-adik lain membantu sama. Ibu bukan saja jual biskut raya untuk Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji tau, tapi bila dah dekat-dekat nak Tahun Baru Cina, ibu dah sibuk buat biskut sampel. KakSeri larr yang selalu ikut ibu pergi ke kedai-kedai Cina bagi sampel dan ambil tempahan.

Kitorang adik beradik tolong ibu buat biskut bila tiba hari perayaan. Kalau KakSeri boleh ingat lagi antara biskut yang ibu selalu buat ialah Tat Nenas, Mama Carrie, Biskut Sampan, Suji, Sarang Semut (ini yang paling hot!), Chocolate Cherry. Chocolate Almond, Almond London. Dalam banyak-banyak tugasan yang paling malas sikit ialah bubuh cherry atas biskut. Melekit-lekit, pastu nak kena pilih pulak yang kilat kena facing atas. huuhu. 

Owh! Ibu pun buat Swiss Roll dan Kek Buah juga.

Jadi tak heranlah KakSeri pun pernah ambil tempahan dan jual biskut raya jugak dekat kawan-kawan pejabat. Juga tolong kawan jualkan Biskut Batang Burok Muar dan Popia Simpul. Jadi orang tengah lebih relaks dan lumayan. 

Tapi sejak 3 tahun lepas KakSeri dah berhenti buat kuih raya sebab sakit belakang bila duduk lama2 uli doh, kesan jatuh motor masa remaja dulu-dulu..



Repost : 13/11/2013

Bibik vs. Supplement (KELAS KO SOPIA!)

Repost : 26/10/2013

Aira demam dah 2 hari. Petang tadi dia mengadu sakit mulut nak makan. Bila suluh lampu, rupanya ada 2 ulser kat gusi depan bahagian bawah. So, KakSeri applykan Bonjela sikit sebelum makan. Buat cover rasa sakit tu.


KakSeri pun share berita ulser tu dengan Pn Bibik Sopia. Tak sangka dan agak terkezut dengar ucapan balasnya. Huhu..

Me : Rupanya Aira ada ulser kat mulut dia, Sopia. Sebab tu dia takut nak makan.

Sopia : Ulser tu apa puan?

Me : Yang putih putih bulat bulat dalam mulut tu..

Sopia : Owh, yang itu ya puan. Kalau begitu, itu kurang Vitamin C puan!

Me : (gulp!) Owh macam tu ea Sopia 

(cepat-cepat keluarkan Chewable VitC Plus dan bagi 1 tablet pada Aira)

Orang kampung dari pendalaman di Kenchung, Jember Indonesia pun tahu pasal vitamin, untuk apa dan kesannya.

CAYALAH! KELAS KO SOPIA!








Rai HariJadi dengan kejutan dari Aira

20/10/2013
Alhamdulillah, Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana pada ketika usia menjejak usia ini, masih diberi kesihatan tubuh badan, kesejahteraan suasana, kehidupan yang bahagia dan kejayaan dalam pekerjaan mahupun perniagaan.



Syukur, AlhamdulillahiRabbil'Alamin......



Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan  yang memberi ucap "Selamat Hari Lahir", :Selamat Hari Jadi", "Happy Birthday", "HBD2U", "Happy Bestday", "Happy Born Day", "Hb" dan semua doa-doa yang dikirimkan terutama melalui Facebook, WhatsApp. Sememangnya membuat KakSeri sungguh terharu dan terasa amat dihargai. Sedaya upaya KakSeri saya meluangkan sepanjang hari membalas ucapan kalian. Dalam masa yang sama, KakSeri saya turut mendoakan kalian melalui doa-doa yang sama.

HariJadi kali ini hanya dapat disambut bertiga di rumah iaitu suami, Aira dan KakSeri. Kebetulan pulak HariJadi kali ini jatuh pada hari cuti, Ahad.  Anak-anak di asrama of course lah tak dapat bersama. Hanya ucapan harijadi melaui telefon dan SMS. Terima Kasih kesayangan.

Saya nak kongsikan keletah anak kecil saya, Aira, yang sememangnya suka memberikan hadiah 'kejutan'. Setiap masa ada saja idea membuat kejutan kepada kami khususnya bila waktu kami sampai ke rumah dari pejabat. Kreatif sungguh dia!
Ini adalah antara idea kreatif Aira yang disampaikan secara 'kejutan' melalui 'karya'nya.



sambung cerita....



