Friday, 31 July 2015

AZAM


Pada tarikh hari ulangtahun AbgHj baru-baru ni, KakSeri tanya (baca: interview) apakah azam beliau bila masuk usia baru.

AbgHj kata setiap kita perlu ada keseimbangan dalam 7 aspek kehidupan.

1. Kesihatan
2. Hubungan keluarga
3. Kewangan
4. Spiritual
5. Pembangunan diri (Ilmu)
6. Kerjaya
7. Masa

Setiap aspek perlu sentiasa berada di tahap yang sama. Seimbang.
"Kan kita dah belajar", tambah AbgHj.

Fuhhh.... Terimbau kembali ilmu #DAO di IMKK.
Bagus juga ya ada sambutan ulangtahun ni kan! Boleh lihat semula pencapaian cita-cita dan MATLAMAT peribadi.

#matlamat #KakSeri #SeriAishah #senyum

BLOG



Tabiatnya, KakSeri lebih gemar menaip dari membaca.
Sebab latihan menaip akan membuatkan jari jemari KakSeri lebih kurus dan runcing. Ha ha.


Lunch time yang panjang hari ni, KakSeri tak keluar bersantai. Curi masa update beberapa blog.
Diam tak diam KakSeri sudah ada 11 blog. Kegilaan apakah?

Untuk aktiviti bisnes, KakSeri sangat percaya, blog merupakan aset marketing terbaik setakat ini. Sebagai 'Landing Page' yang hidup.

Blog juga tempat mencurah idea dan rasa. Ia satu terapi jiwa yang sangat efektif.

KakSeri hanya guna Blogger.com saja. Percuma. Tidak tahu sistemnya secara teknikal. Tak reti nak godam sana sini. Hanya guna template yang sudah sediaada.

Apa yang penting ialah kontentnya.

Klimaks penulisan blog ialah apabila pautan/link ke blog kita keluar di mukasurat pertama keputusan carian. Yeeha! 

Beberapa carian seperti Garam Bukit, tualawanita mempamirkan blog KakSeri di halaman pertama.

Ingat lagi post KakSeri tentang MATLAMAT?

Blog adalah salah satu cara bagaimana kita dapat menyampaikan ilmu yang bermanafaat kepada orang ramai.

Mudahkan? Senangnya mencapai MATLAMAT.

Mahu belajar buat blog santai? PM KakSeri.