Wednesday, 26 August 2015

Rai HariJadi dengan kejutan dari Aira

20/10/2013
Alhamdulillah, Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana pada ketika usia menjejak usia ini, masih diberi kesihatan tubuh badan, kesejahteraan suasana, kehidupan yang bahagia dan kejayaan dalam pekerjaan mahupun perniagaan.



Syukur, AlhamdulillahiRabbil'Alamin......



Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan  yang memberi ucap "Selamat Hari Lahir", :Selamat Hari Jadi", "Happy Birthday", "HBD2U", "Happy Bestday", "Happy Born Day", "Hb" dan semua doa-doa yang dikirimkan terutama melalui Facebook, WhatsApp. Sememangnya membuat KakSeri sungguh terharu dan terasa amat dihargai. Sedaya upaya KakSeri saya meluangkan sepanjang hari membalas ucapan kalian. Dalam masa yang sama, KakSeri saya turut mendoakan kalian melalui doa-doa yang sama.

HariJadi kali ini hanya dapat disambut bertiga di rumah iaitu suami, Aira dan KakSeri. Kebetulan pulak HariJadi kali ini jatuh pada hari cuti, Ahad.  Anak-anak di asrama of course lah tak dapat bersama. Hanya ucapan harijadi melaui telefon dan SMS. Terima Kasih kesayangan.

Saya nak kongsikan keletah anak kecil saya, Aira, yang sememangnya suka memberikan hadiah 'kejutan'. Setiap masa ada saja idea membuat kejutan kepada kami khususnya bila waktu kami sampai ke rumah dari pejabat. Kreatif sungguh dia!
Ini adalah antara idea kreatif Aira yang disampaikan secara 'kejutan' melalui 'karya'nya.



sambung cerita....



Makanya, bila mana Ayah maklumkan pada Aira, hari HariJadi ibu sejak seminggu yang lalu, dia tersangatlah teruja. Setiap malam sebelum tidur, dia akan bisikkan rancangan kejutan yang nak dilakukan di telinga ayahnya. Setiap malam, tanpa gagal. 

Sikit-sikit KakSeri dengar apa yang Aira rancangkan tu. Almaklum, nama pun budak-budak, bisik pun masih kuat juga.. hehe. Yang pastinya tiada aktiviti jogging ke kedai minum pagi pada pagi Ahad sebab kata Aira kena bersiap cepat untuk ke kedai cari kek dan hadiah.

Apabila tiba hari yang dinantikan, berpagi-pagi sungguh Aira. Mandi sendiri, pilih baju sendiri. Dia bisik kat Ayah, "Birthday Ibu kena pakai baju cantik!". As usual, KakSeri buat-buat tak dengar. Cutenya dia.. Lepas bersarapan, mereka pun keluar seperti dirancang. 

Balik dari 'shopping', dia pesan kat Ayah minta Ibu duduk dalam bilik. Okey, KakSeri pun masuk 'berkurung' lah. Dalam hati, apa agaknya plan Aira ni.. KakSeri pun teruja juga nak tau.. Terdengar riuh juga dia kat luar tu dengan ayahnya, cari lighter lah, tali lah... hehe

Lebih kurang dalam 10 minit, Ayah Aira panggil. Tapi kena tutup mata. So Ayah Aira tutupkan mata KakSeri dengan tangannya sambil berjalan ke Living Room. 


Bila mata di buka... inilah hasilnya... TADAAAA...



Alahai....so sweet! 
Ada belon, ada SR cake dah berlilin api, ada wisel parti dan piring kek untuk 3 orang, siap dengan napkin dan garfu... 


KakSeri buat-buat terkejut dengan 'kejutan' Aira tu, tapi memang terkejut dan terharu sebab Aira tersangat teliti. 

Ibu > Eeeee Bestnyer Birthday Ibu ni! Siapa punya rancangan ni, hebatnyerr!?
Aira > Aira lah!!!
Ibu > Terima Kasih Aira & Terima Kasih Ayah !
Aira > Sama-sama. Cepatlah tiup lilin, Ibu!

Melihat saya terkejut, of course lah Aira nampak sangatlah gembira. Mission accomplished lah tu.... :)

Sambutan HariJadi seterusnya berlangsung dengan nyanyian lagu HariJadi dan ciuman. All lead by Aira. Owh! Aira turut berikan hadiah bunga warna pink & merah dalam pasu kaca. Kata Ayah, Aira yang pilih.

Tu lah cerita dia. Memang seronok layan keletah anak-anak! Mungkin nampak biasa-biasa, tapi kesungguhan Aira untuk membuat kejutan itu yang paling bermakna bagi saya. Cukup meriah dengan agenda Aira..


Alhamdulillah Ya Allah, I am happy and am so happy. 
Terima Kasih Allah kerana berikan kami kebahagiaan ini.

Thank you my beloved darlings Hadzir, Syafiq, Alya & Aira
Thank you Ibu, Abah, siblings & relatives
Thank you my friends
Thank you all, I LOVE U (i mean it!)

p/s :
Bila tengok cara Aira ni, in fact, sama aje dengan cara kakak Aira, Alya yang juga suka buatkan kejutan bila ada hari keraian seperi Birthday, Mother's Day, Father's Day dan lainnya. Siap ada lagu yang dimainkan di piano lagi..






No comments:

Post a Comment