Tuesday, 25 August 2015

Extrovert nan Introvert


Ini gambaran lunch hari ini.
KakSeri berdiet kah?

Lunch sebegini sememang menjadi kebiasaan apabila berlaku antara perkara berikut : 
+ hari penyediaan report bulanan
+ sehari sebelum Steering Committee .
+ hari takde mood nak bergerak banyak 
+ hari yang rasa taklah lapar sangat

Tapi momen kali ini mungkin berlaku agak lama kerana KakSeri dalam fasa berpindah ke pejabat baru.

Nak menyesuai badan (yang semakin comel) akan ambil sedikit masa kerana KakSeri yang tersangat extrovert menjadi introvert di tempat baru. Demi menjaga tatasusila wanita sopan santun yang anggun bergaya dengan Jubah Eksklusif SeriAishah. Eh! Ha ha.

Serius.

Suara ketika menggunakan telefon akan menjadi sangat sopan dan perlahan. Sehingga kawan bergossip di hujung talian bertanya, "ko tak sihat ker?" Hik hik

Hmmm tengoklah berapa lama KakSeri bertahan. Ada kebagusannya kot.
Mungkin masa ini masa terbaik mengqada' puasa gantian dan berpuasa sunat isnin khamis.

Bukan sebab KakSeri tak ada kawan nak keluar makan. Ramai saja kawan KakSeri di sini. Malah, tiada masalah untuk keluar sendirian.
Ini kisah berdamai dengan suasana.

Mahu lihat KakSeri yang introvert? Hehe.. menakjubkan.

#celoteh #keletah #KakSeri #SeriAishah #senyum

No comments:

Post a Comment