Friday, 20 May 2016

SELOKA SINIS

SELOKA SINIS

Di dalam Penjara Sungai Buluh tahun 2017.

Banduan A : Abg kenapa masuk sini?

Banduan B : Aku jual pistol.

Banduan A : Abg pulak kenapa masuk sini?

Banduan C : Aku jual dadah.

Banduan B : Yang kau duk tanya kitorang, kau masuk sini kenapa?

Banduan A : Saya jual tilam online bang, dropship je pon, tak daftar SSM.

😊😊😊😊😊

Sunday, 29 November 2015

COVER NOTE BOOK BARU

Hari Sabtu 28Nov baru-baru ni, pulang dari menimba ilmu Kepemimpinan Korporat di Bangi, KakSeri terima satu hadiah dari PuteriPurut.
Note Book (buku catitan) Cover !
Creatively Designed and Coloured by #PuteriPurut.
Siap ada tag Nama dan Nama Panggilan tu....
Thank You sayang. Tak sempat tunjuk kat dia lagi yang KakSeri dah 'pasang' di buku catitan yang sentiasa di bawa dalam handbag.
Bonda bangga.
#KakSeri  #SeriAishah  #senyum  #keletah #anakanda #bonda

Monday, 23 November 2015

KEPEMIMPINAN BISNES SEPARUH MASA


Kebiasaannya KakSeri siapkan pesanan setiap hari sebelum tidur. Update rekod jualan dalam sistem. Keesokannya jam 2pm En. Posto akan datang ambil. Sebab awal pagi KakSeri dah sibuk bersiap pergi kerja.

Siapa kata, orang bekerjaya sukar cari masa berniaga?

Yang penting semua keperluan perniagaan sudah tersedia di tempatnya.

1. Jadual pembahagian masa
2. Pendaftaran syarikat dan akaun khusus
3. Sistem pengeposan yang baik
4. Sistem merekod jualan yang otomated
5. Sistem marketing percuma atau berbayar (pilihan)

5 sahaja. Cukup.

Sudah 2 tahun KakSeri menjalankan perniagaan TualaWanita Kesihatan LEXEE ini secara ONLINE tanpa jejaskan masa bekerja.

Adakala dek kesibukan menjalankan tugas hakiki, faktor ke-5 berjalan dengan sendirinya.

Namun ingat, diperingkat permulaan, penyediaan semua langkah di atas, memerlukan komitmen penuh.

Yalah, tanpa usaha, mana kan datang hasilnya kan?

KakSeri buka kepada sesiapa yang mahukan sessi coaching BERKERJAYA & BERNIAGA. Semua sudah ada, ia SHORTCUT kepada sesiapa yang mahu. Sesuai untuk apa juga produk yang anda jalankan.

Hubungi KakSeri di 013-3976632.

Tualawanitabebastoksin.blogspot.com
Www.seriaishah.com

#KakSeri #SeriAishah #GuruBMC #businesscoaching#businessonline


Wednesday, 4 November 2015

WEBSITE BERAT SARAT

ONLINE  BRANDING

Website adalah salah satu sosial media yang majoriti pemilik bisnes gunakan untuk mengukuhkan channel mereka dengan pelanggan.

Adakala, kita hairan kenapa, walaupun content website kira sudah mencapai peratusan yang tinggi untuk SEO scorer, tapi masih tidak berada di laman pertama keputusan carian Google.

Salah satu sebabnya ialah website yang 'berat'. Berat dengan gambar-gambar yang dimuat-naik. Memuat-turun pula mengambil masa. Loading..... memanjang.

Pelanggan bosan menunggu, lalu close window. Hilang potential customer.

Tips KakSeri hari ini.

'Ringan'kan website kita dengan mengecilkan saiz fail tanpa mengganggu kualiti gambar.
Menggunakan tinypng.com, saiz fail dikecilkan sehingga 9x%.

Hasilnya, gambar diwebsite mudah diloading, jimat kapasiti di hosting dan yang paling penting GOOGLE SUKA!


#SeriAishah #GuruBMC #onlineBranding #onlineBusiness #onlineMarketing

Tuesday, 27 October 2015

KREATIVITI ANAK


Puteri Purut buat salasilah keluarga. Dalam adik beradik ada 3 orang. Abang, kakak dan KITA.

KITA itu adalah dia. Dia itu Puteri Purut. Hahaha

Abang, anak sulong. Sentiasa bahasakan dirinya "abang" dengan adik-adik mahupun sepupunya.

Kakak, anak kedua. Berjarak 10 tahun baru ada KITA. Maka, manjanya, menggelar dirinya "adik" hingga kini.

