Perasan tak?
Kebiasaannya, selalunya, banyak kali... kita akan lihat sesuatu yang indah ikut apa yang kita MAHU lihat.
Ia bagaimana minda separa sedar kita bekerja. Ikut kelaziman cara kita memandang sesuatu.
Tiada masalah. Cuma, kita akan terlepas pandang banyak perkara indah yang lain disekeliling kita yang lebih nikmat.
Owh okay. Jadi, apa kita nak buat?
Just Relax.
Usah melulu.
Tangguhkan penilaian.
Lihat keseluruhan persekitaran dan hargai semuanya. Senyum.
Ini hanya analoginya. 😊
Dalam kehidupan, dalam persahabatan, dalam organisasi, perkara seperti ini seringkali berlaku.
+ Kita lihat apa kita mahu lihat.
+ Kita dengar apa yang kita mahu dengar.
+ Kita terima apa yang kita mahu terima.
+ Maka, selain dari itu, adalah SALAH bagi kita.
Ini kerana, kita lihat sesuatu perkara itu ikut CARA KITA bukan CARA SEPATUTNYA kita lihat perkara itu.
Belajar sesuatu? In sha Allah.
#celoteh #KakSeri #SeriAishah #senyum #speaker #leadership
No comments:
Post a Comment