Sunday, 9 August 2015

RAIKAN PENDAPAT

9 Ogos 2015
Performance Edge Leadership Platinum Program - DAY 2

Manusia sememang unik. Setiap seorang berbeza antara satu sama lain. Rupa, gaya, suara. Apatah lagi pemikiran dan pandangan.

Persepsi tentang melihat dan membuat tindakan tentang sesuatu amat dipengaruhi oleh 'Belief System' masing-masing.

Belief system ini terbentuk dari genetik dan persekitaran individu. Ia bermula seawal pembentukan janin sehingga individu dewasa. 

Melalui persekitaran yang dilihat, didengar dan dirasa, ia akan mempengaruhi individu itu melalui cara pemikiran atau cara otak memproses sesuatu maklumat.

Aktiviti seperti di dalam gambar membantu KakSeri lebih memahami ilmu  ini.
Apabila menggunakan kacamata merah,  KakSeri lihat objek A lebih terang dari objek B.
Apabila melihat melalui kacamata B pula, objek B pula lebih terang berbading objek A.

Tiada betul atau salah, ia terpulang bagaimana otak kita memproses maklumat objek yang sama.

Pelajaran dari ilmu ini :
1. Persepsi tentang bagaimana individu melihat atau melakukan sesuatu perkara boleh berbeza.
2. Hormati dan raikan pendapat semua.
3.  Bina persekitaran hidup dan kerja yang ceria dan 'membina'.

Namun apa yang akan menyatukan semua adalah MATLAMAT yang mahu dicapai.

#diari #kongsiilmu #PELPP #ekonomipersahabatan #KakSeri #SeriAishah

No comments:

Post a Comment