Makanya, bila mana Ayah maklumkan pada Aira, hari HariJadi ibu sejak seminggu yang lalu, dia tersangatlah teruja. Setiap malam sebelum tidur, dia akan bisikkan rancangan kejutan yang nak dilakukan di telinga ayahnya. Setiap malam, tanpa gagal. 

Sikit-sikit KakSeri dengar apa yang Aira rancangkan tu. Almaklum, nama pun budak-budak, bisik pun masih kuat juga.. hehe. Yang pastinya tiada aktiviti jogging ke kedai minum pagi pada pagi Ahad sebab kata Aira kena bersiap cepat untuk ke kedai cari kek dan hadiah.

Apabila tiba hari yang dinantikan, berpagi-pagi sungguh Aira. Mandi sendiri, pilih baju sendiri. Dia bisik kat Ayah, "Birthday Ibu kena pakai baju cantik!". As usual, KakSeri buat-buat tak dengar. Cutenya dia.. Lepas bersarapan, mereka pun keluar seperti dirancang. 

Balik dari 'shopping', dia pesan kat Ayah minta Ibu duduk dalam bilik. Okey, KakSeri pun masuk 'berkurung' lah. Dalam hati, apa agaknya plan Aira ni.. KakSeri pun teruja juga nak tau.. Terdengar riuh juga dia kat luar tu dengan ayahnya, cari lighter lah, tali lah... hehe

Lebih kurang dalam 10 minit, Ayah Aira panggil. Tapi kena tutup mata. So Ayah Aira tutupkan mata KakSeri dengan tangannya sambil berjalan ke Living Room. 


Bila mata di buka... inilah hasilnya... TADAAAA...



Alahai....so sweet! 
Ada belon, ada SR cake dah berlilin api, ada wisel parti dan piring kek untuk 3 orang, siap dengan napkin dan garfu... 


KakSeri buat-buat terkejut dengan 'kejutan' Aira tu, tapi memang terkejut dan terharu sebab Aira tersangat teliti. 

Ibu > Eeeee Bestnyer Birthday Ibu ni! Siapa punya rancangan ni, hebatnyerr!?
Aira > Aira lah!!!
Ibu > Terima Kasih Aira & Terima Kasih Ayah !
Aira > Sama-sama. Cepatlah tiup lilin, Ibu!

Melihat saya terkejut, of course lah Aira nampak sangatlah gembira. Mission accomplished lah tu.... :)

Sambutan HariJadi seterusnya berlangsung dengan nyanyian lagu HariJadi dan ciuman. All lead by Aira. Owh! Aira turut berikan hadiah bunga warna pink & merah dalam pasu kaca. Kata Ayah, Aira yang pilih.

Tu lah cerita dia. Memang seronok layan keletah anak-anak! Mungkin nampak biasa-biasa, tapi kesungguhan Aira untuk membuat kejutan itu yang paling bermakna bagi saya. Cukup meriah dengan agenda Aira..


Alhamdulillah Ya Allah, I am happy and am so happy. 
Terima Kasih Allah kerana berikan kami kebahagiaan ini.

Thank you my beloved darlings Hadzir, Syafiq, Alya & Aira
Thank you Ibu, Abah, siblings & relatives
Thank you my friends
Thank you all, I LOVE U (i mean it!)

p/s :
Bila tengok cara Aira ni, in fact, sama aje dengan cara kakak Aira, Alya yang juga suka buatkan kejutan bila ada hari keraian seperi Birthday, Mother's Day, Father's Day dan lainnya. Siap ada lagu yang dimainkan di piano lagi..






Kami di Majalah MIDI Keluaran 15 Okt 2013



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana diberi peluang 'menghadirkan' diri di dalam Majalah MIDI keluaran 15 Okt 2013 oleh Karangkraf.


Antara pengisian yang dikongsi bersama adalah bagaimana teknik mengenali WARNA DIRI diri sendiri dan pasangan membantu kita lebih mengenali pasangan masing-masing. Kelebihan dan kelemahan yang dimiliki.