Bonda : Habis tu, Aira nak dipanggil apa?
Kakak : Baby.

😀😀

KITA, anak ketiga. Tak mahu dipanggil "adik". Adik itu kakak, katanya.

Maka, banyaklah nama timangan keluar untuk KITA, ikut suka manja mulut bonda.

Sekian cerita Bonda. 😊

#keletah #puteripurut #anakanda
#KakSeri  #SeriAishah #SeriAishahApparel #GuruBMC

Wednesday, 21 October 2015

20-10-15 KAD HARIJADI

20-10 : KAD HARIJADI

Di rumah ini, sambutan harijadi haruslah ada 'surprise'nya.  Ia bermula bila mana Puteri Purut sudah 'dewasa'. Haha. Iaitu bermula 2 tahun yang lalu.

Ada sahaja idea di kepala Purut. Begitu begini. Yang pasti, wajib ada persembahan sebelum acara memotong kek.

Persembahan tarian, aerobik, nyanyian, apa saja. Kreatif.

Ketika hampir ke tarikh sambutan hari lahirnya, April lalu, bonda sengaja menguji akal Purut.

Bonda : Harijadi awak nanti nak buat macamana?

Purut : Ibu lah yang kena rancangkan surprise untuk kita. Itu kan birthday kita. Kita mana boleh tahu.

Owh Okay! 😊

Bila bulan Oktober bermula, Puteri Putut sudah mula soksek soksek dengan ayahanda. Bonda buat-buat tak tahu.

Setiap malam dikerah ayahanda buat latihan tarian. Haha.. untunglah ada ayahanda yang sporting.

Tinggal seminggu sebelum hari kejadian, bonda mulakan usikan.

Bonda : Tak lama lagi  birthday ibu.  Awak ingat tak?

Purut : (buat buat tak ambil tahu)

Bonda : Mesti ada surprise. I know!

Purut : (bukak cerita lain)

Tak mahu layan langsung bila bonda sentuh tentang harijadi bonda. Hahaha... cute lah sangat!

Di hari kejadian, seperti biasa, birthday-girl, akan diiring keluar dari bilik sambil tutup mata.

Duduk di sofa, menikmati persembahan Purut dan Ayah. Kemudian ke meja kek, dengarkan petikan jari memainkan lagu Happy Birthday di ipadnya. Ambil gambar, acara tiup lilin dan potong kek.

Perfect sambutan surprise harijadi bonda!

Gambar : Kad tulisan Purut. Moga sentiasa menjadi anakanda yang menyejukkan mata dan hati bonda.

#KakSeri #SeriAishah #senyum #harijadi

Kejutan harijadi 2013
http://noraishahramlan.blogspot.com/2013/10/rai-harijadi-dengan-kejutan-dari-aira.html

Sunday, 11 October 2015

Hari minggu effektif

11 Oktober 2015. Ahad

Alhamdulillah. KakSeri tiga beranak sudah berada kembali di sarang.

Hujung minggu yang efektif, 2D1N di JB
+ Kendalikan sessi BMC & ME
+ Hadiri sessi graduasi, solat hajat anakanda di sekolah
+ Lihat wajah mesra ayahanda bonda dan keluarga

Cantik sahaja ALLAH aturkan dengan lancar.

Sepanjang perjalanan, seperti biasa melayan keletah anak dara kecil comel Puteri Purut.

Puteri Purut : Ibu, kita rasa ibu ni dah terlambat lahirkan kita.

Bonda : Eh! Kenapa pulak?

Puteri Purut : Ye lah, nanti kita darjah enam, ibu dengan ayah dah tua.

Bonda : Erk!
Ibu pulak rasa macam tercepat pulak ibu lahirkan awak. Patutnya masa ni baru satu tahun, awak masih kecik dan ibu boleh peluk peluk cium cium selalu.

Puteri Purut : Kalau macam tu, bila kita besar, ibu lagi lah tua.

Huhuhu... ada ada aje keletah fikiran Purut.

*******

Terik sungguh cuaca hari ini. Andai buka pintu kereta, bahang luar sangat terasa dari dalam.

Terasalah juga keletihan.

Sakit kepala dan bersin beberapa kali. Sampai sarang terus ambil 1000mg Vitamin C dan Multivitamin dan rebahkan diri. Berehat sepenuhnya seketika.

Alhamdulilah. Hargai nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan masa.

noraishahramlan.blogspot.com

#KakSeri #SeriAishah #senyum #SeriAishahApparel #GuruBMC #ShakleeID