Usai solat asar petang ni, teringat pula KakSeri nak kongsikan tentang bagaimana abah KakSeri ajar cara i'tidal yang betul pada ketika usia 39 tahun. 😂
Haha.. serius. KakSeri dah tua pun abah masih nak ajar lagi. Ketika tu kami bersama sebilik di Mekah untuk laksanakan haji.
Agaknya, mesti abah nampak cara KakSeri yang tidak menggembirakan dia. 😨
Tapi betul tau. Bila diajar semula tu, baru KakSeri perasan. Ramai juga bila KakSeri lihat di dalam ruang solat, tidak lakukan "i'tidal dengan tama'ninah" yang betul. Mungkin sama macam cara KakSeri sebelum ni.
Jadi, KakSeri suka nak kongsikan tips abah tu supaya mudah kita nak laksanakan sama-sama.
Ok. Sebelum tu, recall dulu rukun solat yang satu ni.
I'tidal - rukun solat ke-6 - pergerakan bangun dari ruku' dan berdiri tegak, sebelum bergerak untuk sujud.
Wajib disertakan bersama tama'ninah - berhenti/tenang seketika tanpa pergerakan.
Tujuan tama'ninah ni ialah supaya kita tidak solat tergesa-gesa atau dikatakan mencuri dalam solat.
Ok. Ini tips nya. Cuma 2 langkah sahaja.
1. Bangun dari ruku' sambil membaca bacaan i'tidal "Sami'Allahuliman hamidah" sehingga ke posisi berdiri tegak.
2. Luruskan tangan di sisi, diam (tidak bergerak) dan membaca "Rabbanawalakalhamd".
Bermakna, ruang masa ketika kita membaca bacaan i'tidal kedua, kita sedang berada di dalam keadaan diam dan tenang. Tanpa pergerakan. Inilah tama'ninah yang dimaksudkan.
Selesai bacaan i'tidal kedua itu, bergeraklah ke rukun yang seterusnya.
Mudah kan?
Kalau fikir tips ini membantu, kongsikanlah. KakSeri sangat gembira. Semoga kita dapat sampaikan ilmu bermanafaat untuk ramai dan jadi bekalan ke syurga. Sama-sama.
#tips #solat #KakSeri #SeriAishah #kongsiilmu
No comments:
Post a Comment