HEBAT! Teknik hebat yang mana kita boleh mengagak apa persepsi pasangan dalam setiap apa juga kelakuan atau perbualan kita seharian.
Lebih seronok apabila kita gunakan teknik ini bagi mendapatkan persetujuan pasangan untuk apa juga cadangan kita. Hasilnya, MENAKJUBKAN! Tak perlu bersoal jawab berleretan.
Bagi mereka yang telah berumahtangga, teknik ini boleh digunakan untuk tujuan lebih memahami pasangan. Fahami samada pasangan kita seorang yang perlukan fakta, atau seorang yang rasional dalam membuat keputusan. Samada pasangan kita seorang yang visual, kinestatik atau auditori.
Begitu juga bagi pasangan yang belum berkahwin, gunakan teknik ini untuk bersedia melayari  alam rumahtangga dengan kerenah si dia. Almaklum sajalah, sebelum berkahwin kita tidak akan nampak 'ragam' sebenar.

Teknik Mengenali Warna Diri yang diperkenalkan di dalam Perubatan Alternatif Colour Vibration Therapy (CVT) ini  bukan sahaja menggambarkan karakter peribadi seseorang  malah dapat mengenalpasti kecenderungan, kemahiran, psikologi, potensi titik lemah di dalam sistem tubuh, potensi penyakit, alahan dan kesesuaian  formula perubatan NW.


Enjoy Reading!
~Pn SERI Aishah~


p/s: 
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan mengenal WARNA DIRI?
Hubungi saya untuk maklumat lanjut  atau rujuk kepada Para Pengamal CVT sediada

Saya akan menyambung catatan mengenai WARNA DIRI ini di blog ini dari masa ke semasa. Rujuk Page Tab 'Ilmu CVT'


Tuesday, 25 August 2015

Extrovert nan Introvert


Ini gambaran lunch hari ini.
KakSeri berdiet kah?

Lunch sebegini sememang menjadi kebiasaan apabila berlaku antara perkara berikut : 
+ hari penyediaan report bulanan
+ sehari sebelum Steering Committee .
+ hari takde mood nak bergerak banyak 
+ hari yang rasa taklah lapar sangat

Tapi momen kali ini mungkin berlaku agak lama kerana KakSeri dalam fasa berpindah ke pejabat baru.

Nak menyesuai badan (yang semakin comel) akan ambil sedikit masa kerana KakSeri yang tersangat extrovert menjadi introvert di tempat baru. Demi menjaga tatasusila wanita sopan santun yang anggun bergaya dengan Jubah Eksklusif SeriAishah. Eh! Ha ha.

Serius.

Suara ketika menggunakan telefon akan menjadi sangat sopan dan perlahan. Sehingga kawan bergossip di hujung talian bertanya, "ko tak sihat ker?" Hik hik

Hmmm tengoklah berapa lama KakSeri bertahan. Ada kebagusannya kot.
Mungkin masa ini masa terbaik mengqada' puasa gantian dan berpuasa sunat isnin khamis.

Bukan sebab KakSeri tak ada kawan nak keluar makan. Ramai saja kawan KakSeri di sini. Malah, tiada masalah untuk keluar sendirian.
Ini kisah berdamai dengan suasana.

Mahu lihat KakSeri yang introvert? Hehe.. menakjubkan.

#celoteh #keletah #KakSeri #SeriAishah #senyum

Back to basic

Hari ni badan KakSeri mahu bermanja-manja. Mahu perhatian dan belaian lebih dari KakSeri. Apa taknya, asyik diguna kehulu ke hilir tanpa rehat.

Perut sebu dan KakSeri asyik berulang alik ke kamar selesa. Duduk lama, terpandang nota peringatan ini dilekat di dinding pintu. Cantik, menarik dan berinformasi. Ha ha. Back to basic.

Untungnya kita semua, berada di ceruk mana pun, penuh dengan ilmu.

Bercakap tentang ilmu dapatan ni, tak semestinya dari pembacaan dan hadiri kelas sahaja.
+ ilmu dari pemerhatian
+ ilmu dari perbualan
+ ilmu dari pengalaman sendiri
+ ilmu dari pengalaman orang lain

Untuk menjadikan ilmu itu lebih meresap, kongsikan dengan orang lain. Ilmu lain pula akan datang kepada kita.

#celoteh #KakSeri #SeriAishah #senyum