Thursday, 13 August 2015

Dillema orang berpuasa


Nampak gambar lempeng pon teringin sangat-sangat.

Apatah lagi kalau gambar makanan dalam fb yang menggiurkan (eh!)

Semua pun nak.

Hari Isnin.
========
Member 1 pergi jamuan raya persatuan A.

KakSeri kipochi, "makan apa tadi?"
Member 1, "Nasi Arab..bla...
.bla..".

KakSeri angkat telefon, "AbangHj, malam ni kita makan nasi arab ek".
AbgHj, "OK".

Sampai rumah dah maghrib. Selalu berbuka dalam kereta aje. Masuk rumah, bibik dah masak lauk basic. Sup sayur, ikan goreng, telur dada, sambal belacan.

Bolehlah, dah lapar. Makan apa yang ada.
Tak jadi makan Nasi Arab

Hari Selasa
=========
Member 2 pergi jamuan raya department B.

KakSeri kipochi lagi, "makan apa tadi?"
Member 1, "Sherperd Pie.....bla...
.bla..".

KakSeri angkat telefon, "AbangHj, malam ni kita pegi Secret Recipe ek".
AbgHj, "OK".

Sampai rumah dah maghrib. Selalu berbuka dalam kereta aje. Masuk rumah, macam biasa lauk simple dah sedia.
Tak jadi ke Secret Recipe.

Berulang-ulang episod kipochi dan angkat telefon sampai hari ni. 😃
=============================

Tapi dah tau dah, sampai rumah, bersederhana dengan apa yang ada aja.

Layankan aje usikan nafsu menggoda.

Ini cerita dillema berpuasa Syawal di syarikat besar yang meriah. Hari-hari jamuan raya tu... Department sana, persatuan sini..

☺ ☺ ☺ ☺

#celoteh #diari #keletah #KakSeri #SeriAishah

No comments:

Post a Comment