Sunday, 9 August 2015

Bina persekitaran

8-9 Ogos 2015 Performance Edge Leadership Platinum Programme @ MACA

Selfie Wefie lagi...

Alhamdulillah. Sememang KakSeri teruja untuk bersua dengan rakan-rakan Ekonomi Persahabatan semua. Sungguh dan sangat bersedia.

Kenapa?
Kerana aura persekitaran yang merangsang minda positif dan saling menginspirasi.

Kami sama-sama belajar bagaimana mencipta persekitaran yang baik.

Kami belajar tentang 3 perkara PENTING tentangnya.

1. Persekitaran bermula dari DIRI SENDIRI. Kita yang memulakan dan mewarnainya melalui perlakuan kita.

2. Kemudian, ia berkait dengan bagaimana orang disekeliling kita pula bertindakbalas dengan perlakuan kita tadi.

3. Dan akhirnya, bagaimana kita bertindakbalas  kepada tindakbalas oranglain itu terhadap kita.

Ia melibatkan sistem komunikasi. Komunikasi lisan dan komunikasi fizikal.

Memudahkan cara, KakSeri ringkaskan kepada 3 perkara berikut.

1. Kenali siapa disekitar kita. Cara dan 'bahasa' mereka.
2. Senyum dan banyakkan mendengar. Angguk-angguk.
3. Jadi SESUMPAH yang mengekalkan integriti dan personaliti.

** KakSeri sedang berlatih untuk senyum selalu. Ketika berjalan, ketika membaca, ketika menaip, ketika termenung.

#celoteh #diari #aktiviti #PELPP #kongsiilmu #ekonomipersahabatan #KakSeri #SeriAishah #senyum





No comments:

Post a Comment