Public Speaking Mastery Modul 2 Day2
Pembelajaran disambung dengan menyentuh 4 kegilaan (tanggapan) yang mempengaruhi ruang toleransi manusia.
Sessi ini disampaikan dengan jelas oleh Tuan Muda Hafiz Muridan yang bijaksana. 👨
KakSeri suka nak kongsikan salah satu dari 4 kegilaan ini iaitu :
IF I CAN DO, OTHERS SHOULD BE ABLE TO. "Kalau aku boleh buat, semua orang mesti boleh buat jugak".
Tanggapan ini lahir apabila kita rasa, ARAHAN yang kita BERI sudah JELAS (mengikut kefahaman diri sendiri) untuk orang lain melakukan perkara yang sama.
Atau perkara ini juga berlaku apabila kita rasa, ARAHAN yang kita TERIMA sudah JELAS di mana kita boleh lakukannya dan beranggapan orang lain juga akan boleh lakukan.
Kegilaan ini wujud apabila kita terlepas pandang, adanya keberlainan/perbezaan cara penerimaan dan pemprosessan maklumat pada setiap individu manusia.
+ Ada yang perlukan maklumat yang lebih terperinci kerana padanya maklumat yang disampaikan tidak cukup baginya.
+ Ada yang mahu tahu dahulu tujuan tugasan itu dilakukan
+ Ada yang merasakan proses melakukan tugasan mengikut arahan itu yang tidak sesuai dan memikirkan proses yang lain
Perbezaan cara pemikiran ini amat berkait rapat dengan pelbagai faktor termasuk Reticular Activation System.
Contoh situasi di tempat kerja.
"Pening dengan staff yang sorang tu, tugasan yang aku boleh settle kurang dari sejam, dia amik masa berjam-jam nak siapkan." 😡
Ha... Siapa yang ada tanggapan macam ni?
Setiap manusia dilahirkan unik. Punya kelebihan dan kekurangan. Hakikatnya, apa yang kita mampu lakukan, tidak semestinya mampu dilakukan oleh orang lain walaupun dengan cara atau resepi yang sama. Juga sebaliknya.
Andai di delete atau buangkan kegilaan ini, ruang toleransi kita akan meluas seterusnya kehidupan kita lebih tenang dan bijak mengawal suasana.
Yang lebih penting, kita masih lagi dapat menggunakan INTELLIGENT ACT dalam menangani konflik.
#celoteh #KakSeri #SeriAishah #senyum #speaker #leadership #PublicSpeakingMastery
No comments:
Post a Comment